Saturday, December 14, 2013

PAY DAY is pay day..

Setiap pagi..
Hari-hari (tak termasuk hujung minggu)..
Kita keluar mencari rezeki..

Setiap bulan,
Hujung Bulan..
Kita peroleh gaji..

Pay day is pay day...

Hutang berjela-jela...

Pun begitu, hati masih suka pada harta benda..
Rasa nk beli itu,
nak beli tv besar..
nak beli peti ais besar lah (kalau rajin kedapur takpe gak)
nk pasang kabinet dapur...
nak besarkan rumah...
dan macam-macam..

Sungguhpun duit botingkek-tingkek...

hati akan meronta lagi dan lagi..

tidak pernah merasa cukup pada yg ada..

Baju  nk beli tiap-tiap bulan..
kasut tak sah kalau tak da yg baru bila masuk bulan baru..

Kitakah ini??
Inikah kita??

Kita sedar ini semua dunia, tetapi kita tetap menyukainya..
Entahkan kenapa...
mungkin pengaruh rakan sebaya..
mungkin desakan ahli keluarga..
dan mungkin juga sekadar menunjuk yang kita ada harta..
walaupun hakikatnya, semua hutang belaka

Kata-kata ini sy petik dari FB Ust Pahrol,

"Sesiapa yang tidak rasa memiliki, tidak pernah merasa kehilangan.."

Infak kan sedikit harta mu itu,
Beringatlah, kemewahan itu hanya sementara..

Tidak kah kita berasa insaf dgn peringatan ilahi?

Kuantan ditenggelami air, 
Mahligai idaman yg dibina dgn harta hasil titik peluh bertahun-tahun lenyap dalam sekelip mata..
Kereta mewah yang dibeli dengan harga ratusan ribu, kini tidak mempunyai nilai apa-apa..

Pasti kita terasa kehilangan, walaupun ia masih bukan milik kita..

Beringatlah Ieja..
Biar apa yg mereka nak kata,

Jgn pernah merasa malu dgn kemewahan yg sedikit kerana sebenar-benar kekayaan adalah org yg menginfakkan hartanya di jalan Allah..








TEGAR


Lagu yg sering kedengaran di corong2 radio mutakhir ini. 

Mula2 sy tak paham kenapa org suke sgt lagu ni sehinggalah lagu ini dinyanyikan oleh team dikir-zikir suatu hari..


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia


Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukku semula

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah


Sekolah dulu ku enggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang Kuasa memberi jalannya


Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rakaman


Sekolah dulu ku enggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling Esa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia


Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi
Memberi jalan untukku semula

Baru baca lirik penuh..

Semoga adik ni sentiasa dalam peliharaan Allah..

Semoga dia tidak hanyut dan tidak lupa bersyukur dgn rezeki Allah..



Tuesday, October 15, 2013

Neves...neves...neves....

Niat Berblog

Masa mula-mula nak berblog dulu...

"Blog? perlukah? bg ana, kalau kita pandai gunakan blog tu untuk mentarbiahkan semua pembaca itu yang terbaik...sama-sama berkongsi pendapat ke arah kebaikan, itu yang terhebat untuk blog tue..mcm anti tgh buat nie, teruskan usaha murni anti, semoga diberi barakah olehNya....

Note: ana tak suka baca blog yang ala2 diari kehidupan seharian, tambah2 everythg nak dihebah2kan..baik tak payah ler...langsung takde privacy! itu ana punya pendapat laa, yang amat kerdil disisiNya..."

Ini komen dari seorang teman senior ambe ketika mula berblog pada 19/08/2008. 6 tahun yg lampau.. Komen ini ambe sanjung dan ambe pegang sebab ambe harap dia baca blog ambe.. kuikuikui... Tapi tu perasaan ambe masa tu lah..


Sekarang bagaimana? 
Adakah matlamat ambe sudah berbeza?

Persoalan ini, ambe akan biarkan... biar masa yg menentukan. Ambe bukan tak berniat nk jadikan blog ni sebagai platform dakwah. Tetapi ambe rasa ambe tidak layak nk mendakwah org sebelum ambe mulakan dgn diri ambe sendirik..diri ambe yg sekarang ni, jauh b'beza dari diri ambe 6 tahun lalu.. Dulu-dulu masa terluang ambe banyak diisi dengan program jamaie, kuliah2 dan usrah. Almaklum, bujang trang tang tang..

Sekarang, setelah bergelar isteri dan berhijrah, tanggungjawab, kekangan kerja dan masa semua berbeza.. hanya saluran 119, 114 dan 106 menjadi platform ambe menuntut ilmu selain dari pengajian di surau opis ambe.. Itupun j a r a n g - j a r a n g .  .   . Usrah tiada, kuliah haraki jauh sekali..Masha Allah, masha Allah...

Ambe rasa ambe makin terleka dan terleka dgn kesibukan kerja dan kota.. Ditambah dengan keselasaan berada di "comfort zone".. 

Ada sesiapa nak bantu ambe? 

Soalan ini tidak patut ambe tanya. Ambe lah orgnya yang patut membantu diri sendiri keluar dari "comfort zone" tersebut.



Neves Pertama

Sememangnya sinonim dengan gelaran 'si darah gemuruh'. Itulah ambe.. 

