Friday, October 17, 2008

Nasyid terpilih~

Artist : Raihan
Lirik Lagu : Raihan - Damba cintamu
Raihan - Damba cintamu

Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabbi Ya Rabbii~

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

Erm..nasyid yg sangat2 berkesan dihati, cara pembawaannya yg lembut
bisa membuatkan hati yg keras menjadi cair~

Teringat satu Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2,

"Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,
gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat)
imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakkal"

susah dah nak jumpa nasyid2 macam ni sekarang kan..??

1 comment:

Muttaqinah Solehah said...

Tengah dengaq nasyid ni sekarang...
Subhanallah..tenangnye..
Banyak dose yang dilakukan..secara sedar ataupun tidak..

"Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa..tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya" rujuk anis (oktober 08)

Nasyid camni mmg boleh mencuci hati..InsyaAllah

Manusia memang selalu lupa..Semoga diberi kekuatan utk bermujahadah..buat ana dan sahabat2sekalian=)