Sunday, January 17, 2010

Jenazah bersolat??

Hehe..ini bukan siaran pelik tapi benar..tp sengaja bg topik gimik..



Tajuk yang sebenarnya ialah "Bersolat Jenazah"..

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengurusan jenazah dan solat jenazah merupakan fardhu kifayah bagi umat islam. Oleh yang demikian, wajib bagi setiap qariyah, mendidik penduduk dan anak2 qariyah, ttg ilmu pengurusan jenazah bermula daripada memandikan, menkafankan, mensolatkan sehinggalah kepada mengebumikan jenazah tersebut..

Kebetulan di suatu malam yang bening, sy terserempak dengan siaran ulangan program "tanyalah ustaz" pada pukul 12 tgh mlm sabtu, di tv9 dekat dihati..Penceramah ketika itu ialah Dato' Hassan Din Al-hafiz dan tajuknya adalah "pengurusan jenazah"..

Disebabkan terlewat menontonnya, jadi banyak yg saya ketinggalan. Namun sempat juga sy mencatat kupasan Dato' berkenaan rukun2 bagi solat jenazah.

Rukun2 bagi solat Jenazah ada tujuh sahaja:

1. Niat
2. Berdiri betul bg yang berkuasa.
3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca Fatihah selepas takbiratul ihram (rakaat pertama)
5. Selawat keatas nabi Muhammad selepas takbir kedua (rakaat kedua, baca selawat yg sama mcm kita bc  dalam tahiyat awal. "Allahumma sholli 'ala muhammad")
6. Doa bagi mayat slps takbir ketiga (cukup sekadar membaca: "Allahummaghfirlahu/ha" yg bermaksud, Ya Allah, ampunilah dia)
7. Memberi salam selepas takbir keempat..

Demikianlah tujuh rukun bagi solat jenazah. Dato' kata, lengkap rukun, sahlah solat jenazah kita..Itu bacaan yg paling ringkas. Islam itu mudah! Namun sekiranya anda dapat menghafal selawat dan doa yang lebih lengkap, maka itu lebih baik..

Erm..Dato' kata, "ringkas jer solat jenazah ni, tapi ramai yang tidak ambil tahu dan tidak mahu menuntut ilmu." Ada yang pernah belajar pun, mungkin tak pernah praktik..

Seruan sy buat diri sendiri dan rakan2: "Marilah sama2 kita pelajari ilmu pengurusan jenazah. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Sekurang2nya, ilmu inilah yang menjadi jasa bakti terakhir kita buat ibu bapa kita seandainya mereka mendahului..Andai kita yang Allah jemput dulu, sama2lah kita berdoa agar jenazah kita disempurnakan dgn baik..

Dato' juga ada menyebut, terdapat tiga perkara yang wajib didahulukan selepas kematian seseorang iaitu:

1. Selesaikan hutangnya (kerana roh org berhutang yg mati, akan tergantung antara langit dan bumi)
2. Tunaikan wasiatnya (wasiat tidak boleh melebihi 1/3 drpd harta peninggalan)
3. Bahagikan harta pusaka mengikut faraid.

Sekian sahaja perkongsian buat hari ini..semoga bermanfaat!

untuk maklumat lebih lanjut, kita juga boleh melayari laman2 web rasmi untuk meningkatkan ilmu kita..
cth:
http://www.islam.gov.my/avod/e-jenazah/index.html

Allah almusta'an...

3 comments:

Nadiah Sidek said...

kadang2 akak terfikir...macam mana agaknya kalau kita sendiri tak tahu yang ahli keluarga kita yang meninggal tu berhutang? lebih menakutkan lagi...macam mana kalau bila kita meninggal..kita ada hutang yang belum dilangsaikan dan takde sape pun tahu yang kita masih berhutang??? duk fikir2 benda ni la yang akak seboleh2nya elak untuk berhutang. tapi..hutang ptptn tu macam mana pulak ye...? huhu..

pali said...

salam, kerana itu dihebahkan kematian si mati, dan walaupun sudah beberapa lama meninggal, jika ada datang orang menuntut hutang dengan bukti yang munasabah, pewaris perlu melunaskannya bagi wakil.

kalau PTPTN tu, rasanya depa kasi Lang Sum kalau mati. hehe. no worries.

Za's said...

ape itu lang sum??

Kak nadiah: kalau belajar ilmu faraid dan ilmu wasiat, rasanya semua org akan rasa nak tulis wasiat skrg juga..walaupun masih muda dan takde harta..hukhuk...