Tuesday, October 21, 2014

Family gathering

Setelah hampir 2 minggu saya di tinggalkan oleh en.suami..(kerana berkursus selama 2 bulan yer...)

Angah saya pun mewajibkan saya menyertainya membawa anaknya n anak2 menakan ke zoo negara..

Katanya mahu melihat panda...

Hehe....

Bukanlah semata2 zoo yang saya ingin pergi. Tetapi sy rindukan keletah anak-anak menakan saya.. 12 org shaja pun.. saya rindukan merekaaaaa... dan cerita2 mereka...

Masih mengingati dialog mereka;

Scene 1

Mak ndak: "muaz, blh mak ndak charge tepon? Bateri nak abes tu.."
Muaz: "ala, nantilah...muaz tgh install game. Baru sikit je muaz install"
Mak ndak: (mata bulat, tangan di pipu, mulit terlopong) mana tak nya, sudah 6 game muaz install 😰😰

Scene 2

Mak ndak nye baru belikan si sakinah set mainan doktor...

Kina: "mak ndak baring, kina nak cek mak ndak"

Mak ndak pun terus baring dan kina terus cek di perut mak ndak...

Mak ndak: "doktor, apa sakit saya doktor"

Kina: "ok, sy tahu dah. Dalam perut mak ndak ada baby..."

Mak ndak: (mata dibahu, tangan ke atas, mulut melopong lagi)😅😅

Scene 3

Siuasi semasa mak ndak dan pak ndak mengambil ahmad di rumah asuhan dek kerana umminya balik lambat.

Ahmad: "Hari ni ahmad nak tido dengan mak ndak la..."

Mak ndak: "tak boleh la sayang.. nanti pak ndak nak tido kat mana?"

Ahmad: "pak ndak tido la dgn ummi"

Mak ndak: (ternganga dan tak terkata)

Hanya mampu senyum...

Sesungguhnya mereka kanak-kanak syurga.....

................................

Owh ya, hampir saya terlupa...

Dek kerana bilangan pengunjung ke blog ini hampir tiada, saya memutuskan utk menjadikannya sebagai catatan harian...

Sehinggalah pihak gugel memberi notis ya...

Sehingga itu dahulu ya....

Nanti update percutian ke zoo pulak....

Thursday, October 9, 2014

Compliance Convergence

Tengok la aksi kawan2 saya masa conference nie...

Dorang mmg kawan2 yg OSEM!!!

Tuesday, October 7, 2014

Raya lagi

Ini saje gambar aidiladha yg ada...

Tiada gambar lembu...

Gambar ini diambil selepas solat sunat aidiladha...

Sebelum yang teruna2 beraksi dgn sang lembu..

Selamat Hari Raya!!!

Saturday, October 4, 2014

Hari Raya Korban 2014

4 Okt 2014

Saya pulang ke kampung teluk intan dahulu sebelum bergerak ke taiping untuk menyambut aidiladha di rumah mertua..

Jika anda masih ingat, pada hari raya aidiladha yang lalu, saya beraya di perantauan. Beraya berdua dengan en.suhaimi. Tahun ni meriah sikit la... beraya beramai-ramai...

Ermmm... tapi mungkin xikut tgk org sembelih lembu.

X tolong masak2 di masjid. Kene jadi tukang masak di rumah... kalau xjadi tukang masak pun, jadi tukang rasa pun masih ok kan?

Sepanjang usia perkahwinan kami yang kini menghampiri tahun keempat, ini adalah kali kedua sy menyambut Aidiladha di kampung mertua. Kali pertama, hanya duduk dirumah. Tidak seperti hari raya aidilfitri yg kerap kalinya pada hari raya pertama, kami akan beraya sampai ke malam... kerjanya hanyalah makan, makan dan makan... Kalau di sepanjang ramadhan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2kg, raya pertama sahaja dah naik semula 4kg... ishk3.... terukk...terukk...terukkk...

Berita gembira dari kawan

Hari ini kawan saya umumkan jantina kandungannya yang menghampiri 5 bulan...

😭😔😓😭😭😢😢😭😭😭😭

Kami 4 sekawan berkenalan di opis. Antara kami berempat, saya mendahului mereka dlm mendirikan rumah tangga. Namun, rezeki anak masih tidak berpihak kepada saya. Syukur, ketiga-tiga rakan saya telah mempunyai anak. Masing2 dah jadi ibu!!!

