Saturday, October 4, 2014

Hari Raya Korban 2014

4 Okt 2014

Saya pulang ke kampung teluk intan dahulu sebelum bergerak ke taiping untuk menyambut aidiladha di rumah mertua..

Jika anda masih ingat, pada hari raya aidiladha yang lalu, saya beraya di perantauan. Beraya berdua dengan en.suhaimi. Tahun ni meriah sikit la... beraya beramai-ramai...

Ermmm... tapi mungkin xikut tgk org sembelih lembu.

X tolong masak2 di masjid. Kene jadi tukang masak di rumah... kalau xjadi tukang masak pun, jadi tukang rasa pun masih ok kan?

Sepanjang usia perkahwinan kami yang kini menghampiri tahun keempat, ini adalah kali kedua sy menyambut Aidiladha di kampung mertua. Kali pertama, hanya duduk dirumah. Tidak seperti hari raya aidilfitri yg kerap kalinya pada hari raya pertama, kami akan beraya sampai ke malam... kerjanya hanyalah makan, makan dan makan... Kalau di sepanjang ramadhan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2kg, raya pertama sahaja dah naik semula 4kg... ishk3.... terukk...terukk...terukkk...

Berita gembira dari kawan

Hari ini kawan saya umumkan jantina kandungannya yang menghampiri 5 bulan...

😭😔😓😭😭😢😢😭😭😭😭

Kami 4 sekawan berkenalan di opis. Antara kami berempat, saya mendahului mereka dlm mendirikan rumah tangga. Namun, rezeki anak masih tidak berpihak kepada saya. Syukur, ketiga-tiga rakan saya telah mempunyai anak. Masing2 dah jadi ibu!!!

.......................

Sesungguhnya dengan melakukan ibadah korban, Allah akan kurniakan rezeki dari sumber yg tidak disangka2..

Doa....

Doa.....

Dan terus berdoa wahai si empunya nama Noriza.

Sesungguhnya, ini hanyalah ujian kecil dari Allah tanda kasih sayangNya....

Allah menyayangimu Ieja!!!

No comments: