Thursday, August 28, 2008

Camna nih??

Erm..camna ya nak menyemai kasih sayang…??

Antara anak & Ibu bapa, antara adik beradik, antara sesama kawan, antara anak murid dan gurunya dan yang paling penting sekali antara suami dan isteri…



For the last one, I’m surrender first because I didn’t have any experience of it.hehe.. But if you need the detail explanation about communication between husband and wife, you can read through http://www.sifulislam.com/ or you also can buy a book title “Satu Rasa Dua Hati” written by Pahrol Mohd Juoi..


What I’m going to say here is what kind of thing that very useful to apply in a relationship between two or more people?


Teringat zaman sekolah dulu, Ustazah Rodziah (ustazah kesayangan) pernah bagi kuliah jumaat di musolla Aspuri. Katanya antara cara yang baik untuk melembutkn hati siapa2, amalkan membaca surah Toha ayat 1-5 sebanyak tiga kali, kemudian hembus ke ubun2 kepalanya ketika dia sedang nyenyak tidur dan amalkan setiap hari.. InsyaAllah dengan izin Allah, orang tersebut akan lembut hatinya..(Amaran:Jangan buat ketika dia baru nak tidur..tersilap haribulan satgi, merah pipi kita)


Apa dia khasiat surah Toha ni sebenaqnya??


Tentang khasiat ni, WALLAHU ‘ALAM, bukan bidang ana untuk membicarakannya..Tetapi menurut sirah, Saidina Umar (panglima Islam yang amat digeruni) mendapat hidayah daripada Allah dan hatinya Allah lembutkan untuk memeluk Islam setelah mendengarkan ayat ini.. Hakikatnya beliau merupakan seorang yang amat tegas sebelum memeluk Islam.. Namun dengan izin Allah Saidina Umar akhirnya memeluk islam setelah mendengar adik iparnya (menurut setengah riwayat) membaca surah Toha ayat 1-20 dan keadaan ini ketika itu, merupakan berita gembira buat nabi Muhammad s.a.w..Kekuatan tentera Islam bertambah apabila Saidina Umar memeluk Islam..


Kenapa pulak ustazah suruh hafal ayat 1-5 je??


Erm..bagi ana tujuan ustazah adalah untuk memudahkan anak2 muridnya menghafal.. Pada ketika itu juga ustazah mewajibkan kami menghafal ayat2 tersebut dan terus di tasmi’ olehnya.. Alhamdulillah sehingga sekarang, dengan berkat ‘paksaan’ tersebut ayat2 itu berjaya kami ingati..Terima kasih ya Ustazah..


(kesimpulannya, kalau nak hafal ayat 1-20 lagi la bagus)

Erm..ada satu lagi hadith nabi yang kita boleh sama2 hayati dalam menyemai kasih sayang..

Sabda Nabi: "Tahhaadu Tahaabbu" maksudnya lebih kurang macam ni, "Kamu memberi hadiah, kamu menyayanginya"..

Kalau kita sayang seseorang, kita kena bagitahu dia yang kita sayang kat dia..(dalam konteks muhrim sahaja)..

Boleh cakap macam ni:

"Ana uhibbuki fillah"

Maksud dia kena cari sendiri k..=)


Hmm..amacam?? Agak2 boleh amalkan dak selepas ni?? Ianya amat praktikal untuk semua samada antara kawan2, anak murid dan guru-gurunya ataupun antara suami dan isteri..
Semoga kita sama2 dapat amalkan selepas ini InsyaAllah…=)

*muhrim=orang yang haram dikahwini

Tuesday, August 26, 2008

Siapa yg amik 1 month annual leave ni...????




Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!
:: Visit al-habib.tripod.com for more cards like this! © 2008 Alhabib



Pesan nya: "Selamat tinggal kengkawan...jangan sedih.. aku cuti sebulan jer..."

TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!! pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!..............................

Maaf Zahir Batin...................

Selamat menyambut Ramadhan...

Berwaspada kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal.... .........................

Ambil kesempatan ini untuk: Selamat Beramal!!! Jangan lupa !!! Solat Tarawikh Bertadarus dan Mengeluarkan Zakat Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!

Nasihat dari kawan lama~

"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya."


"Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya."


"Andai kau ingin sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya."


