Friday, March 19, 2010

Ieja, muhasabah please!!




Dulu, sewaktu mengakhiri siri tamrin rohani di tingkatan 2,
setiap kami memperoleh checklist ibadah untuk dilaksanakan setiap hari..

Checklist tersebut pasti mempunyai butir2 berikut,


1. Solat fardhu berjemaah (wajib)
2. Solat Tahajjud
3. Solat Hajat
4. Puasa sunat Isnin Khamis
5. Baca Ma'thurat tiap2 petang (wajib)
6. Majlis Ilmu (atleast seminggu 2 kali)
7. Solat sunat Dhuha (wajib sabtu ahad)
8. Baca quran (wajib)
9. Hafaz Quran
10. Sedekah
11. Jaga mata
12. Jaga makan

Bila masuk matrik, saya cuba sedaya upaya mewajibkan diri bagi perkara 1,3,4,5,7,8 dan 12..Matrik ok lagi, suasananya macam sekolah. Walaupun kekok, tapi Alhamdulillah sy masih mampu mengawal diri. Berada di sekolah aliran agama selama 5 tahun, menyebabkan saya kurang berinteraksi dgn lelaki. Ya, berinteraksi sekadar keperluan. Memang itu yang dituntut..

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan ganjaranNya tidak lama selepas itu..Bagi saya, mendapat tajaan JPA merupakan anugerah terbesar..ALHAMDULLAH..Maha Suci Allah..!!

Ketika berada di Universiti, disebabkan gerun menghadapi suasana yang amat terbuka dan berbeza, jadi saya melibatkan diri dengan persatuan yang saya rasa dapat mengikat saya supaya tidak hanyut..Alhamdulillah, penglibatan saya dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), USM menjadikan pandangan saya kepada Islam lebih mencapah. Islam bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi untuk semua. Kalau di zaman sekolah dan Matrik, ibadah2 yang dilakukan kebanyakannya ibadah nafsi2..emm, mungkin bukan kebanyakan tetapi hampir semua!

PMI telah mengajar betapa pentingnya kita 'menyampaikan' selain meng'islahkan diri sendiri secara istiqamah.
Oleh sebab itu, senarai checklist sy bertambah lagi. Kali ini, sebagai seorang da'i, item2 berikut adalah wajib! Selain mengekalkan item 1-12:

13. Usrah mingguan
14. Kuliah Tafsir
15. Kuliah lapangan (isu semasa)
16. Rehlah
17. Kuliah tauhid
18. Adakan program agama

Senarai ini bukan untuk dibanggakan, tetapi sebenarnya keperluan. Walaupun begitu, saya tak mampu penuhi kesemuanya. Banyak lagi lobang di sana-sini.huhuhu...Bak kata senior sy, "kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua"..

Namun kini, saya rasa saya perlu kembali ke checklist yang asal. Yang 1 hingga 12 tuu...tapi, tidak semua mampu saya penuhi. Especially yang pertama! Allahuakbar! Sebenarnya ia tidak sukar, tetapi mungkin kerana hati saya dah terlalu banyak terdedah dgn perkara lagho, terlalu byk mkn, terlalu byk gelak, makanya saya sering memberi alasan kepada diri sendiri itu dan ini..

Rasa seperti ingin kembali berada di tingkatan 2!

Ya Allah, bantulah hambaMu ini..Terlalu banyak dosa mata dan dosa hati yang kulakukan..
Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku meminta..






1 comment:

Radieah Mohd Nor said...

Assalamu'alikum w.b.t

Muhasabah tu indah kan ija...
Kerana ia akan buatkan kita kembali kepadaNya.

Ana rindu zaman kita solat jemaah sama-sama, makan dalam talam sama-sama, puasa n buka puasa sama-sama, ta'lim sama-sama... banyak lagi lah sama-sama.

Tq for your muhasabah...