Saturday, January 2, 2010

16 Muharram 1431H

gambar: sambutan tahun baru di klcc..


Bersamaan 2 Januari 2010...

erm..walaupun hari2 dok bukak blog sendiri (sbb kat page blog ku ada kelender islam..huhu..), tp bila ditanya apa tarikh bulan islam hari ni, ana akan ragu2 atau mmg langsung tak ingat tarikh bulan islam hari ini...huhu..

teruk bukan?

sudah 16 hari tahun baru hijrah berlalu, dalam 16 hari ni ape yang ieja dah buat yea? apa yg diazamkan? Malu untuk ana berkongsi apadia azam ana disini..apatah lagi azam yang di 'set' 15 hari lewat dr tarikh sepatutnya (sepatutnya tanam azam pd tahun hijri, bukan masihi)..huhu..hanya semalam, syaza bertanyakan ape azam br ana..dan tanpa segan silu, ana kongsikan azam ana kepada beliau..hehe... Dan yang seronoknya, dia pun nak azam kan perkara yg sama..

Tahun ini, ana hanya menerima 2mesej tahun br hijrah iaitu dr shahira n shakina..thanks a lot! Shahira mmg sangat rajin menghantar mesej setiap kali peristiwa besar islam berlaku..mesej kina pula, adalah seperti berikut:

(nasib baik tak delete lagi)
"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan dan Allah tak pernah 'mengambil' sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik.."[Salam Ma'al Hijrah]

Betapa bila kita bersendirian, perilaku kita sama sekali berbeza dgn kelakuan ketika mana dihadapan khalayak ramai..Ketika mana kita sakit, baru kita sedar akan kesabaran kita..apabila bermasalah, kita akan lebih matang dalam mencari penyelesaiyannya..dan ketika Allah mengambil sesuatu yg kita sayang (namun ianya bukan milik kita), Allah menjanjikan sesuatu yg lebih baik, seandai kita bersabar dengan kehilangan sementara tersebut..

Setelah 365 hari dalam tahun 2009 berlalu, berapa banyak agaknya kebajikan yg kita dah buat..
mungkin ada yg seco'et...
mungkin juga ada yg menabur kebajikan berdozen2, namun mengharapkan pujian dan balasan...
ada juga yg bersederhana dlm melakukan kebajikan...

semoga tahun ini lebih baik dr sebelumnya...

semoga tahun 2010 lebih cemerlang drpd tahun 2009..

semoga 1431 hijrah membawa kepada penghijrahan drpd BAIK kepada LEBIH BAIK..

Semoga dan semoga kita terus istiqamah dlm melakukan kebajikan..

erm..untuk pengetahuan semua, tahun ini buat pertama kalinya ana menyaksikan sambutan tahun baru 2010 di KLCC secara life...

Ada dua suasana yg berbeza. Di satu sudut, terdapat ramai pasangan2 yg belum diikat secara sah berasmara dan bercengkerama di padang dan kolam. namun tidak dinafikan, ramai juga ibubapa yang membawa anak2 dan keluarga menyaksikan persembahan bunga api..hanya diwaktu kemuncak iaitu pada pukul 11:56..Manakala di sudut lain (iaitu di masjid KLCC), turut diadakan sambutan secara islamik iaitu dgn mengadakan forum agama dan persembahan nasyid dari kumpulan UNIC.. tahniah diucapkan kepada warga masjid assyakirin..mereka juga menganjurkan qiamullail di masjid dan sambutannya amat2 menggalakkan..

Cantik bunga api tu, memang cantik..macam2 warna dan macam2 gaya..masing2 mempunyai gaya tersndiri dalam meletupkan diri masing2..namun, jauh disudut hati terasa gerun..Gerun melihat aksi2 adik2 remaja ku..gerun mendengar letupan bunga api yang seakan2 bunyi BOM..
betuuulll...tak tiipuuu...kalau tak percaya, next year boleh p tengok pulak..tapi pastikan anda berada di dalam masjid ya..!:p

A new year, A new start, A new chapter and A new beginning..praise be to Allah..Thank you Allah..










5 comments:

sarahfazalul said...

ija, ana nak 'curi' msg tu eh..kata2nya menyentuh qalbu~ (^^,)

Noor Asyila said...

kak ija,syila pon nak curi kata2 mesej tu,buat kekuatan utk diri sendiri pabila lemah.

kak ija,syila rindu nak dgr tazkirah dari akak mcm kat sekolah dulu! bila baca entry kak ija,boleh bayangkan nada dia.hehe :D

Setiap hari adalah permulaan hidup bagi kita setelah dimatikanNya buat sementara.

Setiap hari juga kita akan perbaharui syahadah kita

Setiap hari juga kita boleh perbaharui azam kita

Moga tahun hijrii 1431 ini,sangat2 membawa 1001 makna buat diri!

Allah,Allah

Za's said...

silakan sarah..huhu..

syila: akk rasa awak jauh lebih mantop dari akk..huhu..sapelah saya..

Noor Asyila said...

uish2..mane ade laa..

akak yg lg mantop dr sy.huhuk
mntk tunjuk ajar n bimbingan ye :)

Anonymous said...

tima kacih..kerana pakai pic syer tu..huhuhuh..