Monday, March 22, 2010

'dia' datang lagi...

Seronok rasanya dapat jumpa 'dia' smlm..

Ingatkan jumpa sahaja, rupa-rupanya 'dia' terus dapat kumiliki..

Ya Allah, besarnya anugerahMu ini..

Aku perolehi 'dia' secara percuma...

'Dia' kaya dengan ilmu, sarat dengan pengetahuan..

'Dia' memang kunanti-nanti, kutunggu setiap hari..

Terima kasih ALLAH, kerana memberi 'dia' kepadaku..

Terima kasih angah, menjadi asbab 'dia' kumiliki..

Terima kasih telaga biru, kerana mu,

aku dan 'dia' bertemu......

aku akan menjaganya sebaik yang mungkin!



isi kandungan 'dia': :D

Tafsir - Ustaz Zahazan Mohamed - Surah Al-Nazi'at, Malaikat Pencabut Nyawa dan Kisah Nabi Musa. 
Hadis - Ustaz Adlan Abd Aziz - Kesakitan Lumrah Dalam Kehidupan.
Cerna Minda - Ir Ahmad Jais Alias - Menghargai Minda.
Isu - Pahrol Mohamad Juoi - Keyakinan Diri Untuk Mengubah Dunia dan Bagaimana Membina Keyakinan Diri.
Jalan Keluar - Ustaz Ahmad Baei Jaafar - Ulama Berperanan Membetulkan Umara.
Hikmah - Ustaz Hasrizal Abd Jamil - Antara Tudung dan Tali Leher.
Hai Anak - Rashidah Mustaffa - Kecil-kecil Biar Tahu Tujuan Hidup.
Muamalat - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - Hukum Berkenaan Facebook.
Cerdik Baik - Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah - Tangani Marah.
Muslimah - Dato Siti Nor Bahyah Mahamood - Mendidik Anak Dalam Kandungan.
Misteri Alam Ghaib - Dato Ismail Kamus - Wanita Jahat Senjata Syaitan.
Usaha Jaya - Dr Irfan Khairi - Jutawan Gawat.

Saya sudahpun memiliknya, anda bagaimana??
kini anda boleh memiliki 'dia' secara online..layari ini 

Sunday, March 21, 2010

Al-Hadith : 7 Golongan Yang Mendapat Naungan

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :


1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.


2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.


3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.


4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.


5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)


6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.


7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)

Friday, March 19, 2010

Ieja, muhasabah please!!




Dulu, sewaktu mengakhiri siri tamrin rohani di tingkatan 2,
setiap kami memperoleh checklist ibadah untuk dilaksanakan setiap hari..

Checklist tersebut pasti mempunyai butir2 berikut,


1. Solat fardhu berjemaah (wajib)
2. Solat Tahajjud
3. Solat Hajat
4. Puasa sunat Isnin Khamis
5. Baca Ma'thurat tiap2 petang (wajib)
6. Majlis Ilmu (atleast seminggu 2 kali)
7. Solat sunat Dhuha (wajib sabtu ahad)
8. Baca quran (wajib)
9. Hafaz Quran
10. Sedekah
11. Jaga mata
12. Jaga makan

Bila masuk matrik, saya cuba sedaya upaya mewajibkan diri bagi perkara 1,3,4,5,7,8 dan 12..Matrik ok lagi, suasananya macam sekolah. Walaupun kekok, tapi Alhamdulillah sy masih mampu mengawal diri. Berada di sekolah aliran agama selama 5 tahun, menyebabkan saya kurang berinteraksi dgn lelaki. Ya, berinteraksi sekadar keperluan. Memang itu yang dituntut..

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan ganjaranNya tidak lama selepas itu..Bagi saya, mendapat tajaan JPA merupakan anugerah terbesar..ALHAMDULLAH..Maha Suci Allah..!!

Ketika berada di Universiti, disebabkan gerun menghadapi suasana yang amat terbuka dan berbeza, jadi saya melibatkan diri dengan persatuan yang saya rasa dapat mengikat saya supaya tidak hanyut..Alhamdulillah, penglibatan saya dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), USM menjadikan pandangan saya kepada Islam lebih mencapah. Islam bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi untuk semua. Kalau di zaman sekolah dan Matrik, ibadah2 yang dilakukan kebanyakannya ibadah nafsi2..emm, mungkin bukan kebanyakan tetapi hampir semua!

