Friday, August 7, 2009

ambillah pengajaran..



Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :

" Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah. Kata-kata manis juga sedekah. Tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada hadith nie, saya nak kongsi dua peristiwa.

Peristiwa satu:

Ketika saya sedang mendaki anak tangga menuju ke pejabat, saya berselisih dengan seorang warga IMR berbangsa cina (sy bahasakan Miss). Kebetulan ketika itu terdapat seorang kakak cleaner yang sedang membersihkan tangga. Miss yang berselisih dengan saya tadi kemudian menyapa kakak cleaner tersebut dan berkata, "Selamat pagi bu."

Aduh, malu sungguh dirasa. Saya yang beragama islam pun tidak menyebarkan ucapan salam sebagaimana dianjurkan Rasulullah. Saya amat memuji perilaku Miss tersebut. Alangkah indahnya jika amalan sebegini menjadi rutin harian kita..

Peristiwa dua:

Hari berikutnya, setelah selesai mendaki anak tangga menuju ke punch clock (Sengaja saya letakkan punch kad di atas supaya saya dapat excercise pagi2 panjat tangga..hihi). Saya terserempak dengan seorang hamba Allah, juga warga IMR yg hendak mengetipkan kadnya di punch clock tersebut. Dalam suara samar-samar saya dengar dia membacakan kalimah basmalah sebelum memasukkan kad ke dalam punch clock tersebut. MasyaAllah, satu lagi amalan rutin yang kadang kala sering saya abaikan..

Astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah..

Cukuplah 2 perkongsian tersebut, sebagai mengingatkan kita ttg amalan2 kecil yang sebenarnya memberi impak yang besar terhadap hati kita..

Mulakanlah setiap langkahmu dengan bismillah..
Sebarkanlah salam kepada saudara seislam kita..

Dari Abu Huarairah r.a beliau mendengar nabi bersabda, " Tidak akan masuk syurga seseorang yang tidak beriman, dan tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan bagaimana untuk berkasih sayang?" Rasulullah kemudian berkata, "sebarkanlah salam"..

(hadith ni ana dengar dari radio ikim.fm pagi tadi, terlupa riwayatnya..)

SeLaMaT BeRaMaL...!

3 comments:

ct cucubi said...

huhuhuhu... saya pon begitu.. kdg2 terlupe.. mungkin kerana tidak dipraktiskan jd perkara kecil mcm ni x perasan. perkara mudah yang baik yang patut menjadi rutin.. huhuhuhuhu...

ct cucubi said...

oh ye, lupe nak momen blog dah transform jd kaler ijau.. dah makin comey dan ceria..!!!! tahniah!

Za's said...

Thanks...hijau yg mendamaikan..:))