.......................

Sesungguhnya dengan melakukan ibadah korban, Allah akan kurniakan rezeki dari sumber yg tidak disangka2..

Doa....

Doa.....

Dan terus berdoa wahai si empunya nama Noriza.

Sesungguhnya, ini hanyalah ujian kecil dari Allah tanda kasih sayangNya....

Allah menyayangimu Ieja!!!

Monday, September 29, 2014

Blogger Apps

Assalamualaikum...

Hari isnin menjengah lagi...saya masih didalam komuter dalam perjalanan ke tempat kerja. Selalunya perjalanan ketempat kerja memakan masa selama lebih kurang 1 jam, bergantung kepada kelajuan tren dan kelajuan saya berjalan. Ketika saya menaip perkataan ini, saya masih berada di stesen serdang...ya...sikit lagi tren ini akan bergerak ke stesen bts..

Ok...tren dah gerak pun...

Post kali ini saya nak kongsikan tentang applikasi "bloger" yang baru saya muat turun semalam. Apa saja kelebihan applikasi ini ya?...emmm...boleh dikatakan kelebihan dia cuma memudahkan kerja saya menaip post baru dan memuat naik gambar dengan hanya menggunakan telefon pintar saja.. tidak perlu menhadap pc mahupun laptoo...hehe..

Yeay!!!

Selepas ini mungkin blog ini kerap dikemas kini...InsyaAllah....

Siapa mahukan aplikasi ini? Cari ia di stor mainan ya...hahaha...

Mode: Utamakan bahasa tempatan.

Mari mulakan kerja dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Sunday, September 28, 2014

My Coolest Boss ever

Assalamualaikum...

Hari ini bersamaan 27 September 2014, Sabtu... Baru pagi tadi saya dan rakan2 selesai melakukan CSR day @ taman rekreasi pudu ulu. Walaupun aktiviti kami xla macam CSR sgt pun...tapi saya gembira dapat berlari2 mengejar checkpoint, setelah sekian lamaaaaaa rasanya xberlari..

Ok... cukup cerita csr...

Sebenarnya nk cerita pengalaman 2 tahun bekerja di bawah naungan my coolest boss En. Mohd Yassin Yaacob.

Mula2 masuk keje bawah en.yassin, sy di'interview' personally..masa interview tu, biasalaa degupan jantung akan laju giler dek kerana neves tahap melampau. Saya bukan di interview dr luar...emm..maksudnya sy bukan baru nk join Maybank..Saya sebenarnya dipindahkan ke unit beliau. Da la english sy berterabur...agak kecut perut gak la masa tu. But my first impression on him change when he said this. "I believe each and everyone of my staff has their own strength". Positive remarks!

Dipendekkan cerita, sy biasa kena marah dgn boss sy nie, tp dia mmg cool. Kalau marahpun, dia takkan & tak pernah melenting...dia ckp slow n steady, tapi menusuk kalbu wooo...(teguran yg sinis tapi benar)...

Itu satu bab. Bab kedua, I respect him as a boss because he has a clear mission n vision. He knows what he's doing & he will strive to be the best! Dia bagi keje yg sangat banyaaak sampai tangan kaki sy dah jd macam sotong...(walau xkeje ngan cimb...hehe...)... Saya pernah menangis sebab kena marah dgn boss sy nie...(boss x tinggikan suara pun. Cuma Iols je yg sensitip sangat).

Yang paling penting, he appreciate his staff very much. Even though im "no good" in english, he teach us to improve our english. He guide us on our writing. He believed that his staff is capable enough to do things..He gave us chance to give briefing (hat ni ceq paling tak suka buat satu ketika dulu...but now am improving)..thanks boss!!

Sept 2012 till Sept 2014. Genap dua tahun.. Di atas sebab2 tertentu, boss ambil keputusan utk resign. Ya R.E.S.I.G.N from Maybank. He said, he's a fighter. If they dont give me chance, thats it. I have to move on...(cheewah...ayat sy mungkin xsama dgn ayat boss sy nae...)

Me........

Ofcourse im sad. Too sad...

Apa pun. Saya hanya mampu mendoakan kejayaan boss di tempat baru. Dunno whos going to replace his post...here...in Maybank...

Anyone interested to become my boss?? Heheh...silakan...

Mari...mari....mari...

Nk tunjuk gambar boss sikit kat bawah nie...