Wednesday, June 30, 2010

Andai kata ...


Andaikata saya menjadi sultan yang memperkenan dan memberi jawatan, akan saya berikan jawatan Memanda Menteri Perdana kepada org pilihan saya.. Namun bukan orang yg sembarangan tetapi orang yang benar-benar saya rasakan mampu membawa perubahan. Meng'ubati segala ke'sekular'an yang ada...

Andaikata saya mempunyai kuasa menyamai kuasa Memanda Menteri Perdana, akan saya lantik Abu Saif menjadi 'Menteri Ilmuan yang terutama' (ayat rekaan ). Supaya nanti, dengan kelayakan yang dimilikinya, dia dapat membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan negara. Menyediakan kurikulum pendidikan negara dari dalam perut ibu, sehingga ke liang lahad..

Tetapi andai juga impian saya kesampaian, adakah orang-orang yang saya lantik ini mampu membawa perubahan kepada 28 juta rakyat Malaysia? Dengan keadaan semasa kita yang sangat-sangat dhoif. Ketandusan iman, kegersangan pemikiran proaktif dan inovatif, barah akhlaq yg kian menjadi-jadi, rasuah & birokrasi yang tiada had limitasi dan segala macam maslahah ummah yg lain...



Namun, untuk saya menjadi SULTAN atau MEMANDA MENTERI PERDANA adalah sgt MUSTAHIL...Saya bukan gila kuasa, tapi kadang2 hati saya ini resah mengenangkan nasib ummat yg akan datang. Gelisah dengan kekurangan persediaan fizikal dan mental sendiri utk menghadapi segala mcm halangan. Bimbang belum cukup 'ilmu kebal' utk menghadapi semua ini. Apalah agama yang akan dibawa oleh anak cucu kita nanti andai kita hanya mempunyai agama warisan. Ya, agama yang diwarisi tanpa dicari...

Kalau setakat agama yg dipelajari di sekolah rendah dengan mengambil subjek 'Pendidikan Islam' dan ujian Kafa, sy rasa kekebalan itu belum mencukupi utk membentengi musuh2 Islam masa kini. Pengambil subjek Quran & Sunnah serta Pengajian Syariah Islamiyyah di peringkat sekolah menengah juga belum tentu mampu membawa kita kepada 'manisnya berdakwah'...Adakah sistem yang harus diperslahkan atau perlaksanaannya sendiri?

MANSUH UPSR, MANSUH PMR..

Saya berkongsi cerita dengan sahabat2 yang bergelar guru ttg isu ini..

Saya: "Saya mmg sgt bersetuju dgn keputusan ini. Bukan nk kata sistem sblm ni salah, tapi mentaliti 'belajar kerana peperiksaan' perlu di mansuhkan."

Shbt saya: "Saya kurang setuju sbb menambahkan kerja cikgu yg sememangnya dah banyak.!"

Saya: "Tapi menda ni bagus untuk masa depan anak bangsa. Kita nakkan perubahan. Sekarang kita dapat lihat bahana dari sistem pendidikan sedia ada. Anak-anak remaja lebih betah terjerumus dgn pelbagai masalah sosial."

Shbt saya: "Cuba tengok PPSMI, kesian tau kat murid2 asyik bertukar je sistem pelajaran kat Malaysia nie.."

Saya: "PPSMI tu memang tak membantu, lebih menyukarkan ada la.."

Shbt sy yg seorang lagi mula melibatkan diri apabila melihat 'perbalahan' kami tidak berakhir.

"2-2 pun ada pro & conts masing2..Tinggal lagi nak aplikasi ja. Kalau sistem baguih, tapi perlaksanaan hancus ttp tak guna jugak kan.."

................

Salah lah saya andai menyalahkan orang lain dgn permasalahan ini...

"Orang yang suka menyalahkan org lain itu, sebenarnya dia lah yg lebih bersalah"..

Mari kita mulakan segalanya dengan ilmu..Kerna, kalam pertama yang Allah turunkan kepada nabi kesayangan kita ialah, "Bacalah!!"

Owh..Malaysiaku...

Thursday, June 17, 2010

Ibu susuan vs. Lembu susukan?



Tertarik untuk menulis tajuk ini setelah terbaca entry blog radieah...

"Melihat kepada situasi tersebut menurut Ustaz Hassan Din al-Hafiz, beliau menyarankan supaya dihidupkan kembali konsep ibu susuan kerana adalah tidak layak seorang bayi yang diciptakan oleh Allah s.w.t dengan sebaik-baik kejadian diberikan susu haiwan."

Tradisi zaman Rasulullah..

Rata-rata daripada kita tahu bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah membesar dengan ibu susuannya iaitu Halimatun sa'adiah. Sudah menjadi tradisi orang-orang arab Quraisy, anak-anak kecil mereka akan dihantar ke kampung-kampung pedalaman untuk dibesarkan. Antara sebabnya adalah supaya anak-anak mereka dapat menguasai bahasa Arab yang tulen, biasa dengan kesusahan, tahan lasak dan hidup dalam udara padang pasir yg sihat! Semua ini sukar didapati di Mekah kerana mekah sering didatangi oleh pelbagai manusia yang membawa bahasa dan cara masing-masing. Bahkan ada pula yang membawa penyakit.

