Thursday, May 14, 2015

Sushi Malaysia

Sushi @ Pulut Gulung

Bahan-bahan:

1. Beras short grain (saya guna jenis Sumo mcm gambar di atas). Beras ni ketot-ketot aje tau. Lagi ketot dari beras yang kita biasa makan di Malaysia.

2. Seaweed atau rumpai laut yang dileperkan (alah... macam dalam gambar di atas). Pastikan anda cari yang ada logo halal ya sebab kalau yang semuanya bahasa asing, susah juga sebab tak tau kandungan apa yang ditulis dalam bahasa tu).

3. Minyak bijan

4. Minyak masak (sedikit aje gunanya)

5. Telur 2-3 biji (bergantung berapa banyak anda nak buat kimbap ni)

6. Sebatang lobak merah

7. Sebatang timun

8. Sosej (ayam atau daging, bergantung pada mana yang anda suka)

9. Sedikit garam

10. Bamboo mat atau dalam bahasanya tikar bamboo kecil (boleh le kot ayat ni, hehehee...)

Cara-cara penyediaan (Gambar penyediaan ada di bawah ya. Silalah scroll... :

Masak nasi dalam 3 pot. Cuci beras macam kita selalu masak tu. Selalunya kalau 3 pot beras, airnya mesti 6 pot. Dan selalunya, jika 3 pot beras anda masak, anda akan dapat dalam 6 gulung panjang kimbap tu.

Masa menunggu beras masak, kita goreng telur dadar. Tarukkan secubit garam dalam adunan telur tu. Goreng seperti biasa. Potong memanjang bila sudah masak.

Buang kulit lobak merah dan potong memanjang seperti mana macam telur juga.

Untuk timun pula, potong kedua-dua hujungnya dan potong memanjang seperti lobak tadi cumanya, jangan ambil bahagian tengah timun yang berair. Tak sesuai untuk diletakkan dalam kimbap. Takut cepat basi. Potong memanjang timun tersebut, Jangan nipis sangat tau. At least, sebesar saiz jari kelingking.
Sosej pula, anda potong empat bahagian memanjang. Sama seperti timun dan lobak.

Goreng lobak merah yang dipotong ke dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak. Sedikit aje tau. Kemudian angkat dan ketepikan.

Goreng sosej pula dengan minyak yang sedikit. Setelah agak masak, angkat dan ketepikan. Saya sarankan anda lap minyak yang ada pada sosej dan lobak agar ia tidak terlalu berminyak di dalam gulungan kimbap. Untuk kesihatan juga kan...

Setelah nasi masak, dan agak suam-suam, masukkan ke dalam satu mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan ke atas beras dan letakkan beberapa cubit garam. Tang ni, ikut citarasa anda. Kiranya suka rasa tawar, kurangkan garam. Tapi kalau nak sedap, suka-suka hatilah bak kata Chef Amar... Gaul nasi, garam dan minyak minyak itu agar mesra.

Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat ke atasnya dan letakkan pula sekeping seaweed ke atasnya. Letakkan sedikit nasi yang telah digaul tadi sedikit demi sedikit di atas seaweed dan benyekkan nasi tersebut. Macam gambar kat bawah ni. Benyek keliling kepingan seaweed tu tapi yang dihujung tu jangan taruk banyak sangat sebab takut bila digulung nanti, nasi terkeluar di hujungnya. Tak cantik sangat dah kimbap tu dan membazirlah kan...

Kemudian, ambil timun dan letakkan ditepi sekali. Ambil sosej, telur dan lobak merah dan letakkan rapat-rapat. Ala-ala macam bertindan.

Bila hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelek ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap tu.
Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang.

Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari. Kalau rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati... :)
Dah siap potong semua, bolehlah dihidangkan di atas pinggan panjang atau bulat. Enak dimakan dengan mayonis, sos black pepper...


Wednesday, May 13, 2015

Taman-taman syurga

Assalamualaikum..

Baru2 ini kami digemparkan dgn pemergian rakan sepejabat kehadrat Allah subhanahu wata'ala.. Masih muda orgnya.. Berumur 39 tahun. Hasil medical check-upnya baru2 ini, dikhabarkan dia bebas dari sebarang penyakit..

Firman Allah itu benar.
Memang benar.
Tiada keraguan padanya.
Bukankah mati itu tidak akan dilewatkan walau sesaat dan tidak akan dipercepatkan barang sesaat.

Mudah sekali pemergian sahabat kami ini. Sedang dia kepenatan selepas bersenam (mengayuh basikal). Dia duduk berehat dan mengadu sesak nafas. Dibukanya stoking yg tersarung dikaki. Dan kemudian dia rebah. Semasa rakan2 menemuinya, dia dilaporkan telahpun menghembuskan nafas yg terakhir. Isterinya mengatakan sebelum arwah keluar setelah solat subuh, arwah sempat memandikan, menyiapkan serta membancuh susu anak bongsu mereka.

Allahu...

Bukankah mati itu peringatan yg baik buat kita yang masih hidup?

Bagaimana pengakhiran kita nanti? Pernahkah kita memikirkannya..?

Sudah cukupkah amal ibadat kita untuk dipersembahkan kepada tuhan yg maha agung?

Kita sering membuat persiapan sebelum melakukan sesuatu. Itu normal. Sebelum membuat kek, kita akan pastikan bahan2 dan alatan telah tersedia. Sebelum berjumpa dgn boss, kita akan pastikn segala kerja2 yg diminta olehnya telah sempurna. Sebelum bersolat, kita akan bersedia dgn air wudhuk.

Namun, apakah persediaan dan persiapan kita untuk mati yg bakal menjengah pada bila2 masa?

Apakah kita sudah mengambil kira akan setiap gerak-geri dan perbuatan kita samada masih di atas landasan yg benar atau tidak?

Mati bukan untuk ditakuti. Bahkan ialah yg menjadi jambatan untuk kita mendekatkan diri dgn Allah 'azzawajalla dan menjauhkan diri dari segala larangannya.

Syurga dan Taman-Tamannya

Setiap kita sudah tentu mengimpikan pengakhiran syurga di akhirat nanti. Berada disyurga bersama2 dengan ahli keluarga dan pasangan yg kita cintai adalah matlamat akhir kita. Akan tetapi, layakkah kita memasukinya andai di dunia lagi kita tidak menggemari taman-taman syurga?

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْـجَنَّةِ فَارْتَعُوْا، قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَا رِيَاضُ الْـجَنَّةِ؟ قَالَ: حِلَقُ الذِّكْرِ

"Apabila kalian berjalan melewati taman-taman Surga, perbanyaklah berdzikir". Para Shahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman Surga itu?" Beliau menjawab, "Yaitu halaqah-halaqah dzikir (majlis ilmu)". [Hadits hasan: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 3510), Ahmad (III/150) dan lainnya, dari Shahabat Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu. At-Tirmidzi berkata, "Hadits ini hasan".]

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian”. (Surat Ali `Imran: 185)

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana pun kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, kendatipun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh” (Surat An Nisa': 78)

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kalian lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kalian, kemudian kalian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan”. (Surat Al Jumu`ah: 8).

Wallahu'alam..

Nota peringatan ini khas ditujukan kepada diri penulis sendiri.

Buat diri penulis, rajin2kanlah diri membaca surat cinta Allah dan selalulah membawa diri ke taman-taman syurga.. Sesungguhnya, mati itu terlalu hampir..