Bermula dengan sesi 'interview' bersama pegawai-pegawai di salah sebuah bank ternama negara. Ambe melangkahkan kaki dengan harapan separuh. Kata hati ambe, "mu terra jahhh" (amboi, hati ambe b'cakap kelantan weii).. "Mana tahu ado rezeki, leh dapak kijo"...

Biasanya kalau harapan ambe separuh, ambe buat ala kadar dengan sangkaan singkat bahawa "ambe takkan dapat punye lah". Itu kata firasat ambe and precisely, tahap neves ambe juga separuh...

Dipendekkan cerita, kini ambe berkhidmat dengan 'interviewer' tersebut. 

Setelah bergelar staff, neves demi neves menjelma. Ambe rasa seolah2 berada di bumi asing. Perwatakan mereka hampir 100% berbeza dengan rakan-rakan sekerja di tempat kerja sebelumnya. 90% berbeza jika dibanding dengan perwatakan rakan-rakan sejawatan di sektor kerajaan..

Entahkan kenapa, disaat itu, ambe bertekad tidak mahu menjadi seperti mereka.. Sikap ego, tamak, bermuka2, dan kuat mengata, Ya Allah, mohon dijauhkan sifat2 tersebut ya Allah..     

Tapi lama-kelamaan, ambe dan mereka tidak jauh beza.. sedikit demi sedikit sifat mazmumah itu memasuki hati. Ya Allah!!

Ambe rasa terperangkap!


Neves Seterusnya

Kerja ambe memang tidak pernah lari dari kejutan. Company's turnover sgt tinggi, team member ambe sering bertukar ganti. Kata mereka, ini lumrah kerja disini.. Risiko dibuang kerja juga amat tinggi. Jangan tersilap langkah walau sekali, buruk padahnya nanti!!


.........................................................................................................

Owh.. ambe dah penat menulis dan kekeringan idea.. 2 tahun tak mencoret.. Trasa ianya semakin tidak memberansangkan a.k.a hancuss.. hahaha... Yang ambe ingat ialah pesanan boss ambe merangkap guru tatabahasa ambe Mr.YY, "do not repeat same word in a report".. Baik Cikgu!!

Mahu disimpan, takut berabuk pulak post ni nnti. Baik diteruskan dan diringkaskan cerita.


Neves Terakhir Untuk Post Ini

Ok, baru sampai kat tajuk sebenar.. Hari Isnin minggu depan bersamaan 21/102013, ambe ditugaskan untuk berkongsi 'Fud 4 Thot' dihadapan satu department besar di bangunan kerja ambe. Ada 6 hari lagi nak ke tarikh tersebut, namun neves sudah mula terasa. Walaubagaimanapun, mandi ambe masih lagi basah, makan ambe masih lagi kenyang.

Di sebabkan audience ini adalah sangat mencabar, maka haruslah saya neves...

Dan cara terbaik menghilangkan neves ialah?


Mengadulah pada yg Maha Esa...

Ye Ieja. Debaran dipadang mahsyar itu lebih daysat. Kalau setakat kena perli dengan department head tu, apelah sangat kan..kann..kann?

"Allahumma Yassir walaa tu'assir"

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

Selamat Berjaya Noriza!!!! You can do it!!

Korban 2013

My last post was in Oct 13, 2011. And today Oct 15, 2013 I officially and finally update my blog...Yeay!!

Dua tahun blog ini ditinggalkan setelah Facebook mengambil tempat.. Akan tetapi keterujaan ber'facebook' semakin pudar.. hari ke sehari, minit ber'facebook' semakin singkat. Alhamdulillah..

Twitter? Akaun twitter dah lama buka, tapi friends tak ramai.. so, berabuk gak. Hanya dibuka bila perlu. Bila tu?? hehe... Bila nk blk kampung or dari kampung nak balik Selangor, sbbnya ada LLM trafik updates...sgt membantu wooo...

Ok, kembali kepada topik please.

Aidiladha 2013,

Aidiladha pertama hanya 'berdua',
Aidiladha pertama di kota (tak blk beraya),
Aidiladha pertama kami menyertai gotong royong korban sehinggalah korban tersebut menjadi makanan,
Aidiladha penuh makna,

nak tahu kenapa?

tak nak tahu tak pe laa...

.....


................


.........................



..................................



Eh, eh... masih baca? maknanya nak tahu la kan? kann??

Ini tahun pertama saya melihat korban secara live.

Alhamdulillah, dengan sedikit gentar.. tapi saya berjaya melihat sehingga akhir..

Sehingga nafas lembu yg terakhir...

Tercungap2...menghabiskan nafasnya...dan sehingga malaikat maut mencabut nyawanya...

Perasaan??

Teruja...tapi ketika melihat hero sedang menghirup nafas2 akhirnya, terlintas difikiran saya, bagaimanakah saat2 akhir nyawaku nanti? hero itu tidak mengapa, kerana dia 'pergi' dengan bangga. Bukan sebagai mangsa, tapi sebagai hamba Allah yg mulia..

Kita??

Wallahu'alam...

Mata dan muka hero ketika disembelih kelihatan tenang sekali..

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Ketika mata pisau terkena dikulit hero, laungan kebesaran inilah yg kedengaran.

Syahdu, namun sungguh bermakna dan memberi ketenangan luar biasa kepada 'hero' kita..

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Walillahilhamdu..

Bila agak2 nak berkorban ni???