Friday, April 23, 2010

Celoteh Jumaat...

::Masanya hampir tiba::

Beberapa minggu sahaja lagi, seorang sahabatku akan diterbangkan ke tanah suci..Menjadi tetamu Allah, menziarahi maqam nabi..Ya Allah, bertuahnya badan dapat ke sana di usia muda..Aku juga ingin kesana, tetapi entahkan bila..Walaupun begitu, aku yakin suatu hari nanti masanya akan tiba..Biiznillah..

 Masjid nabawi

Syaza Adila Adenan, daku mencemburuimu..Semoga dikau SELAMAT TIBA & selamat meng'abdikan diri juga. Betulkan niat, bulatkan matlamat, perhebatkan ibadat! Semoga amalan umrahmu diterima, semoga Allah memberkati rezekimu..Jangan lupakan sahabatmu disini ya! Doakan diri ini juga layak menjadi tetamuNya suatu hari nanti..Allah al-musta'an..

Firman Allah bermaksud:
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekian makhluk)" 
Surah Al-Imran Ayat
 
 
Firman Allah bermaksud: 
"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"  Surah Al-Baqarah Ayat 96
 
Firman Allah bermaksud:  
"Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu".
 
 
LabbaikaLlahumma labbaik!
(Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu)

Labbaika la syariika laka labbaik..!
(Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu, Hambamu datang menyahut panggilanmu)

Innal hamda, 
(Sesungguhnya segala pujian)

wanni'mata,
(dan nikmat)

laka wal mulk!
(dan pemerintahan adalah kepunyaanmu)

La syariikalak!
 (Tidak ada sekutu bagimu)

4 comments:

Eza said...

nak juga ke sana..tp entahkan bila..sama2lah kite berdoa moga lambaian kaabah smpai jua utk kite nnt..huhu

hamba Allah said...

za... sahabat ana juga ke tanah suci hari ini... hanya dapat mengirimkan salam kepada Rasulullah, moga tiba masa kita utk ke sana kelak

sarahfazalul said...

sahabat ana pun ada beberapa orang yg berpeluang ke sana. takpe, kita doa dari sekarang agar bisa jadi His VVIP satu hari nanti insha-Allah

Za's said...

to eza: huhu
to k.aisah: hukhuk
to sarah: ameen..