"Andai kau ingin seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin kan menyalahkannya."


"Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna.."

Episod Muhasabah~

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

~TaHuN-TaHuN YaNG MeNiPu~

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)
Ya Allah, peliharalah umat ini dari bala seksaan Mu..
Ya Allah, hambaMu merintih mengharap belas kasihMu..
Ya Allah, tempatkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau Redhai..
Ameenn..

Monday, August 25, 2008

Remaja dan Al-Quran

24 Ogos, Teluk Intan. Ketika diriku masih lagi berada di kampung.. Tertarik dengan perbincangan di kaca televisyen. Seorang pengacara baru Al-Hidayah sedang berbicara dengan seorang Pakar Motivasi (kurang pasti akan namanya). Namun topik perbincangannya amat menarik perhatianku..
Kala mana negara dilanda dengan keadaan remaja dan anak muda yang boleh dikatakan agak parah, ustaz tersebut (merujuk pakar motivasi tadi) memberikan huraian yang bagi ana cukup mantap. Segala masalah yang berlaku, disandarkan kepada Al-Quran dan sirah nabi 100%..Salah satu huraian yang cukup terkesa dalam diri ana ialah soalan berikut:
Pengacara: "Bagaimana DR. menghadapi kerenah remaja dalam kem2 motivasi DR?"
Ustaz: "Sebenarnya, tipu untuk saya katakan tiada cabaran dalam memotivasikan anak2 muda ini. Apa yang ingin saya ketengahkan cuma satu, iaitu perkara disebalik masalah tersebut, yang mana kita sedia maklum dalang disebalik masalah2 ini adalah iblis. Sedangkan Allah telah nyatakan dalam Al-Quran bahawa kamu tidak akan mampu menghalang iblis daripada melakukan pekerjaannya, sebaliknya kamu perlulah mengharapkan pertolongan Ku untuk menghalang iblis2 itu"
MasyaAllah!! Perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang, walhal sangat2 mustajab dan berkesan barangkali.. Apa yang ana nak kongsikan kat sini ialah sejauh mana kebergantungan kita pada Allah dalam nak mendidik @ mentarbiyyah anak2 remaja? Ramai di kalangan kita yang hanya lebih menumpukan kepada tentatif program, LDK, games dalam kem2 tarbiyyah adik2. Memang tidak dinafikan, untuk merialisasikan matlamat program kita memrlukan usaha yang lebih..Brapa ramai diantara kita yang mahukan program yang 'gah' berbanding program yang low profile?? Brapa ramai diantara kita yang mahukan program2 glamour berbanding program2 asas?? Bengkel kesempurnaan solat?? Bengkel Pengurusan Jenazah??
Tepuk dada, tanyalah iman..Banyak lagi pengisian yang dibuat oleh ustaz tu sebenarnya, tapi ana tak sempat nak kongsikan kesemuanya hari ni..Berbagai dalil yang telah dikemukakan oleh ustaz tersebut dalam sesi yg cukup ringkas tu, tapi malang sekali, ana tak sempat salin walau satu sekalipun..uhu..
'Ala kulli hal, semoga berjumpa lagi..

Thursday, August 21, 2008

KHaSiaT MaDu CiPTAaN ALLAH~

Nak tahu satu rahsia???

Ni nak cerita sikit tentang khasiat madu..sebelum ni tak tahu la pulak.

Tadi, waktu on the way nak gi office, ana bersembang la dengan sorang lagi budak office ni.. Dia kata, semalam dia selesema sampai hidung tersumbat. Pastu dia sapu la madu tu kat hidung dia, tak lama lepas tu, sumbatan di hidungnya hilang secara beransur2...jauh lebih berkesan daripada ubat yang selalu kita gunakan ketika selesema iaitu "vics vaporub". Kurang pasti akan kesahihan ejaannya, tp apabila dibunyikan, asalkan ada bunyi, boleh lah di kira betul..uhu..

Maksud Firman Allah:

‘’Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan".
Surah An Nahl ayat 68-69
Khasiat madu ditegaskan lagi dalam Hadits yang diriwayatkan Bukhari:
‘’Madu adalah penyembuh bagi semua jenis sakit dan Al Qur’an adalah penyembuh bagi semua kekusutan pikiran’’.
Wallahu 'Alam...

