Thursday, September 25, 2008

Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat~


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis maka dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan . Aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnyamengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihatayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.


Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun- ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.


Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.


Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.


Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.


Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.




Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuanyang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.


*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpatorang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya keranadia shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.


*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukangumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."


Mendengar itu, Sayidina Ali dan FatimahAz-Zahra pun turut menangis.Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.


Wahai sahabat2 muslimahku, sama2 la kita menjaga diri kita supaya terhindar dari api neraka~

Wednesday, September 24, 2008

Kena poww??~


23 Sept 2008, KL. Seorang pemuda yang berwajah innocent berjalan di dalam IMR dan akhirnya berjumpa dengan sorang budak perempuan ni. Pemuda tersebut tanpa segan silu terus pi kat budak pempuan tadi dan berkata,

“Akak, saya nak mintak tolong dengan akak ni. Akak tolong la percaya kat saya, kalau akak tak pecaya satgi saya boleh bawak akak jumpa dengan anak isteri saya. Tolong la kak, saya kena poww tadi. Jenuh dah orang maki hamun kata saya gila tapi akak tolong la pecaya kat saya, saya betul2 tak dak duit nak balik Shah Alam nie..”

Mula2 budak pempuan ni tamau pecaya sebabnya sebelum ni dia penah kena tipu dengan lelaki gila guna taktik yang sama sebijik macam ni. Tapi bila dia tengok2 balik kat pemuda ni, rasa kesian pun ada. Air muka dia macam jujur + baik la jugak (siap ada tanda sujud lagi kat dahi) uhu.. Cara dia cakap pun betul2 macam orang susah hati.. Dalam hati, budak pompuan tu kata, “muka baik camni takkan dia menipu kot??”

Alih2 budak pompuan tu tanya kat pemuda tadi, “mana pi anak isteri awak?”

Pemuda tu jawab, “Isteri dan anak saya ada kat UO kak..”

“Berapa tambang balik ke Shah Alam?” budak pompuan ni tanya lagi kat lelaki tadi.

“RM8.40 ja kak untuk saya dan isteri, saya pun bukan suka2 nak mintak duit dengan orang perempuan ni kak, tapi saya betul2 terdesak ni kak, tolong la kak..”

Disebabkan kesian tengok muka pemuda ni, dengan tidak berfikir panjang budak pempuan ni pun menghulurkan duit sebnyak yang diminta. Walaupun dalam hati dia ada sedikit perasaan ragu2, tapi dia malas nak piker dah sebab nak cepat balik..huhu..

Lepas mengucapkan terima kasih dan meminta maaf, lelaki tersebut berlalu begitu sahaja.

Walaupun benda dah lepas, tapi perasaan tidak percaya tu masih berserabut kat minda budak pompuan nih. Terngiang-ngiang bisikan seolah-olah mentertawakan budak pompuan ni bahawa dia ditipu sekali lagi..uhu..

Erm…persoalannya…

Betu ke lelaki tersebut kena poww?? Ataupun hakikatnya budak pempuan tadi yang kena poww??...Mmmm..ntah la.. Ada sapa2 boleh komen dak??

Apa pun, kalau pemuda tersebut berkata benar, bahkan berbahagialah budak pempuan tadi kerana dia sedang membantu orang yg dalam kesusahan walaupun bantuan nya tak sebanyak mana…tapi,..andai lelaki itu menipu, itu antara dia dengan Allah Ta’ala. Allah pasti akan mengadilinya dengan sebaik-baik pengadilan di padang mahsyar nanti..

p/s: Letakkan diri kita di tempat orang yang dalam kesusahan, nescaya kita akan lebih bermurah hati InsyaAllah..Cuba bayangkan suatu hari nanti kita berada di tempat lelaki tersebut?? Apa agak2nya yang kita akan lakukan ya?? Urmm..sama2 kita fikirkan..

Wallahu’alam…
Kisah benar ni….

Monday, September 22, 2008

Tazkirah Ramadhan~

Mukjizatnya Azan Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. 'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?


Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..'


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .


Wallahu'alam...

Tuesday, September 16, 2008

Cerita Menarik~



UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi..

jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! !

Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.

Harimau tu kejar hamba Allah ni.

Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.

Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.

Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.


Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba.

Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.

Tali tu pendek jer.

Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.

Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...

Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.

Nak tahu ada apa kat bawah tu?

Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.

Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga.

lagilah takut si hamba Allah ni.

Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus.

Alahhhh... cam ner ni.

Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.

Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.

Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni...

habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau.

Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

Macam mana nih...


Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. ..

Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.

Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.'

kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah...


Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.

Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Secebis Kasih Sayang~ bacalah...




Aku cuma ada seorang adik.
Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.
Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.
Namunadik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"
Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.
Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.
Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya.
Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....
sebuah penampar singgah di pipi adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah.
Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti.

"Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah.
Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung.
Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.
Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik.
Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapasebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.
Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.
Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan.
Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.
"Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.
Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.
Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran.
Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.
Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
Dia berjalan dengan sebelah kasut.
Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.
Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu.
Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Mencari Malam Lailatul-Qadar + Jangan Ponteng Puasa~




Daripada Aisyah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."

