Tuesday, January 6, 2009

~Salam Maal Hijrah 1430H~

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tidak menziarahi blog sendiri..
akhirnya diri ini sempat juga berkunjung di sini..

Erm..masih tidak terlambat untukku mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat tahun baru 2009..

Rasanya semua orang ada azam baru masing2 kan??

Sebenarnya, kita mesti berazam setiap hari, bukan hanya sekadar berazam apabila tiba tahun baru sahaja.. Cumanya, bak kata ust. hasrizal tahun baru boleh menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sempadan Iman kita dek kerana suasana/keadaan sekeeliling juga turut berubah..

Namun harus diingat umat Islam yg cemerlang adalah umat islam yg hari ininya lebih baik dari semalam..begitulah sebaliknya..

Arakian, ada juga rakan2 muslim kita yg berpesta dengan kedatanagan tahun baru nie..Sedangkan saudara Islam kita di Gaza dan Palestin sedang berjuang dan berperang mempertahankan negara mereka..Tahun baru disambut dengan tumpahan darah dan linangan air mata..MasyaAllah!!Maha hebat ujian Allah terhadap mereka..Cuba bayangkan negara Malaysia diserang (na'uzubillah), adakah umat Islam Malaysia mampu menjadi seperti mereka??

Tepuk dada tanyalah Iman.Mungkin suasananya belum begitu.Umat Islam Malaysia boleh dikatakan mewah dan senang jika dibandingkan dengan umat Islam di semenanjung tanah arab. Namun kesenangan itu juga adalah merupakan ujian Allah kepada kita. Bagaimana kita menggunakannya ke jalan yg Allah redhai dan bukan jalan yg mengundang kemurkaannya..Sama2 kita fikirkan.

Alhamdulillah, ana menyambut tahun baru dengan mengkhatamkan buku Travelog Haji. Bagi ana buku ini sangat baik untuk individu yg berazam untuk mengislahkan diri kearah yg lebih baik..Doakan ana sempat menjejakkan kaki ke 'Rumah Allah' dan bumi anbiya' ini..Memang tidak dinafikan, hijrah atau ziarah boleh mendatangkan motivasi yg tinggi untuk kita berubah..

Sekadar perkongsian ringkas,
Wallahu 'alam...

-za-

2 comments:

Anonymous said...

saraan rakyat Palestin amat menyayat hati..huhu..

~cna~

Za's said...

ape itu saraan cna?
ka ada tertinggal huruf??
hehe..anyway, thanks 4 visit my blog..