Monday, August 15, 2011

.::Bernazar dengan maksiat::.

Dari Imran bin Hushain r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
”Tidak boleh melaksanakan nazar yang berupa maksiat dan tidak boleh orang melaksanakannya.”

(al-Bukhari)

Huraian

1. Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.

2. Perkara yang dinazar hendaklah merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di mana Islam tidak membenarkan umatnya bernazar dengan perkara yang telah diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Contohnya seseorang itu bernazar untuk makan, minum, tidur dan sebagainya.

3. Perkara yang dinazarkan juga janganlah terdiri daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan seperti bernazar untuk mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.

4. Islam juga melarang kita bernazar dalam perkara yang makruh atau diharamkan seperti membunuh, berzina dan sebagainya. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan lagi termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah malah perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.

5. Selain itu adalah tidak sah hukumnya orang yang bernazar secara dipaksa.

Wednesday, August 10, 2011

Zakat fitrah melalui SMS

Berikut dilampirkan sekali lagi cara-cara untuk melakukan zakat fitrah dengan menggunakan sms..
Boleh tengok di-->sini

Buah rambutan isinya manis,
Warnanya merah menyala,
Puasa Ramadhan cukup sebulan,
Zakat fitrah jangan dilupa..

Ermm..mcm ada yang tak kena dengan pantun di atas...

Daun pandan daun pegaga,
Satunya wangi, satu lagi berkhasiat,
Bulan ramadhan bulan mulia,
Marilah sama-sama kita berzakat...



Renung-renungkan dan selamat beramal!

Friday, August 5, 2011

Berbuka yang diharuskan..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”

Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

ii) Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada diri atau pun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.

iii) Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada’kan semula puasanya di bulan yang lain.

iv) Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa, maka tidak wajib qadha dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis rasulullah s.a.w menyebutkan yang maksudnya:” Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" ( Bukhari dan Muslim).

v) Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.

Wednesday, August 3, 2011

.::RaGaM-RaGaM SoLaT::.

Sambil


Firman Allah S.W.T:

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang -orang yang beriman."

(Surah An-Nisa': 103)

*kartun ini saya dapat di http://karyamatahati.blogspot.com/
Method dakwah yang santai dan sangat sesuai untuk remaja..Pemilik blog adalah seorang muslimah yang mengenakan jilbab..MasyaAllah! Semoga Allah merahmatinya..

Tuesday, August 2, 2011

MaCaM-MaCaM KaReNaH RamaDhaN..

Artikel ini pernah saya kongsikan dahulu..sekadar penyegar minda..


Kisah 1:

Seorang tok Imam sedang mengaji di Masjid Kampung di ibu kota..

Tiba-tiba masjid tersebut didatangi oleh seorang hamba Allah yang 'berada' bersama kereta Mercedesnya.. Pon pon...pon pon.. Hon dibunyikan oleh pemuda tadi. Tok Imam ni pun berhenti mengaji dan pergi ke belakang melihat siapakah gerangan yg menjadi tetamunya petang ini. Sesampai di kereta, boot kereta dibuka dan tok imam terus la melihat apa yg ada di dalamnya.. Ada pisang untuk juadah berbuka..

Lalu tok imam pergi kehadapan dan berjumpa dengan hamba Allah yg baik hati itu. Terkejut tok imam bila melihat hamba Allah tu pakai seluar pendek je!Tok imam pun tak jadi ambil pisang tu. Dia tutup boot kereta lalu berkata, "Hang pi juai pisang ni, pastu hang pi beli seluaq panjang buat pakai..Sedekah ni sunat, tutup aurat tu wajib!"

ishk3...haru!

Moral: Dahulukan yang wajib, baru ditambah yg sunat..mmg, bagi mkn org berbuka, kita dapat pahala sama byk dgn org berbuka tanpa mengurangkan sedikitpun pahala mereka.. Tetapi, alangkah molek sekiranya kita juga berpuasa! dan menjaga batas2 aurat kita..

Kisah 2:

Suatu petang di Bazaar Ramadhan di bandaraya Ipoh..

Saya, adik2 dan emak pergi ke Ipoh untuk mencari sesuatu.. Apabila petang, kami dijemput untuk berbuka di rumah sepupu saya di Ipoh.. Bincang punya bincang, kami setuju untuk berbuka di sana. Sebelum ke rumah sepupu, kami singgah di bazar ramadhan berdekatan Stadium Ipoh. Selesai memarkir kereta, emak dan adik2 pun keluar mencari beberapa kuih sebagai juadah berbuka. Saya hanya menunggu dikereta kerana sudah kepenatan berjalan.. Sambil menunggu, saya menelaah buku Transformasi Ramadhan yang dibawa..

Alangkah terkejutnya saya, bila terlihat ada penggerai yg dengan slumber nya mkn kat dlm van di tepi jalan. Lelaki dewasa pulak tu! Alahuakbar.. Malang sungguh saya kerana tiada menyimpan no. telefon JAIP ketika itu.. Dan sekiranya ada sekalipun, mungkin pejabatnya sudah tutup.. Kepada warga Ipoh yang membaca cerita ini, lakukanlah sesuatu! Boikot penggerai itu! Jangan sampai kita dikira bersubahat kerana membeli di kedainya..Kalau bukan kita yang bertindak, siapa lagi kan? Biar dia rugi kat dunia lagi.

Moral: Org perempuan yg takleh puasa pun takdak la sanggup mkn secara terbuka! Kalau Upin dan Ipin tahu nie, mesti depa kata, "Geeeram, geram, geram....elok sunatkan lagi sekali aje atok dan pakcik tuu..!"


Kisah 3:

Tazkirah selepas rakaat keempat terawih.

Kali kedua saya pi terawih di surau yg ada tazkirah pada rakaat keempat. Kagum dengan semangat ahli qariah yang berebut memenuhkan surau untuk merebut pahala di bulan ini! Sehingga ada sahabat saya yang terpaksa mencari surau lain untuk berterawih.. Saya suka cara surau ni buat tazkirah. Bagi saya, ada dua kelebihan bila kita buat tazkirah selepas rakaat keempat:

Pertama: Mustami'iin (pendengar) yang ramai..

Kedua: Sesuai dengan konsep terawih yg bermaksud berehat-rehat. Tak perlu terkejar-kejar..buat 8 rakaat dah cukup, tapi ada pengisian. Cuma, ustaz yg dipilih tu mesti lah yg bersesuaian.. Iyalah, saat kemuncak mengantuk kan masa tu...

Kisah 4:

Saya seronok tengok keadaan surau2 yg dipenuhi manusia dalam sepanjang perjalanan pulang ke kotaraya pada malam isnin yang lalu. Namun jauh di dalam hati saya tertanya-tanya, adakah keadaan yg sama berlaku pada mlm2 lain di sebelas bulan berikutnya?

Kekuatan umat islam dapat diukur pada ramainya yg solat subuh secara berjemaah..

Saya ingin menyeru (bagi pihak kerajaan), ayuh kita meramaikan umat! huhh.. (ada kaitan ker?)
Tapi, kalau ramai umat tak berkualiti pun, susah juge kan?

Kita hakikatnya belum kuat..

owh..Malaysiaku...

Monday, August 1, 2011

Motivasi Ramadhan 1: Carilah Hati


“Carilah hatimu di tiga tempat:

1. Ketika membaca al-Qur'an
2. Ketika solat
3. Ketika mengingat kematian.

Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, kerana engkau sedang tidak mempunyainya!”

-Imam Al-Ghazali-