Thursday, March 3, 2011

Teringat zaman skolah!

Terjumpa nasyid junior skolah kami..dok cari gak senior2 punye nasyid, tapi tak jumpaa..
(dgn izin ye adik2!)

Ini dapat nombor dua rasanya, dikalahkan kumpulan izdan..





Jauh beza nasyid zaman kami dulu dgn sekarang. Dulu kalau tak salah ingat, takde buat2 gaya semua. Sekarang macam-macam gaya..hehe, comel!

Saya paling suka part percussion tuh.. huh, berkenan sungguh! macam mana la depa gerakkan tangan secepat itu..Tak terbayang difikiran, dan ofcourse lepas perform, budak2 yg main ketuk2 tu sakit tangan..betul dak?

Tak kesah lah korang sakit pun, janji korang bahagia..

Antara perkara-perkara yang dicita-citakan semasa di sekolah menengah:
1. Sertai kumpulan nasyid! (walau daku tahu suara ku tak semerdu mana..:P)
2. Jadi Cikgu Math! (Ini memang subjek feberet..kelas yg paling jarang mengantuk :p)
3. Nak kaya..erkk

Biasa la zaman muda, semua nk cuba..sketsa, tarian, nasyid, tilawah, hafazan, kawad kaki, lumba lari..hmmm,...sempat la merasa zaman itu..ni dah tua-tua ni takdak la heran sgt. Sekurang-kurangnya kita dah berpengalaman. Nanti boleh la cerita kat anak cucu kongsi pengalaman..

Walau apapun, saya merindui zaman itu..zaman di tamrin dan ditarbiyah..kami dididik untuk solat dgn betul! Belajar dan mengajar tajwid. Belajar tarannum & qiraat. Kami dilatih jd pemimpin yg berbakti.

Masa tamrin pun byk nasyid semangat yang kami pelajari! Antara lagu tamrin yg saya suka ialah lagu ini:

Wahai mujahid ayuh berjuang, demi islam addin yg tercinta,
Agama kita di junjung mulai, hingga berada dipuncak jaya,
Rakan2 kita berjuang, dan berjihad dimana2,
Demi pertahankan kedaulatan, agama bangsa dan maruah,

Dalam diri 2x janganlah ada,
Sifat pengecut gerun dan gentar,
Kerana mujahid yg berjihad,
adalah tentera Allah jiwa pendekar,

Selautan peluh dan darah,
Ya Allah tumpah kebumi tidak percuma,
kerna nanti ada ganjaran Allah,
Syurga firdau yang aman bahagia...

Owhh..saya tidak sangka saya masih mengingati senikatanya...

^_^

6 comments:

Nieza said...

salam alaik..
ija, last sekali tu lagu nasyid ape?
kumpulan mana? tertarik dengan liriknya..

Za's said...

w'salam,

taktau la kak..nasyid tu kakak2 n abg2 senior yg ajar..kami ikut jer..rasanya tidak dikomercial kan..tp memang lagu tu best dan bersemangat!

Nieza said...

ye ke.. (nada kecewa).. teringin nak buat lagu tema program.. ngee.. mcm best.. nyanyi skit ija.. ;p

Za's said...

sy tgh nyanyi nie...akk dgr ker?

Anonymous said...

masa kecik2 dulu awal 90an dah dengar.. kalau xsilap kulit kaset tu tertera nama kumpulan al insan..semua lagu dalam album tu tiada muzik..

zaki azkia blog said...

Nasyid ini pertamakali saya dengar di bulan juli 1996 pas baru masuk sekolah di madrasah aliyah