Sunday, February 20, 2011

Saya Penggemar Makanan!

Apabila perut kita lapar, kita akan isinya dengan mknn..
Apabila tekak kita dahaga, kita bagi dia air..


gambar hiasan

Tapi kalau hati kita tandus, apa yang patut kita beri ya?

Badan kita memerlukan tenaga daripada mknn. Setiap makanan yang memasuki tubuh, segala zat dan khasiatnya akan diserap untuk kegunaan tubuh kita.

Pilih makanan.
"Kalau kita beli mknn kat pasar, pastikan kita membeli dari penjual yang bertudung dan berpakaian bersih serta makanannya juga dibuat secara bersih" kata ustazah Durrah dalam majlis usrah kami satu ketika dahulu.

"Boleh tak kita makan makanan yang dibuat oleh orang bukan islam usatazah?" tanya seorang ahli usrah.

"Persoalannya, adakah kita yakin dia menjaga kebersihan ketika menyediakan makanan tersebut? Dan sejauh mana kita meyakini bahawa makanan tersebut halal lagi baik? jawab ustazah.
"Peribadi kita akan tercermin dari makanan yang kita ambil." kata seorang ustaz yang mempromosikan IMP (Islamic Manufacturing Practice).

"Abg suka beli murtabak kat makcik tudung labuh tu. Telur dia dibasuh dan kebersihan juga terjaga". Kata suami saya ketika mencari murtabak di pasar malam.

Kenapa ya kita di ajar untuk memilih si pembuat mknn? Apa kaitannya dengan khasiat mknn? Dan apa kesannya kepada si pemakan?


gambar hiasan

Pernah dengar lagu Pizza in his pocket? "Dont be like a boy...who ate and ate and ate!" Jangan sampai makanan menjadi pembunuh kita.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Surah al-Baqarah: 168
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Surah al- Maidah: 88

Makanan akan menjadi darah daging. Jika makanan kita bersifat baik, maka darah daging kita akan jadi baik. Begitu juga sebaliknya.


Pembuat makanan sekalian

Kepada ibu-ibu, kaka-kakak, adik-adik yang rajin memasak kat dapur tu, elakkan menyanyi lagu yang tidak berfaedah ketika anda memasak. Sebaliknya, kita digalakkan berzikir seperti mana yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W kepada Saidatina Fatimah anakandanya.
 
Zikir mampu merubah molekul zarah air. Zikir mampu merubah molekul makanan yang dimasak dan zikir itu jugalah yang akan menjadi darah daging pemakannya! ANDA BUAT, ANDA HEBAT!

4 comments:

Nieza said...

salam..
akak penggemar makanan jugak.. hehe
thanks atas peringatan nie.. susah nak cari yang betul2 menutup aurat.. kadang2 makanan dah sedap yang jual tak berapa sedap dipandang..adus

ct cucubi said...

:) tq Ieja... pasni ija bukak kedai mkn k.. mmm rindu nak mkn bihun goreng ieja

Za's said...

Tulah kak nieza..
Kak khairul: kita kan dah berjiran..takyah la tunggu sy bukak kedai mkn kak oii..hehehe..meh jer dtg umah! Saya buat bihun goreng special 'berlemak' dan 'berkrim' untuk KESIHATAN akk! ahaks!

Khairiyah aka Kerry said...

hehe.i like this post.ija2 buat la button fb mcm blog kerry tu.boleh like n share..plsss