Tuesday, August 19, 2008

Mengenali sifat seorang penghuni syurga

Kebersihan hati kunci buka pintu amalan baik memasuki alam tertinggi..

KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat,

"Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk."

Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.

Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin 'Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah.

Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, "Apa yang engkau lihat itulah." Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam."

Ada banyak teladan dalam kisah itu. Namun yang pasti, hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan (iaitu) di hari harta dan anak pinak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih."
(Surah as-Syu'araa, ayat 78)

Kebersihan hati adalah kunci untuk membuka pintu syurga. Sekecil mana pun amalan, tetap akan dapat memasukkan orang ke syurga, asalkan ia memiliki hati bersih. Sebaliknya, sebanyak mana pun amalan, tidak akan bererti sama sekali apabila kita memiliki hati penuh penyakit. Abu Umamah layak diteladani. Ia bukan sahabat terkenal seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin 'Affan atau Ali bin Abi Talib. Ibadatnya tidak tersohor seperti Abu Darda', Abdul Rahman bin 'Auf, Salman al-Farisi, juga beberapa sahabat lainnya.

Namun darjatnya di mata Allah dan Rasul-Nya demikian tinggi, hingga Rasulullah SAW menyatakan ia sebagai calon penghuni syurga kerana hatinya bersih daripada penyakit, kebencian dan dendam. Sehingga semua amalan kebaikannya tetap utuh dan bernilai di hadapan Allah.

Oleh itu, selain sibuk memperbanyak amalan kebaikan, hendaklah menjaga hati daripada penyakit membahayakan kerana sia-sia saja menghiasi diri dengan amalan wajib mahupun sunat sedangkan hati tidak pernah dibersihkan. Sebaliknya walaupun amalan kita biasa saja, namun hati bersih, maka nilainya akan jauh lebih tinggi di hadapan Allah.

Walau bagaimanapun syaitan tidak akan duduk diam tetapi berusaha menghancurkan amalan baik sedang dikerjakan hamba. Maka sedang kita sibuk mengerjakan amalan, jangan lupakan hati. Lindungi daripada penyakit yang membinasakan amalan.

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata,

"Takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu."
(Hadis riwayat Muslim)

Kedua, hasad atau iri hati (dengki).

Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah. Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan. Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya,
"Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka."
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Firman Allah yang bermaksud:

"Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak."
(Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

Kerana tidak ada kebersihan hati, banyak orang jadi hina dan sengsara. Allah menciptakan wang supaya manusia dekat dengan Allah. Wang yang dikurniakan disedekahkan, berzakat dan menolong orang sehingga darjat meningkat di sisi Allah.

Namun sebaliknya, banyak menjadikan dirinya hamba wang, demi mencari wang dia sanggup menipu orang, mencuri, rasuah, menculik, menyorok dan menaik harga barang serta bersubahat. Inilah menyebabkan hati seseorang tidak bersih dan menghapuskan segala amalan kebaikan dikerjakannya.

Justeru, amalan seseorang menggambarkan kebersihan hati nurani kerana sifat ujub, takbur, dengki dan rasa dendam menyebabkan halangan serta gangguan untuk seseorang itu menjadi penghuni syurga.

Wallahu A'alam..

p/s: I'm just trying to share..=)

Innama Al-A'amalu binniyat

Assalamu'alaikum,

Daripada Umar bin Al-khaththab r.a. berkata:

Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."

(Muttafaq 'alaih)

Blog?? Perlu ke??

Tarikh 19/8 memang sejarah yang amat tidak disangka2...akhirnya, ana pun membuat blog sendiri..


Setelah sekian lama menafikan keperluan berblog..

Ntah ape la yg ana nak tulis dalam blog ni, tambahan pulak skrg ni tiada ruang masa utk mencoret sesuatu di pejabat..huhu...kat rumah pulak takda tenet...

Sekadar berbasa-basi, melihat sahabat handai berebut2 menulis blog. jauh disudut hati, teringin jugak rasanya nak berblog..tapi cam tak layak ja rasa...

erm...bahasa pun bercampoq abieh..bukan pa, 5 tahun dok utara..lama2 rasa serasi ngan loghat sana...

ok la..cukup setakat ini..

memang rasa macam mimpi ja berblog....