Tuesday, October 15, 2013

Neves...neves...neves....

Niat Berblog

Masa mula-mula nak berblog dulu...

"Blog? perlukah? bg ana, kalau kita pandai gunakan blog tu untuk mentarbiahkan semua pembaca itu yang terbaik...sama-sama berkongsi pendapat ke arah kebaikan, itu yang terhebat untuk blog tue..mcm anti tgh buat nie, teruskan usaha murni anti, semoga diberi barakah olehNya....

Note: ana tak suka baca blog yang ala2 diari kehidupan seharian, tambah2 everythg nak dihebah2kan..baik tak payah ler...langsung takde privacy! itu ana punya pendapat laa, yang amat kerdil disisiNya..."

Ini komen dari seorang teman senior ambe ketika mula berblog pada 19/08/2008. 6 tahun yg lampau.. Komen ini ambe sanjung dan ambe pegang sebab ambe harap dia baca blog ambe.. kuikuikui... Tapi tu perasaan ambe masa tu lah..


Sekarang bagaimana? 
Adakah matlamat ambe sudah berbeza?

Persoalan ini, ambe akan biarkan... biar masa yg menentukan. Ambe bukan tak berniat nk jadikan blog ni sebagai platform dakwah. Tetapi ambe rasa ambe tidak layak nk mendakwah org sebelum ambe mulakan dgn diri ambe sendirik..diri ambe yg sekarang ni, jauh b'beza dari diri ambe 6 tahun lalu.. Dulu-dulu masa terluang ambe banyak diisi dengan program jamaie, kuliah2 dan usrah. Almaklum, bujang trang tang tang..

Sekarang, setelah bergelar isteri dan berhijrah, tanggungjawab, kekangan kerja dan masa semua berbeza.. hanya saluran 119, 114 dan 106 menjadi platform ambe menuntut ilmu selain dari pengajian di surau opis ambe.. Itupun j a r a n g - j a r a n g .  .   . Usrah tiada, kuliah haraki jauh sekali..Masha Allah, masha Allah...

Ambe rasa ambe makin terleka dan terleka dgn kesibukan kerja dan kota.. Ditambah dengan keselasaan berada di "comfort zone".. 

Ada sesiapa nak bantu ambe? 

Soalan ini tidak patut ambe tanya. Ambe lah orgnya yang patut membantu diri sendiri keluar dari "comfort zone" tersebut.



Neves Pertama

Sememangnya sinonim dengan gelaran 'si darah gemuruh'. Itulah ambe.. 

Bermula dengan sesi 'interview' bersama pegawai-pegawai di salah sebuah bank ternama negara. Ambe melangkahkan kaki dengan harapan separuh. Kata hati ambe, "mu terra jahhh" (amboi, hati ambe b'cakap kelantan weii).. "Mana tahu ado rezeki, leh dapak kijo"...

Biasanya kalau harapan ambe separuh, ambe buat ala kadar dengan sangkaan singkat bahawa "ambe takkan dapat punye lah". Itu kata firasat ambe and precisely, tahap neves ambe juga separuh...

Dipendekkan cerita, kini ambe berkhidmat dengan 'interviewer' tersebut. 

Setelah bergelar staff, neves demi neves menjelma. Ambe rasa seolah2 berada di bumi asing. Perwatakan mereka hampir 100% berbeza dengan rakan-rakan sekerja di tempat kerja sebelumnya. 90% berbeza jika dibanding dengan perwatakan rakan-rakan sejawatan di sektor kerajaan..

Entahkan kenapa, disaat itu, ambe bertekad tidak mahu menjadi seperti mereka.. Sikap ego, tamak, bermuka2, dan kuat mengata, Ya Allah, mohon dijauhkan sifat2 tersebut ya Allah..     

Tapi lama-kelamaan, ambe dan mereka tidak jauh beza.. sedikit demi sedikit sifat mazmumah itu memasuki hati. Ya Allah!!

Ambe rasa terperangkap!


Neves Seterusnya

Kerja ambe memang tidak pernah lari dari kejutan. Company's turnover sgt tinggi, team member ambe sering bertukar ganti. Kata mereka, ini lumrah kerja disini.. Risiko dibuang kerja juga amat tinggi. Jangan tersilap langkah walau sekali, buruk padahnya nanti!!


.........................................................................................................

Owh.. ambe dah penat menulis dan kekeringan idea.. 2 tahun tak mencoret.. Trasa ianya semakin tidak memberansangkan a.k.a hancuss.. hahaha... Yang ambe ingat ialah pesanan boss ambe merangkap guru tatabahasa ambe Mr.YY, "do not repeat same word in a report".. Baik Cikgu!!

Mahu disimpan, takut berabuk pulak post ni nnti. Baik diteruskan dan diringkaskan cerita.


Neves Terakhir Untuk Post Ini

Ok, baru sampai kat tajuk sebenar.. Hari Isnin minggu depan bersamaan 21/102013, ambe ditugaskan untuk berkongsi 'Fud 4 Thot' dihadapan satu department besar di bangunan kerja ambe. Ada 6 hari lagi nak ke tarikh tersebut, namun neves sudah mula terasa. Walaubagaimanapun, mandi ambe masih lagi basah, makan ambe masih lagi kenyang.

Di sebabkan audience ini adalah sangat mencabar, maka haruslah saya neves...

Dan cara terbaik menghilangkan neves ialah?


Mengadulah pada yg Maha Esa...

Ye Ieja. Debaran dipadang mahsyar itu lebih daysat. Kalau setakat kena perli dengan department head tu, apelah sangat kan..kann..kann?

"Allahumma Yassir walaa tu'assir"

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

Selamat Berjaya Noriza!!!! You can do it!!

No comments: