Friday, July 30, 2010

Fajar Ramadhan kian menjelang..

Pada hari yang mulia ini, kita berada di pertengahan syaaban dan kian beralih ke penghujungnya ..
Julai pula sudahpun melabuhkan tirainya. Menjelang senja esok, kita melangkah ke Bulan yang baru. Semoga langkah itu kita sertai dengan azam dan semangat baru..

Tertanya-tanya juga saya, apa yang bakal berlaku esok hari. Entah kan bernyawa, entahkan tidak..
Entahkan bekerja, entahkan tidak.. Entahkan berkaki dan bertangan, entahkan tidak...

Kemudian,
Tidak lama selepas itu, dengan izinnya kita akan bertemu Ramadhan buat kali yang ke-20an bg sy..
Semoga Ramadhan saya kali ini lebih baik dari tahun lalu..


Blogku..

Boleh jadi blog ini dibenci dan paling tidak digemari oleh anak muda apatah lagi golongan elit yang jauh lebih bijaksana daripada saya. Namun niat saya cuma satu, sy sekadar ingin berkongsi dan memberi (huhh, kalau lah ustaz Hasrizal 'patent'kan perkataan memberi, susah la sy ).

Pernah saya didatangi oleh seorang adik (melalui FB chat box) mengatakan dia sering berkunjung ke blog sy, banyak info baru yg dia dapat. Saya kata, "Allahuakbar, blog akk ni biasa2 aja. Sekadar berkongsi.." Dalam tidak sedar, sekelumit rasa syukur sy panjatkan buat Ilahi kerna sekurang-kurangnya saya telah berkongsi. Sudah pasti ayat2 saya tidak semantop dan secanggih ustaz ustazah yang balik dari Mesir mahupun yg menamatkan pengajian di Universiti-Universiti tempatan. Namun sekurang-kurangnya matlamat blog ini tercapai. Saya tahu, usaha saya ini terlalu kecil jika dibanding dengan orang lain yang bersungguh-sungguh menyebarkan Islam. Ini sahaja kemampuan yang saya ada..Alhamdulillah, sy amat mensyukurinya..

Terima kasih dik, motivasiku telah meningkat slps saat itu. Lepas ni kena lebih banyak membaca supaya lebih banyak info yang boleh dikongsi..


Template baru..

Sebenarnya, saya kurang selesa dengan template baru nie. Dia agak berat dan menyebabkan masa loading yang lama..Saya ingin kembali kepada layout yg hijau comel dulu..Tapi website itu under construction..

A Girl's Hope..Very touching!

Tuesday, July 27, 2010

Hadith Sahih tentang puasa Syaaban..

Sekadar ingin berkongsi hadith ini yang saya petik dari website Dr. MAZA.. Namun demikian, saya amat mencadangkan saudara-saudari membacanya sendiri dari website Dr. MAZA kerana penjelasannya yang lebih terperinci..

Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
Juga saya ingin kongsikan animasi menarik yg diforwardkan oleh adik saya..sila klik sini

MEMBACA JAMBATAN ILMU..

Thursday, July 22, 2010

Ramalan dan keyakinan

Rasa ingin tersenyum bila terbaca kenyataan2 ini...


Dolu-dolu...
"Negara akan bankrup pada 2019"
Baru-baru ini...
"Sumber Air kita akan habis pada 2019"
Tidak berapa lama dulu...
"Bekalan Petroleum akan habis pada 2019" (tidak pasti akan saya ttg tahun yg diramalkan ini)

hrmmm.....

Ramalan kah?

Bagi sesetengah manusia, mereka mungkin berkata "ini semua politik semata.."

Terfikir juga saya akan impaknya kepada golongan yang kurang berpelajaran.. Lagi-lagi mereka yang free thinker (tiada agama).. Mereka mungkin akan mula risau dan berfikir, apa yang akan berlaku kepada negara dan diri mereka pada masa itu.. Tidak kurang juga bagi yang fanatik, golongan ini akan membunuh diri dek kerana tidak rela menanggung tekanan perasaan dan tekanan hidup 'yang telah diramalkan' pada masa depan...


Tidak salah membuat ramalan..

Tertanya-tanya juga saya, adakah mereka ini Yang Memberi Bekalan?

Memang tidak dinafikan bahawa kajian yang pelbagai telah dibuat sebelum mereka mengeluarkan sebarang kenyataan.. Tetapi, jgn singkatkan kajian kita dengan daya intelektual manusia semata-mata, sebaliknya perlengkapkan sekali dengan urus tadbir Allah..
Kan lebih baik begini...
"Sumber air di sekian2 tempat dijangka habis pada 2019, walaubagaimanpun dengan izin dan rahmat Allah, sumber air kita tidak mustahil bertambah..Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memohon rahmat Allah.."
Adakah kita dikira manusia dhoif sekiranya kita berkata sedemikian rupa?

Selain kita mengagungkan Yang Maha Esa, kita juga sebenarnya sedang menyebarkan tunas-tunas dakwah kepada sekalian manusia..

Sandarkan ia pada Pencipta..
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).”
Surah at-Thalaq : ayat 3
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” 
 Surah Ibrahim : ayat 7
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
Surah Saba’ : ayat 39
“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.”
Surah An-Nur : ayat 32
Yang Memberi dan Menarik bekalan2 itu pada bila2 masa..
Yang Maha Esa..

Jangan salahkan takdir, sebaliknya bermuhasabahlah dengan tadbir..

Allahuakbar!

Tuesday, July 20, 2010

Mulakan dengan namaNya..

"Mulakan setiap pekerjaan anda dengan lafaz BISMILLAH..Rahmat Allah akan terputus pada pekerjaan yang tidak dimulakan dengan namaNya.."
-Ust. Hasrizal Abd. Jamil, ikim.fm 7.30pg
Baru2 ni, saya ada mengikuti tazkirah Ustzh Raudhatul Firdausi. Ustzh kata, sblm masuk rumah jgn lupa baca doa masuk rumah. Sebelum ke tandas, jgn lupa berdoa..dan sebelum makan sebutlah nama Allah... Apa ya sebenarnya khasiat baca doa-doa ini?

1. Doa Masuk Rumah

Di mana pun kita berada, kita akan dikelilingi oleh makhluq2 Allah yang lain termasuklah yang ghaib (yakni terhijab dari pandangan mata kasar). Hanya hamba2 Allah yang terpilih sahaja dapat melihatnya. Kalau kita baca doa masuk rumah dengan penuh penghayatan, syaitan2 yang mengikuti kita dari office dan sepanjang perjalanan ke rumah, tidak dapat ikut kita memasuki rumah.. Secara tidak langsung, kita dapat menghindar rumah kita dari dihuni oleh makhluk tersebut.

Erm, kadang2 terfikir juga, ada org yang balik rumah dalam keadaan marah2.. Bila masuk rumah, dia lagi rasa nak marah..kemarahan yang seolah2 tiada penghujung..mungkin dia terbawa syaitan office tadi balik kerumah dia..atau mungkin juga dia terbawa syaitan yang sama2 berada dalam tren ke rumahnya..

Perasan atau tidak, kadang2 bila kita masuk ke rumah yang dibacakan ayat-ayat Allah dan tidak dihuni oleh syaitan dan Jin kafir, sebaik sahaja kita melangkah masuk ke rumah itu, ketenangannya amat terasa walaupun mungkin tidak berapa kemas..


2. Doa Masuk Tandas

Sedarkah kita bahawa setiap hasil buangan kita itu akan menjadi mknn syaitan dan makhluk halus? Apabila kita masuk tandas tanpa membaca doa, seolah-olah kita memberi mereka mkn. Bila makhluk2 tersebut sihat dan kenyang, maka mudah lah mereka mengganggu kita. Mungkin sesetengah dari kita merasa lucu dengan kenyataan ini, tapi bagi hamba2 Allah yg terpilih untuk melihat makhluk2 ini, mereka boleh nampak.. Pernah seorang hamba Allah terlihat makhluk itu telah sedia ternganga di mangkuk tandas ketika ingin memasuki tandas..Apabila dibacakan doa beberapa kali, barulah makhluk itu pergi..



3. Doa Makan

Sesuatu mknn yang dijamah tanpa dibacakan Bismillah, mknn tersebut akan dipenuhi dengan najis2 dan muntah2nya syaitan..Terfikir juga dengan masalah hati benak dan sukar menerima ilmu, mungkin masalah ini ada kaitan dengan baca doa mkn..

Sebab itu lah islam menegah kita membiarkan mknn terdedah.. Selain dihinggapi makhluq2 nyata (lalat, lipas, cicak) ia juga akan di datangi makhluq2 ghaib.. Maka tanpa Bismillah, akan hilanglah berkat dan rahmat dr mknn tersebut. Daripada ia bertujuan memberi tenaga, akhirnya ia menyumbang kepada kemalasan demi kemalasan...



Allahu akbar...Bagaimana pula dengan mknn yang dijual dipasar mlm dan ditepi2 jalan?

Islam itu agama praktikal..