Nilai setitis susu ibu..

Baru-baru ini saya menyertai talkshow Nisa' Wilayah yang bertajuk "Nilai setitis Susu Ibu". Di antara panel jemputan yang hadir ialah Ustazah Teh Izanuri yang merupakan seorang kolumnis Majalah Muslimah dan Puan Rita Rahayu yang merupakan Pakar Laktasi. 2 input penting yang paling saya ingati daripada kedua-dua panel tersebut ialah:
  1. Menyusukan anak adalah merupakan hak seorang ibu.-Ustazah Teh
Ya, ia hak seorang ibu. baru saya tahu bahawa seorang bapa juga tidak mempunyai hak untuk memaksa isteri menyusukan anak sekiranya isterinya tidak mahu. Bahkan wajib bagi sang suami mencarikan ibu susuan anak2nya sekiranya keadaan isteri tersebut tidak mengizinkan (tidak mempunyai susu) sedangkan dirinya mahukan anak2nya mendapat susu ibu. Walaupun hak mutlak memberi susu jatuh ke tangan sang ibu, namun seorang isteri dan ibu yang baik tidak akan mensia-siakan hak seorang anak untuk disusukan..

    2.   Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza bergantung kepada apa yg dimakannya. -Puan Rita

Andaikata si ibu menyusukan anaknya selepas menikmati kelazatan durian, maka si anak dapatlah merasa susu perasa durian. Hal ini tidak akan dapat dinikmati oleh anak-anak yang minum susu tepung kerana rasa susu tepung tersebut adalah sama dan tidak akan berubah. Selain menimbulkan kejemuan, ia juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan otak bayi.

Ustazah juga turut menceritakan perbezaan kecerdasan menghafal bagi 2 orang anaknya. Yang seorang diberikan susu badan secara penuh dan seorang lagi dicampur susu badan dan susu tepung. Al-hasil anak yang diberikan susu badan secara penuh lebih cepat menghafal berbanding yang seorang lagi.

Ustazah pun tak susukan anak?

Timbul pula persoalan di benak hati saya, adakah ustazah juga tidak menyusukan anaknya? Siap sempat buat eksperimen tu.. hehe..memandai jer saya buat andaian sendiri..tetapi selepas habis talkshow tu, sy mendapat jawapannye.. Sebenarnya, ada masa dan ketika tertentu si ibu tidak dapat menyusukan anaknya. Contoh terhampir ialah, soerang ibu yang mengandung dinasihatkan supaya tidak menyusukan anak. Masalah seperti ini akan berlaku kepada ibu yang kerap mendapat anak. Selain itu, masalah ini juga akan dihadapi oleh ibu2 yang menghadapi masalah kekurangan susu..(erm..berapa byk hadapi ntah..)

What you give, you get back!

Saya rasa anda dan saya biasa dengar kata-kata ini kan? Pernah seorang ustaz memberitahu kami, peribadi kita akan dicorak oleh cara pemakanan dan apa yang kita makan. Dan disebabkan hal ini lah seorang muslim dilarang memakan khinzir. Khinzir haiwan yang pengotor. Perkara yang hampir sama juga berlaku kepada pemakan2 ayam (yang dicucuk, panggil ayam apa ya?). Ayam2 ini dikurung direban, dan kemudian hanya duduk berehat menanti masa makan. Apabila mknn diberi, barulah dia mkn. Ayam2 ni selalu kelihatan letih dan tak cergas, berlemakk dan gemuk (tak sampai hati nak kata ayam pemalas sebab mereka dikurungkan).. Oleh sebab itu, pemakan2 ayam, kadang2 menghadapi simptom yg sama..letih, tak cergas, berlemakk dll..

Cara mengatasi?

Jagalah pemakanan kita dan anak-anak anda (sbb sy takdak anak lagi selain anak mata). Berkata-kata memang mudah, tapi untuk melaksanakan adalah satu mujahadah. Kalau nak anak2 baik, dari sebelum kahwin ibu bapa mesti jadi baik kann?? hehehe...Tapi kita semua bebas untuk menjadi baik pada bila2 masa...

Akhirnya dapat juga saya kongsikan entry nie, dah lamaaa daaahh nk kongsi... 

Wednesday, June 16, 2010

Tabuk dahulu, Tabuk hari ini...

Assalamu'alaikum Warahmatullah,

Moga tulisan ini menemui ikhwah dan akhawat sekalian dalam kasih dan sayang Allah, agar pandangan Allah kepada kita di saat ini adalah pandangan rahmahNya bukan pandangan kemurkaanNya.

Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi,
Menyingkap peperangan Tabuk, peperangan terakhir Rasulullah SAW yang menemukan para mujahideen dengan tentera Rom bilamana Hercules ingin menyerang Madinah dan menghapuskan negara Islam yang pertama yang terbina di semenanjung Arab. Dalam Ghazwah Tabuk, para sahabat berlumba-lumba menyumbang harta benda mereka. Abu Bakar menyumbangkan seluruh hartanya. Umar Al-Khattab pula menyumbangkan separuh daripada harta yang dimilikinya. Uthman al-Affan tidak juga ketinggalan menyumbangkan harta yang banyak sehingga mempersiapkan satu pertiga keperluan tentera Islam pada ketika itu untuk berperang.

Ada beberapa sahabat yang fakir menemui Rasulullah lantaran mereka tidak mempunyai tunggangan yang boleh dinaiki, tidak mempunyai harta untuk diberi. Apabila baginda Rasulullah SAW berkata, "Aku tidak dapat menyediakan tunggangan yang boleh membawa kamu", lalu pulanglah mereka dengan berlinangan air mata mereka kerana kesedihan lantaran tidak punya apa-apa untuk disumbangkan untuk ghazwah tersebut.

Dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata Karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan. [At Taubah 9:92]

Ikhwah dan Akhawat sekalian..
Mari sama-sama kita refleksi dan koreksi diri. Berbezanya Tabuk dahulu dan 'Tabuk' masa kini..

Tabuk dahulu..
Mereka sedih bukan kerana dosa,
Kesedihan mereka kerana tidak dapat menyahut seruan Allah dan RasulNya..

Tabuk kini..
Dosa hanya ditepis bagaikan lalat yang menyinggahi hidung..
Jangan dikata sedih kerana tidak dapat taat kepadaNya,
Sedih berbuat dosa pun jarang sekali..

Tabuk dahulu..
Mereka sedih kerana kefakiran yang menghalang mereka berjuang..

Tabuk kini...
Kita gembira dengan kesenangan yang menghambat kaki dan tangan untuk pergi berjuang..

Tabuk dahulu...
Mereka sedih kerana tak dapat berjuang dan berperang..

Tabuk kini...
Kita gembira kerana terlepas dari melawan musuh Islam..

Tabuk dahulu..
Ghazwah kekurangan beberapa pejuang lantaran kefakiran..

Tabuk kini..
Kita kekurangan ribuan malah jutaan pejuang kerana ke'senang'an..

Tabuk dahulu..
Hati mereka meronta untuk berjihad di kala musim panas dan buah menyapa..

Tabuk kini..
Kita selesa bersenang lenang penuh kerehatan di rumah..

Tabuk dahulu..
Tatkala seruan jihad datang,
Mereka terus keluar untuk menyahut seruan..

Tabuk kini..
Sebutlah Palestin, Afghanistan..
Sungguh, kita diwarnai dengan terlalu sedikit kepedulian..


Ikhwah Akhawat sekalian,
Tabuk dahulu, mereka merintih kerana tidak berpeluang berjihad di medan perang, 'Tabuk' hari ini.. kita merintih kerana tidak punya masa kerehatan. Mereka berebut peluang dan ruang, kita hilang banyak kesempatan yang mulia. Tapi, pernahkah sesekali hati kita menangis dan merintih, "Allah, aku tidak punya apa-apa untuk dipersembahkan kepadaMu..". Didiklah hati untuk bersedih apabila melakukan dosa, ajarlah hati untuk menangis berlinangan air mata apabila tidak punya apa-apa untuk dipersembahkan kepadaNya..

Betapa jauhnya dan tersasarnya kita berbanding mujahideen Tabuk.. Dan kita tak segan silu katakan, kitalah barisan pejuang Islam!

Sama-samalah kita refleksi hati, koreksi diri, moga-moga di saat kita melakar sejarah, diri kita dan hati kita sudah bersedia untuk bekerja untuk Islam dengan jiwa sebenar-benar pejuang Islam kerana Allah.

Kerja besar untuk perubahan yang besar, insya'Allah.

Allahu A'alam.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.


'Abidah Ali
IKRAM Putrajaya
Multimedia University, Cyberjaya

Friday, June 11, 2010

Saya mudah lupa..adakah sy sudah tua?huhu..


Akhir2 ini, saya amat sering terlupa itu dan ini...
Adakah ini antara tanda-tanda penuaan?

Kerap kali saya risau dan bimbang dengan masalah ini...

Saya mahu atasi...

Saya tak mkn semut...
Semut pun susah nak jumpa mknn saya...

Tapi, saya tak juga mkn makanan yang boleh menguatkan daya ingatan saya..
Yang ini saya perlu perbaiki..

Selain kismis, ada kah makanan lain yang boleh membantu ingatan kita?

 









Tuesday, June 8, 2010

Opick: taubat




Selepas hari2 mendengar lagu Maher Zain, saya kini beralih arah ke lagu opick..
hampir hari2 sy mendengar lagunya...Ini semua gara2 mendengar lagu tersebut di ikim.fm..
lagu ini begitu amat menusuk kalbu...:D