Tuesday, November 10, 2009

Terkorban..

Salamun 'alaikk..

Bersempena dengan HARI RAYA KORBAN yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya nak sembang2 fasal KORBAN..

Pengorbanan dan terkorban..

Beberapa hari yang lalu, saya dan beberapa orang teman pergi berkemah di sebuah kem perkemahan berdekatan Kuala Lumpur..(ala-ala bertapa..hehe). Seumur idup selama 17 tahun 24 ni..inilah pertama kali saya bermain flying fox, obstacle tapi yg ni tahap skolah rendah punye... Walaupun tahap skola rendah, tapi stkt itu pun dok rasa gayat..huhu..tapi kira ok la kan, sekurang-kurangnya sy berpengalaman.

Sepanjang perkemahan kami, banyak perkara yang kami kongsikan. Salah satu daripada intipatinya ialah kami berkongsi perihal pengorbanan. Ust Yusaini kata, Islam takkan tertegak tanpa ada PENGORBANAN.

Mari kita imbas sejarah peperangan dalam Islam. Berapa ramai tentera mujahidin yang terkorban dalam peperangan Badar, Uhud, Khandak, Tabuk dan beberatus-ratus peperangan lain demi menegakkan kalimah tauhid. Sahabat2 Nabi Muhammad s.a.w. semuanya memburu shahid, kecuali mereka2 yang munafiq sahaja. Mereka sanggup berkorban nyawa, apatah lagi mengorbankan harta, Demi ISLAM.

Kaum ansar sanggup mengorbankan kepentingan dan harta mereka demi mempersaudarakan kaum muhajirin yang diusir dari Mekah. Mereka datang ke Madinah sehelai sepinggang namun tetap dilayan oleh kaum ansar seperti saudara sendiri. Inilah kehebatan persaudaraan dalam islam.

Korban Abu Bakar

Tirmidzi meriwayatkan dari Zaid bin Aslam dari bapanya, ia berkata: "Aku pernah mendengar Umar ra berkata: Rasulullah saw memerintahkan kami bersedeqah dan kebetulan waktu itu aku mempunyai harta, lalu aku berkata: Sekarang aku akan mengalahkan Abu Bakar, jika memang aku dapat mengalahkannya pada suatu hari. Kemudian aku datang kepada Rasulullah saw membawa separuh hartaku.

Nabi saw kemudiannya bertanya kepadaku: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?“ Aku menjawab: "Sebanyak yang kuserahkan.“

Kemudian Abu Bakar ra datang membawa semua hartanya. Nabi saw bertanya "Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?“ Abu Bakar Menjawab: "Allah dan Rasul-Nya.“ Akhirnya aku berkata: "Aku tidak akan dapat mengalahkannya (dalam perlumbaan melaksanakan kebaikan) untuk selama-lamanya".

Hikmah mengadakan daging korban

Kata Ust. Yusaini lagi, berkatnya bila kita "berkorban" apabila tibanya hari raya korban. Allah akan selesaikan satu-satu permasalahan kita. Allah akan berkati rezeki kita.

Ustaz kata,

  • Jika kamu ada masalah, kamu tolong orang (dgn ikhlas), InsyaAllah masalah kamu akan selesai.
  • Jika kamu kesempitan, jgn kamu lokek untuk bersedekah, nescaya akan Allah lapangkan rezekimu.
  • Jika kamu buntu atau hatimu tidak tenang, cuba kamu lakukan ibadah korban, InsyaAllah akan Allah tenangkan fikiranmu.

Ija, agak-agaknya bila ya kamu nak buat korban ni? huhu..tepuk dada tanya iman sendiri.

Tautan hati, iman dan korban?

Lazimnya, kita susah nak berkorban untuk org yang kita tak sayang, apatah lagi org yang kita tak kenal. betul tak? Paling tidak pon, kita akan tolong org yang kita kenal.. Koman-koman, kita tahu yang dia saudara seagama kita. err..paham ker?

Camni lah..nak katanya, tak kenal maka tak chenta.. Kalau kita kurang mengenali seseorang, kita akan kurang ingin menolongnya. Sama jugak la dgn agama, kalau kita tiada keterikatan hati dengan agama, susah untuk kita nak BERKORBAN untuk menolong agama. Begitulah analogi saya. Kalau ada yang kurang bersetuju, kita boleh berdiskusi..

Contoh terkorban yang tiada kaitan dgn pengorbanan..


Sblm mengakhiri entry nie, saya nk bg contoh seorang hamba Allah ni. Ini contoh sahaja nae..Ada seorang hamba Allah tu, hensetnya telah terkorban. Yang ini tiada kaitan dgn pengorbanan ke, ape ke... Yang ini memang salah hamba Allah tersebut. Bermain di air terjun dengan membawa henset dan akhirnyaaa....hensetnya terkorban..kalau tak salah saya, harga henset tersebut sama dengan harga satu bahagian korban Lembu. Allahuakbar..

Tiada apa yg patut dikesalkan..

Tiada siapa yang boleh dipersalahkan..

Yang patah akan tumbuh, yang hilang (rosak) akan berganti..hihihi...

~za~

7 comments:

ct cucubi said...

bestnyer dpt main2 kat sana + tambah ilmu.
hehehehehe.....
ija, bunyi mcm nak beli handset baru je.. :P

Za's said...

hehehe...henset baru?
erm..tgk keperluan laa..

stkt berangan lam mimpi boleh la kot...:D

RoBy said...

kesian..
nnti org bg blk enset nie..
hehe..
tp rayer haji nnti ler.. haha..

Za's said...

ko nk beli enset baru ke doyah??
ngeh2...org memberi kita merasa...

syaza said...

sian mek ye....
xpe2...kumpul duit...nanti dah cukup leh ar beli hp baru....
plg koman pun, blackberry ke...hihihi

Za's said...

kalau ada org sponsor, bleh la nk mik blackberry..huhu..tp..tak yah laa..semua tu dunia semata-mata :p ana tgh belajar konsep zuhud...

cik ida said...

strawberry pun boleyyy...hehhee