Wednesday, April 14, 2010

Buat adik-beradikku, sahabat2ku dan teman2ku..hadith buat kita..


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasululllah S.A.W telah bersabda, "seorang lelaki telah pergi menziarahi saudaranya di sebuah pekan. Lalu Allah hantarkan malaikat untuk mengekorinya di perjalanan itu. Apabila Malaikat itu bertemu dengan pemuda lelaki tersebut, dia bertanya: 

"Kamu mahu ke mana?"

Lelaki itu menjawab: "Aku mahu menziarahi saudaraku di pekan ini." 

Malaikat tersebut bertanya lagi: "Apakah engkau mempunyai sebarang kepentingan yang ingin diperolehi daripadanya?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak, aku menziarahinya semata-mata kerana aku sayangkan dia kerana Allah."

Malaikat tersebut berkata: "Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk memberitahumu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana-Nya"

(Hadith riwayat muslim 2567)

5 comments:

MU'ALLIMAH said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamu'alykum..:)
hadith yg sgt best..^_^ sejuk hati membacanya..

Noor Asyila said...

i like this post!

seronok kan berukhuwah kerana Allah?
kita akan dapat rasa ukhuwah itu sangat manis apabila semuanya kerana Allah.sayangkan dia kerana Allah

dapat ganjaran besar pulak tu.Allah sayangkan kita juga. MasyaAllah,tabarakallah.. :)

kak ija, uhibbukifillah.

balik malaysia nanti, kita jumpa dan dating ya?

Za's said...

hehe...bile tuh nk blk mesia?? hehe..

ana uhibbuki fillah aidhon!

Noor Asyila said...

kte balik 30 jun~