Wednesday, April 7, 2010

Anekdot Little Khalifa....

Anekdot little khalifa..
Mari kita lihat reaksi anak2 kecil ini…mereka mungkin seusia dgn anak2 'kita' (tak termasuk saya laa..), tetapi mereka faqeh melebihi kita..




Kisah 1:

Maksud firman allah s.w.t:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?’

Anaknya Ismail menjawab: ‘Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku daripada orang yang sabar.’”

(Surah al-Saffat: 102)

Kisah 2:

Satu ketika Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab melalui sebuah jalan di kota Madinah. Beliau bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain. Apabila melihat Saidina Umar menghampiri, mereka pun lari kerana gentar dengan Umar. Namun seorang kanak-kanak (Abdullah bin Zubair) masih tercegat tidak meninggalkan tempat itu, malahan berdiri dengan selambanya. Umar bertanya, “Mengapa engkau tidak ikut lari seperti mereka?” “Mengapa mesti lari, sedangkan saya tidak bersalah. Dan jalan ini tidak sempit, tidak perlu saya lapangkan untuk laluan tuan.” Jawab Abdullah. Bijak dan sopan bukan!


Kisah 3:

Ketika itu adalah pagi hari raya, namun anak Umar mengenakan pakaian lama, tidak seperti kanak-kanak lain yang mengenakan pakaian baru. Si ayah berlinang air matanya. Melihat air mata si ayah, si anakpun bertanya, “Mengapa ayah menangis?”

“Anakku, ayah khuatir jika hatimu hancur luluh ketika kanak-kanak lain melihatmu memakai pakaian lama ini.”

“Wahai Amirul mukminin, sesungguhnya tidak akan hancur kecuali hati orang yang tidak mendapatkan keredhaan allah atau menderhaka kepada ibu bapanya. Dan saya sangat mengharapkan keredhaan Allah dgn keredhaanmu.” Jawab si anak tadi..

Cerita-cerita ini saya petik dari majalah solusi..

No comments: