Friday, April 16, 2010

Antara hakikat..

HAKIKAT PERKAHWINAN...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat... dan manakah pilihan kita???
 
Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar
jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
 
Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika
bangkrup.
 
Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika
rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
 
Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
 
Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika
orang berubah tingkah lakunya.
 
Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap
dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
 
Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


Orang yang banyak gelak itu kurang
wibawanya..

Orang yang suka menghina orang
lain, dia juga akan dihina..

Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang
lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga..

Orang yang menyintai
akhirat, dunia pasti menyintainya. .

1 comment:

Noor Asyila said...

ehem2, nak kawen da ke? ngee~

apa jua perbuatan kita, semuanya kerana niat kan? itula yg membezakan ibadah dan adat. juga memberi kesan penting dalam setiap apa yg kita lakukan ;)

moga kita sentiasa thabat dengan jalanNya. Amin