Tuesday, July 27, 2010

Hadith Sahih tentang puasa Syaaban..

Sekadar ingin berkongsi hadith ini yang saya petik dari website Dr. MAZA.. Namun demikian, saya amat mencadangkan saudara-saudari membacanya sendiri dari website Dr. MAZA kerana penjelasannya yang lebih terperinci..

Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
Juga saya ingin kongsikan animasi menarik yg diforwardkan oleh adik saya..sila klik sini

MEMBACA JAMBATAN ILMU..

3 comments:

Shahira Elani Mat Daud said...

wow..unique link!!

Shahira Elani Mat Daud said...

sambungan..

nak curik!!

Za's said...

hehe..sile2..:D..kalau ana pasan link hng pagi td, mungkin ana masukkan skali..