Tuesday, April 4, 2017

My pregnancy journey (26 weeks)

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Usia kandungan mama kini di penghujung trimester kedua... lagi 2 minggu kandungan akan masuk ke trimester terakhir. Ofkos mama is xsabar dan terlalu teruja! Namun sebolehnya mama kawal keterujaan dgn sentiasa mendoakan 'adik' membesar dgn sihat dan bersalin dgn selamat. Itulah doa keramat mama hari2 sayang...

Minggu lepas (25 weeks) ada baby fair pulak kat mid valley. Mama siap amik cuti utk merasai suasana di baby fair. MasyaAllah umatnyer terlalu ramai sehingga sesak utk melalui ketiga2 hall. Walaupun sesak 'jeng kreng', mama dan abah berjaya juga membeli beberapa keperluan selepas kelahiranmu nanti duhai anak...

Minggu ke 25 ni mama agak aktif. Konon2nye mama nk berlatih berjalan agar proses kelahiran adik mudah. Mama terlupa yg doctr ada menasihati mama supaya mengurangkan perjalanan yg jauh dan kurangkan kerja2 lasak. Ini kerana, uri mama berada di bawah... khuwatir berlaku pendarahan yg banyak dimana ianya akan membahayakan nyawa baby mama dan mama... namun semuanya mama rasakan normal, disamping tawakkal mama yg tinggi kpd Allah, mama yakin Alah akan pelihara adik dan mama baik2...

Allah maha baik sayang...pada minggu ke 26, hari ke 3, ketika mama sedang menikmati juadah makan mlm di kedai meq nor, mama sakit perut yg teramat. Mama igtkan perut mama memulas sbb cerit birit yg mama alami 3hari yg lalu. Jadi, tanpa mengesyaki apa2 yg pelik, mam terus ke tandas kedai (hanya tandas cangkung yg ada) dan menyelesaikan hajat mama disana. Usai kesemuanya, mama bangkit semula ke meja mkn td dan menyambung makan semula walaupun kurang berselera. Masa ni mama dah merasakan ada bendalir keluar dr pintu keluar adik nanti. Tp mama cuma menganggap ianya keputihan biasa, tapi keluar dlm kuantiti yang banyak.

Ternyata jangkaan mama meleset jauh sayang. Bukan keputihan yg mengalir keluar, tapi darah! Ya darah!! Berderau darah mama bila melihat darah yg byk, dan secara automatis air mata mama mengalir laju. Saat ini mama merasakan pergerakan adik yg kuat... mama tidak pasti samada adik sakit didalam atau adik aktif macam biasa (adik mmg sgt aktif dlm perut mama sejak 20minggu).

Terus mama ajak abah ke hospital. Masa tu jarum jam menghampiri 10.30 malam. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yg abah kata tidak jauh mana terasa jauh amat. Perjalanan ke hospital memakan masa 15 minit. Terpancar kerisauan dia wajah abahmu sayang.. dan mama... air mata mama seolah2 tidak dpt dibendung. Kami terus ke dewan bersalin HTJ dan mama diberi rawatan kecemasan oleh nurse2 terlatih disana. Nurse terus check mama punya tekanan darah, dan sejurus slps itu, nurse check degupan jantung adik. Alhamdulillah semuanya kedengaran normal. Namun masih tidak dpt menghilangkan kerisauan mama.

Selepas itu doctr scan adik, nk tahu punca pendarahan dan doktr amik sample 'skurtum' xpasti mama akan ejaannya. Masa scan ni alhamdulillah mama semakin lega. Doctr bg penerangan dan doctr sahkan darah itu datang dr uri mama yg terkebawah pada tahap 3... Jam 1.30 pagi (slps 3 jam menunggu di bilik menunggu) mama dibawa ke wad menaiki kerusi roda... Mama akan ditahan selama 2 minggu utk memudahkan doctr dan nurse memantau kesihatan adik dan mama...

Adik kene kuat ya! Adik bantu mama utk kuat juga ya sayang... Mama dah tggu adik selama 6 tahun dik... mama xsanggup kehilangan adik.. kita sama2 doa ya dik semoga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah... mama xkesah andai terpaksa berkampung di wad sehingga kelahiran adik... mama cuma mampu berdoa dan merintih kepadanya agar adik lahir dlm keadaan sihat dan selamat...

Ya Allah... sesungguhnya dugaan ini tidaklah sebesar mana. Aku pasti ramai lg diluar sana yg Engkau uji dgn ujian dan dugaan yg Maha hebat. Namun ya Allah, aku hanya mampu merintih dan berdoa kpdMu Zat Yang Agung, peliharalah kandungan ini sehingga saat kelahirannya... Semoga bayi didalam kandunganku ini, lahir keduniamu dlm keadaan yg selamat dan membesar menjadi pejuang dan pendokong agamaMu Allah....

Perkenankanlah permintaan hambaMu yg hina ini Ya Allah... Perkenankanlah..................

No comments: