Thursday, May 20, 2010

Doktr, saya sakit nie...

Semenjak kecil lagi, saya amat meminati matapelajaran Matematik(maths)..

Saya suka mengira, dan kurang suka membaca...

Mungkin minat ni berjaya dipupuk sebab cikgu2 maths saya yang best!

Bermula dr sekolah rendah, Cikgu Hassan megajar sy maths dgn cemerlangnya, sehingga menyebabkan saya amat meminati Maths..Terima kasih Cikgu!

Kemudian saya menamatkan UPSR dengan keputusan maths yg cemerlang..Alhamdulillah...

Seterusnya, saya menjejakkan kaki ke SMKA Sultan Azlan Shah (KASAS), Bota... Waktu mula2 dapat tawaran ni, hati saya meronta-ronta berkata 'taknak' untuk pergi. Saya bercita-cita untuk ke MRSM.. Tapi apa kan daya, tiada rezeki.. Akhirnya, Cikgu Hassan juga lah yang memujuk saya pergi sbb cikgu kata, "kamu noriza takkan daapat tawaran lain sbb dah dpt tawaran ni"..

Saya akur...
Saya pasrah...
Saya pergi...

Abah dan Mak hantar mendaftar dengan seribu satu harapan..
Tapi bila dah smpai sekolah, simpan2 barang dalam dorm, sy meraung nk ikut mak abah balik...(anak manja sket, masa tu..)
yang ini selingan sahaja..

Kat KASAS, Cikgu Hasyim pula menjadi guru matematik saya..dari form 1 sampailah form 3...
Disebabkan Cikgu Hasyim ajar sgt best, makanya terus-terusan saya meminati sabjek itu.. Matapelajaran sejarah pula menjadi musuh ketat saya..hampir2 saya membenci Cikgu sejarah yang mengajar saya..Ishk2..

Apabila tamat PMR dan menerima keputusan, saya keliru samada mahu mengambil kelas sains atau kelas akaun..Saya amat teringin belajar fizik, tetapi saya gerun dgn matapelajaran Biologi kerana biologi itu mcm ada unsur2 sejarah. Perlukan hafalan dan ingatan yang kuat. (dek kerana sy alergik dgn sejarah,sy turut takut keputusan biologi sy nanti akan mencemarkan slip keputusan saya). Bila difikir2 balik, singkat sungguh pemikiran saya ketika itu..

Dan saya mengambil keputusan memilih kelas akaun!

Cikgu Add Maths saya disana ialah Cikgu Baiyinah manakala Cikgu Modern Maths saya ialah Cikgu Rodi..
Cikgu Baiyinah dan Cikgu Rodi juga best!! Sy bertambah2 meminati Maths..

Selesai ditingkatan 5, saya mendapat tawaran (stlh memohon) ke Kolej Mara Kuala Nerang..
Subjek Maths wajib ada...tapi masalahnya, saya lupa nama Cikgu Math saya kat Matrik..mmm....teruk..teruk..teruk...

Dan akhirnya, sy menyambung dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda di USM juga dalam bidang Maths dikhususkan kepada Matematik dan Ekonomi....

Akhirnya saya bergelar graduan Matematik dan ekonomi...

Beberapa bulan slps menamatkan pelajaran, saya mendapat tawaran bekerja di Institut Penyelidikan Perubatan... Oleh kerana saya dikelilingi doktr2 setiap hari, minat saya mula beralih arah..minat kepada matematik tidak seghairah dulu, dan minat kepada perubatan semakin hari semakin meninggi...

Saya akan tonton rancangan house, jika ada ASTRO kat umah...

Saya amat mengagumi tugas seorang doktor...mulia..memang mulia..

Saya tidak mungkin mampu berpatah balik ke tingkatan 4 dan mengambil biologi dan fizik...Sy juga mungkin tidak mampu membuat iajzah kedua dalam bidang perubatan...tetapi minat sy itu, akan terus saya pupuk...mudah2an, ada rezeki yang lain...hehe...

Apapun, saya bersyukur dgn kelulusan saya sekarang..Sy amat berterima kasih kepada guru2 saya...Guru maths, guru sejarah...dan semua guru2 saya yang tidk pernah jamu mencurah ilmu..Terima kasih Allah, mungkin ini yang terbaik buatku...Sekiranya saya tidak belajar di KASAS dulu, mungkin saya tidak seperti saya sekarang ini...

ok, nak balik dah..

6 comments:

Nadiah Sidek said...

uish..sampau nak membenci cikgu sejarah tu. akk ada jgk subjek tak suka tapi takde la sampai tahap ak benci cikgu :p

Za's said...

hehe...hampir2 jer kak....remaja la katakan, fikiran singkat..hehe...

ct cucubi said...

Saya plak terbalik... saya suke matematik.. tapi x suke add math.. (mm boleh plak mcm tu?)... cikgu Mat sejarah sgt garang.. sehingga org yg x minat pon boleh jd minat krn terpakse.. hehehhe.. sy masuk kelas sains atas nasihat cikgu... oh ye.. sy minat bIO.. sbb boleh lukis2 anggota bdn dan sel... add math Kimia dan fizik.. result spm hancus.. sbb x boleh nak masuk.. huhuhuhu... x boleh balik ke blkng... namun sy nak ucapkan terima kasih pd cikgu sejarah yg garang sy.. :)

Za's said...

hehehe...cikgu sejarah sy tak garang langsung..sangat baik jer..tapi skrg, sy rasa sy semakin menyukai buku2 berkaitan sirah (sejarah) nabi...:D

Shahira Elani Mat Daud said...

aiyoo..nama cikgu math kite kat KMKN ko lupe? bukan cikgu norliza ke? ahhahah aku pun x bape ingat

Za's said...

Salah!!..
Nama cikgu Math kita ialah Cikgu Johari @ Cikgu Joe..hehe..
speaky n ada misai tuuuu...ingat dak???