Thursday, April 8, 2010

'Chatting' lelaki permpuan adalah haram - Fatwa Jordan

Petikan Akhbar..

AMMAN: Majlis Fatwa Kebangsaan Jordan, baru-baru ini mewartakan satu fatwa menyebut bahawa amalan 'chatting' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram.



Ia bergantung kepada sejauh mana amalan itu diambil kesempatan oleh golongan remaja sebagai contohnya meluahkan perasaan antara satu sama lain sehingga boleh menyebabkan kedua-dua mereka jatuh kepada perkara maksiat seperti mengajak keluar dan kononnya untuk berkenalan " pergi minum tanpa tujuan.

Ini kerana amalan 'chatting' itu bagaikan membuka ruang kepada syaitan & iblis untuk menimbulkan fitnah samada kepada lelaki " perempuan yang berchatting, di samping penggunaan bahasa yang kadang-kadang disifatkan keterlaluan seperti menyatakan rasa kasihnya kepada pasangan masing-masing dan pelbagai lagi fitnah yang akan timbul.

Fatwa yang diwartakan itu hanya menunggu masa dan persetujuan pihak tertentu untuk dilaksanakan, setelah pejabat Majlis Fatwa menerima banyak aduan dan panggilan dari orang ramai yang tidak berpuas hati dengan anak-anak mereka yang terlibat dalam amalan berchatting itu, tidak pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari kerana dipercayai bersama pasangan masing-masing selepas puas berchatting.

-Fikrah 9-12 Nov 2009

2 comments:

Radieah Mohd Nor said...

Teknologi yang sering disalah gunakan...

Dunia hari ini begini... akan datang bagaimana lah agaknya...

Za's said...

Huhuhu...betul tuu...Berhati-hatilah..