Thursday, April 29, 2010

Weldone, masyaAllah..

Thumbs up to  KTM!!

Saya amat bersetuju dengan keputusan KTM Berhad menyediakan Koc 'merah jambu' khas untuk wanita.. Ia keputusan bijak yang sedikit sebanyak akan memelihara kesucian seseorang yg bergelar wanita. Pernah saya mendengar cerita 'ngeri' seorang teman yg mendakwa terdapat sesetengah penumpang lelaki yg sengaja mengambil 'kesempatan' daripada 'kesesakan' dan 'kesempitan' di dalam 'tren'. Terutama ketika waktu puncak.

Saya rasa, keadaan 'tren' yang seumpama 'sardin di dalam tin sardin sblm ia dimasak' bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah terhadap kaum wanita, ia juga kadang-kadang boleh mencemarkan maruah kita..Dulu kita mempunyai alasan yang kita tiada pilihan. Tapi sekarang tidak lagi!!

Wahai pengguna KTM (wanita) yang budiman sekalian, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk memelihara kehormatan anda..Alhamdulillahh..Usaha yang dianggap 'kecil' oleh sesetengah pihak ini, dijangka memberi impak yang besar kepada penggunanya...


Facebook penyebab suami memebenci isteri?

Saya terbaca tulisan ini dari majalah Wanita (tidak pasti keluaran berapa). Penulis merupakan puguam dari salah sebuah mahkamah syariah dalam negara ini. Beliau mendedahkan bahawa kebelakangan ini terdapat beberapa kes penceraian yg berlaku disebabkan facebook. Na'uzubillah.. Perkara-perkara sebeginilah yg boleh membawa kepada pengharaman menggunakan fb.

Mungkin kes-kes begini 1 dalam seribu, tetapi ia ibarat racun dalam rumah tangga. Duhai para suami, para isteri, para bakal suami dan isteri.. Manfaatkan fb kepada yang bermanfaat sahaja..Nasihat buat diri ini juaa..

2 comments:

ct cucubi said...

sy sokong coach utk wanita... x larat nak himpit2 kalau balik bangi... sardin pon msh ade ruang dlm tin...

Za's said...

ye betull..yg laen2 pun kene ikut ktm nie..