(Muttafaq 'alaih)


Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan"

(Riwayat Bukhari)


Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke 28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Sesiapa yang berbuka sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadhanya walaupun berpuasa seumur hidup, walaupun dia dapat melakukannya."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain. Menurut As-Sayuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani, bertaraf daif)
p/s: thanks sarah for the nice picture...i like it=)

Friday, September 12, 2008

Al-Hadith : Tiga Golongan Yang Tidak Ditolak Doanya~


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"


(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)

Wednesday, September 10, 2008

Satu Doa dimakbulkan Setiap Hari~


Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hamba-hamba yang di bebaskan pada Ramadhan dan bagi setiap orang Islam dan satu doa yang dimaqbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan)"

(Riwayat Al-Bazzar di dalam Targhib Wal Tarhib)
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:

"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang: "Apa maksudnya meminta dicepatkan?" Jawab baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: "Aku telah berdoa. Aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."

Friday, September 5, 2008

CETUSAN: Giga Sale Sempena ramadhan

assalamualaikum. ...

sempena ramadhan, Allah buat Giga sale pahala ( rasaya lebih drp Giga, tapi tak tau nak bubuh apa), tapi awas .... jgn tertipu.... macam sale kat hypermarket jugak... bukan semua department yg terlibat.... . so ... cari pahala bulan ramadhan ni ,,kena la smart.. baru dapat score lebih brbanding bulan2 biasa yg lain... barulah ramadhan tu jadi lebih special drp bulan2 yg lain... barulah kita dengan ikhlas hatinya, menanti2 ramadhan yg akan datang. kalau level budak2 tu, senang cakap, sale pahala bulan ramadhan ni... mcm kita main game laa... bukan semua tmpat tu, banyak mata... tempat bonus tu pulun la betul2 sbb banyak dpat mata berganda.... agar lebih cepat naik level yg lebih tinggi.

department yng terlibat ada 4.
1. Siam (puasa)
2. Qiam (hidupkan malam)
3. Quran
4. Ehsan

1. siam (puasa)
- mesti fokus puasa sampai tahap dapat menahan hawa nafsu
Nabi pernah bersabda kepada sekumpulan pemuda supaya berkahwin jika telah ada kemampuan, jika tidak mampu, hendaklah puasa.
so, puasa yang nabi anjurkan ialah puasa yang sampai tahap boleh lawan nafsu, bukan layan nafsu.nafsu makan, nafsu marah (lapar, cepat marah), nafsu syahwat (siang), nafsu bershopping raya, dll.
nilai2 kanlah... puasa kita tahun ni...agak2 makanan kita berbuka tu, compare dgn hari biasa, mana lagi yg lg special.... timbang2, tengok2... kita 'LAYAN' ke 'LAWAN'.

2. Qiam
-qiam ni tak rujuk pd bgn tengah malam lepas tidur shj.
-qiam maksudnya hidupkan malam.... lepas berbuka ,sampai habis malam tu.
-nabi anjurkan kita hidupkan malam dengan terawih. fokus nabi bukan bilangan rakaat, tapi dipanjangkan bacaan (melebihi bacaan yg kita biasa sembahyang di luar ramadhan), dan selesai bersama imam. Bila kita selesai bersama imam kita malam tu, allah akan bagi pahala bagi baki malam tu seolh2 kita solat sepanjang malam.

3. Quran.
Bulan ramadhan, nabi sgt ceria, dan byk urusan nabi permudahkan sebab nabi terima kunjungan Jibril untuk bertadarrus. Ada riwayat kata 60 kali khatam... nantilah , saya check balik.

4. Ehsan
Banyakkan bersedekah, terutama memberi makan org yg berbuka. Mesti faham... org berbuka..... bukan moreh.

tu la serba sikit yg saya belajar tahun ni.... semoga kita dapat melalui ramadhan dengan kefahaman... . sbb dgn kfahaman , kita akan termotivasi, dengan hidayah , kita akan terpilih. wallahua'lam.

Source: yahoogroups mail

Tuesday, September 2, 2008

Senyum saja, jangan ketawa~

cerita 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?


Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad ending lah bang..


Suami : Buku apa?


Isteri: Buku bank abanglah..





cerita 2


adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumahuntuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.


*budak : derma apa bang?


*lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adikada apa-apa untuk didermakan?


*budak : nanti kejap.saya ambilkan atuk saya.


*lelaki : ?????





cerita 3


Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.


Farid : Mengapa?


Siti : Saya dah bosan dengan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.


Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.


Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........



cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin : ????????



cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..



"Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah saja encik ini! kenapa tak pos saja?"



cerita 7

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan

polis : selamat pagi

polis : apa hal

orang asli : saya nak buat repot tuan

polis : fasal apa tu

orang asli : kawan saya di baham harimau

polis : pukul berapa

orang asli : dia tak pukul, terkam

polis : habis?

orang asli : tak habis, tinggal kepala



kisah 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti,boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.



kisah 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, Kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...



kisah 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untukmenghantar surat .. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.Cucunya bertanya lagi,

"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"



kisah 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepasmemeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilikberkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yang ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...



source: www.ukhwah.com