Wednesday, January 27, 2010

Berilah..nescaya kamu akan terima lebih..:)

Sesungguhnya sedekah itu akan menambahkan lagi hartamu..

Apabila kamu bersedekah, Allah akan menggandakan hartamu dari sumber yang tidak disangka-sangka..

Hadith daripada Abu Hurairah ra, katanya : Aku dengar Rasulullah saw bersabda : “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat : Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir : Jawab Nabi : “ Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”

Malaikat berseru : "Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanya". 


Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat

Lima di dunia

-    Mencucikan hartanya
-    Mencucikan badannya
-    Menolak bala dan penyakit
-    Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
-    Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

Lima di akhirat :

-    Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
-     Ringan hisabnya
-     Berat timbangannya (amalan) di akhirat
-     Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
                                             -     Bertambah darjatnya di dalam syurga

"Bersedekahlah kamu ke atas dirimu dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada berkemampuan, bacalah satu ayat Kitab Allah, kalau tidak tahu membacanya, maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka." 


Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila datang peminta sedekah kepadamu, janganlah ditolak akannya dengan jahat walaupun sedikitpun. Berbahasalah dengan manis muka. Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmatNya (rezeki) kepadamu.  

Maha suci Allah yang sangat pemurah..hambamu bersyukur dengan segala rezeki yang engkau kurniakan..Semoga hambamu ini tidak menjadi hambamu yang kufur nikmat..

Biarlah harta kami sedikit, tapi penuh dgn keberkatan..semoga harta kami membuatkan kami ke syurgaMu..


Ameen Ya Allah..

1 comment:

Iera said...

YES..ABSOLUTELY RITE MY DEAR..

Rasa sungguh ajaib bile kite dapat berikan sesuatu pd seseorg tanpa harap balasan..tp rupenye Allah berikan kt sesuatu yg lebih bernilai..iaitu HARGA DIRI..