PMI telah mengajar betapa pentingnya kita 'menyampaikan' selain meng'islahkan diri sendiri secara istiqamah.
Oleh sebab itu, senarai checklist sy bertambah lagi. Kali ini, sebagai seorang da'i, item2 berikut adalah wajib! Selain mengekalkan item 1-12:

13. Usrah mingguan
14. Kuliah Tafsir
15. Kuliah lapangan (isu semasa)
16. Rehlah
17. Kuliah tauhid
18. Adakan program agama

Senarai ini bukan untuk dibanggakan, tetapi sebenarnya keperluan. Walaupun begitu, saya tak mampu penuhi kesemuanya. Banyak lagi lobang di sana-sini.huhuhu...Bak kata senior sy, "kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua"..

Namun kini, saya rasa saya perlu kembali ke checklist yang asal. Yang 1 hingga 12 tuu...tapi, tidak semua mampu saya penuhi. Especially yang pertama! Allahuakbar! Sebenarnya ia tidak sukar, tetapi mungkin kerana hati saya dah terlalu banyak terdedah dgn perkara lagho, terlalu byk mkn, terlalu byk gelak, makanya saya sering memberi alasan kepada diri sendiri itu dan ini..

Rasa seperti ingin kembali berada di tingkatan 2!

Ya Allah, bantulah hambaMu ini..Terlalu banyak dosa mata dan dosa hati yang kulakukan..
Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku meminta..






Saturday, March 13, 2010

Buah hati saya~

Erm...saya ada raaaaaamai buah hati..
Tapi saya bukan mata keranjang, mahupun kaki bola..huhu..
(ape yer peribahasa bg org yg suka bertukar2 pasangan?tak igt kot..:p)

Kali ni sy nak kongsi cerita buah hati yg paling dekat dgn sy sekarang..

ada dua orang, seorang bernama mohd daniel, dan seorang lg bernama....






mumtaz nadeera..:d

diorang ni anak kakak sy yang ketiga, kak ude..ni antara dialog yg sy sslalu alami bila balik dr keje..

daniel: "eh, mak ndak, you are home..I miss you a lot, a lot, a lot and aa loottt..."

(pastu dia g kat pintu dan peluk sy)..owh, how sweet..sy sangat suka saat itu..ye la, kanak2 kan selalunya jujur..hehe
nadeera pun sama jugak, tapi dia tak brapa pandai cakap lagi...kalau saya balik, dia cuma ckp "daaaakkk.." dan terus g pintu dan peluk..huhu..kdg2 rasa mcm artis pulak! cuma tiada lampu kelip2 ajer..hehe

mereka mmg diasuh begini, same goes to their mama & papa..

daniel: "mama, you are my beeesssttt friend!"
mama: "ya, i know..mm how about mak ndak?"
daniel: "mmm..mmm....mama, how about we play game?" (bila mama dia tanya soklan ni, dia slalu cuba lari topik, haha..sy belum jd best friend dia lagi la tuuu..) :(


di masa laen..

daniel: "mak ndak, can we.. emm..can mak ndak play games with me? daniel nk play kucing game!"
mak ndak: "mm..daniel play first, then mak ndak follow. mak ndak suppose to pray first, after that we play together k? can? (sy pun 'speaking' la jugak dgn ayat tonggang terbalik)
daniel: "okeh, how about daniel nk pray with mak ndak..then we play game together.."
mak ndak: "ok!"
dia pun ikut la sy solat, tapi stakat angkat takbir je laa.., lepas tu habis caca merba sejadah ngan kopiah dia..:p

erm....sbnrnya byk lagi insiden menarik, tapi cukup la setakat ni sy cerita kat cni. yg lain sy simpan dalam hati..

I love them all! sekarang sy ada 10 orang buah hati.

anak Along: Nazatul Hanim (12 tahun), Nazurin Anissa (8 tahun) dan Afif Aizil Haziq (5 tahun)
anak Angah: Muhammad (1 bulan)
anak K.Lang: Farhanah Adlina (8 tahun), Akmal Danish (5 tahun), Nurul Sakinah (2 tahun) dan Muaz Hasif (1 bulan)
anak K.Ude: Mohd Daniel (4 tahun) dan Mumtaz Nadeera (2 tahun)
anak sy: anak tekak ngan anak mata ada la! :p

tapi, sy tak berapa ingat besday buah2 hati sy ni..semalam besday sakinah (12 mac), esok pulak besday akmal (14 mac)! Nasib baik umminya beli kek, kalau idak sy pun tak ingat..nyum2..mkn kek lagi!

