Thursday, August 28, 2008

Camna nih??

Erm..camna ya nak menyemai kasih sayang…??

Antara anak & Ibu bapa, antara adik beradik, antara sesama kawan, antara anak murid dan gurunya dan yang paling penting sekali antara suami dan isteri…



For the last one, I’m surrender first because I didn’t have any experience of it.hehe.. But if you need the detail explanation about communication between husband and wife, you can read through http://www.sifulislam.com/ or you also can buy a book title “Satu Rasa Dua Hati” written by Pahrol Mohd Juoi..


What I’m going to say here is what kind of thing that very useful to apply in a relationship between two or more people?


Teringat zaman sekolah dulu, Ustazah Rodziah (ustazah kesayangan) pernah bagi kuliah jumaat di musolla Aspuri. Katanya antara cara yang baik untuk melembutkn hati siapa2, amalkan membaca surah Toha ayat 1-5 sebanyak tiga kali, kemudian hembus ke ubun2 kepalanya ketika dia sedang nyenyak tidur dan amalkan setiap hari.. InsyaAllah dengan izin Allah, orang tersebut akan lembut hatinya..(Amaran:Jangan buat ketika dia baru nak tidur..tersilap haribulan satgi, merah pipi kita)


Apa dia khasiat surah Toha ni sebenaqnya??


Tentang khasiat ni, WALLAHU ‘ALAM, bukan bidang ana untuk membicarakannya..Tetapi menurut sirah, Saidina Umar (panglima Islam yang amat digeruni) mendapat hidayah daripada Allah dan hatinya Allah lembutkan untuk memeluk Islam setelah mendengarkan ayat ini.. Hakikatnya beliau merupakan seorang yang amat tegas sebelum memeluk Islam.. Namun dengan izin Allah Saidina Umar akhirnya memeluk islam setelah mendengar adik iparnya (menurut setengah riwayat) membaca surah Toha ayat 1-20 dan keadaan ini ketika itu, merupakan berita gembira buat nabi Muhammad s.a.w..Kekuatan tentera Islam bertambah apabila Saidina Umar memeluk Islam..


Kenapa pulak ustazah suruh hafal ayat 1-5 je??


Erm..bagi ana tujuan ustazah adalah untuk memudahkan anak2 muridnya menghafal.. Pada ketika itu juga ustazah mewajibkan kami menghafal ayat2 tersebut dan terus di tasmi’ olehnya.. Alhamdulillah sehingga sekarang, dengan berkat ‘paksaan’ tersebut ayat2 itu berjaya kami ingati..Terima kasih ya Ustazah..


(kesimpulannya, kalau nak hafal ayat 1-20 lagi la bagus)

Erm..ada satu lagi hadith nabi yang kita boleh sama2 hayati dalam menyemai kasih sayang..

Sabda Nabi: "Tahhaadu Tahaabbu" maksudnya lebih kurang macam ni, "Kamu memberi hadiah, kamu menyayanginya"..

Kalau kita sayang seseorang, kita kena bagitahu dia yang kita sayang kat dia..(dalam konteks muhrim sahaja)..

Boleh cakap macam ni:

"Ana uhibbuki fillah"

Maksud dia kena cari sendiri k..=)


Hmm..amacam?? Agak2 boleh amalkan dak selepas ni?? Ianya amat praktikal untuk semua samada antara kawan2, anak murid dan guru-gurunya ataupun antara suami dan isteri..
Semoga kita sama2 dapat amalkan selepas ini InsyaAllah…=)

*muhrim=orang yang haram dikahwini

1 comment:

Muttaqinah Solehah said...

Kalau kita sayang seseorang, kita kena bagitahu dia yang kita sayang kat dia..(dalam konteks muhrim sahaja)..

betul tu...setuju sangat.
dalam kitab riyadhus solihin (imam nawawi)..ade kupas tentang indahnye budi pekerti. Subtopik bawah die berkasih sayang kerana Allah

-Muttaqinah Solehah

Abu Karimah nama sebenarnya Miqdam bin Ma'diyakrib melaporkan nabi Muhammad pernah berkata"Apabila seseorang itu mengasihi saudaranya,beliau hendaklah memberitahu orang itu bahawa beliau mengasihinya."

Direkod oleh Abu Daud dan Tirmizi.

p/s:Uhibbuki fillah ya ukhti=)