Allah uji kita dengan pelbagai ujian, kemudian Allah hadirkan juga panduan dan kaedah penyelesaian..

Yuk kita mulakan dengan 3 cara mudah ini..
  1. Baca doa masuk rumah
  2. Baca doa masuk tandas
  3. Baca doa makan
 Kemudian, beristiqamah lah..


عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم
.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. 
 
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Friday, July 16, 2010

Saat Lafaz Sakinah

 gambar hiasan

Ya Allah, syahdu sungguh lagu ini...
Sekiranya arwah abah masih ada, mungkin inilah lafaz yang akan disampaikan kepada bakal suamiku nanti...
Ya, rumah tangga itu bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan tuntutan cinta..

Tetapi ia adalah akujanji terhadap 'amanah' yang terpikul oleh seorang bapa..
Tanggungjawab terhadap Sakinah (ketenangan), Mawaddah (kasih-sayang) dan Rahmah (rahmat) dlm rumah tangga...

Saya minat lagu ini dan mencari-cari liriknya..
Apabila dihayati, saya terus terkenang pada abah..

Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus

06 Saat Lafaz Sakinah - Far East.mp3

Terasa tempang saat itu nanti tanpamu abah..
Tapi aku redha, Allah lebih menyayangimu...
Al-Fatihah untuk abah..
Anakanda mu amat merinduimu...
Ya Allah, tempatkanlah abah dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman..
Ampunilah dosa-dosanya...
Kasihanilah dia Ya Allah.....
Kasihanilah dia Ya Allah.....
Kasihanilah dia Ya Allah.....

Ya Allah, semoga kami bertemu diSYURGAMU nanti...

Monday, July 12, 2010

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU



Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Tahun 2010

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan  
1 NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin  
2 NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin  
3 Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone 
4 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
5 Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin
  
 Tahun 2009

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan  
1 Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin  
2 Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone  
3 Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE Hydroquinone  
4 ~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE Hydroquinone  
5 Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone  
6 A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin  
7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone  
8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone & Tretinoin  
9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin  
10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin  
11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone  
12 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin  

Tahun 2008
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin

Senarai ini dikemaskini pada April 2010

Maklumat ini saya ambil dari laman web BPFK

Sekadar untuk berkongsi maklumat..

Thursday, July 8, 2010

7 petanda kebahagiaan dunia


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1.Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2.Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3.Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4.Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5.Al malul halal, atau harta yang halal
6.Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7.Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap
detiknya diisi dengan amal ibadah.

Adakah kita benar2 bahagia? atau sebenarnya kita kita hanya terleka dgn tipu daya dunia..

Yuk, kita cipta bahagia dengan 7 perkara di atas yuk..

kawan saya Sarah pernah kata, "Perjalanan menuju bahagia itu juga satu kebahagiaan. Kerna kebahagiaan itu bukan di pangkal jalan ataupun dihujung jalan, tetapi ia ada di sepanjang jalan"

Thursday, July 1, 2010

Julai sudah tiba...

Julai antara bulan kegemaran saya..

Sbbnye....Saya suka nombor tujuh.. (Itu ajer..takda sebab lain..)

Hari ini, kita telah menjejaki 1 Julai 2010 bersamaan 19 Rejab 1431..  

Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi usia saya hingga ke Julai tahun ini...

Sekadar ingin berkongsi beberapa aktiviti di bulan JUN..


6 Jun 2010, MuhammadTUN, Muaz Hasif dan MuhammadDUN naik buaiyan...

Boleh dikatakan ianya antara tradisi keluarga... sape yg jadi cucu mak saya, kena la naik buaiyan! hehe...

Budak2 tiga orang nie, sangaaatt la baik masa dok dalam buaiyan..mana tidaknya, mereka dikelilingi oleh nenek2 yang comel2 termasuklah mak saya..

Ditambah pula dengan alunan MARHABAN oleh Ahli Kump. Marhaban Mak saya... Seronok je mcm bila join kump marhaban nie, mcm2 depa dapat dalam goodies beg..hihi.. 




gambar nie sekadar hiasan..nyum2, sedapnye kek coklat doyah!

Selain itu, ramai juga kalangan sahabat2 dan senior2 saya yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan ini...

Sanah Hiloa ya sohaabaattil 'azizah..(sohaabaatt =merujuk kepada ramai @ jama')
rasanya laa..  

Antaranya, Fatariah, K. Hajariah, K. Ct Syarifah, K. Ida Farah, Murni, Syafinaz dll.. Semoga Allah limpahkan rahmat dengan pertambahan umur ini.. Walaupun hakikatnya, pertambahan umur adalah petanda kita semakin menghampiri detik kematian. Sekian...