Selamat Hari Lahir, Sanna hilwah, Happy Birtday! semoga akmal n sakinah menjadi anak soleh solehah, syg ummi n abi tau! Jangan lupa syg opah sekali!

sekarang mereka tak boleh bc lagi entry ni..tp ia mungkin bermakna 15tahun akan datang..:D

Wednesday, March 10, 2010

InshaAllah...

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around... See More
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you'd made one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sunday, March 7, 2010

Kata-kata hikmah hari ini~

Ikhtilat itu pergaulan yang menghasilkan dosa. Asabiah pula adalah pergaulan yang menghasilkan kebencian. Ukhuwwah ialah pergaulan yang menambahkan suburnya iman. Tidak bercampur pula, adalah seburuk-buruk pilihan kerana mencetuskan dosa, kebencian dan memusnahkan iman..
p/s: s up to saifulislam.com


Berkawan biar beribu, bermusuh jangan sekali..
Sekali kita membenci seseorang, 10 orang akan membenci kita berkali-kali..
Maafkan semua orang disekeliling anda, nescaya anda akan lebih ceria..


Berbudi kepada tanah, hasilnya amat lumayan..hehe
Sabar itu perlu, usaha itu pasti..

Kalau suka tengok cermin, jangan lupa bc doanya..

Sekian terima kasih..huhuhu..

~~sangat sedih sebab asyik tak dapat buka saifulislam.com~~huhuhu..

Saturday, March 6, 2010

Bila kita memandu...

Bila kita memandu,
kita akan berkira-kira samada memilih jalan yang sempit atau jalan yg luas..

kita berkira-kira memilih jalan yang sesak atau jalan yang lega..
kita hanya boleh membuat pilihan, sekiranya kita mempunyai pilihan..

ya, kita memang mempunyai pilihan..!

jika org bercinta diberi pilihan,
"kamu mahu yg macamana?"
"sudah tentu yang lawa dan bergaya..dan ditambah berharta!"

jika org miskin ditanya,
"kamu mahu harta atau mahu kerja?"
si miskin bijaksana pasti berkata, "saya mahu kerja! tak kira la kontrak ke apa2 ke :p"
tp bagi si miskin buta (bukan buta mata tp buta hati) akn meminta harta..

jika remaja ditanya,
"kamu mahu kahwin dengan anak saya secara percuma?"
sudah tentu jawapannya, "ya"

emm..semua memilih mudah, murah dan percuma..

Namun, harus diingat,

Islam datang dengan titisan darah dan air mata..
islam datang dengan titisan peluh sang perwira..


mustahil ianya mudah dan senang..
mustahil ianya cepat dan percuma..

eh, tapi entry ni macam takde kaitan dengan memandu..
??
ye ke?


sebelum memandu, kita dah pilih arah tuju kita, ini orang SMART..
sebelum memandu, kita telah memilih untuk sampai dengan cepat atau dengan selamat..
sebelum memandu, kita dah niat tidak mahu menyusahkan orang lain..ini orang HEBAT!
sebelum memandu, pastikan kereta anda ber'isi' minyak dahulu..:D

Apa yang pasti, sebelum anda memandu, jangan lupa baca doa ya!
" Ya Allah, Maha suci tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami,
sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Sesungguhnya, kepadaMu tempat kami kembali.."

Semoga selamat sampai ke destinasi!

Friday, March 5, 2010

Rindu kami tak setanding cintanya..

Erm...
entry ini agak lambat..namun tidak mengapa, kita tidak mencintainya hanya di hari lahirnya..
Ya Rasulallah, salamun 'alaikk..
seronok baca entry ttg rasulullah dari sumber2 dibawah..

Masing2 membuat kupasan berbeza, namun matlamatnya sama!
Saya??
Saya tak mampu nak menulis sedemikian.
Mungkin cinta saya kepada baginda, tidak setanding cinta mereka..
Namun, sy sedang cuba meningkatkannya!

Hakikat cinta
Jika kita menyintai seseorang,
Kita pasti akan senantiasa menyebut2 nama orang yg dicintai itu.
Begitu juga dgn rindu..

Nabi Muhammad menyatakan perasaan cintanya kepada 'kita' beribu-ribu tahun yang lalu.
Nabi menyebut-nyebut nama 'kita' ketika beliau menghadapi sakaratul maut..
Nabi sentiasa bertindak dengan memikirkan kepentingan umatnya yang akan datang, walaupun ketika itu, kita belum lagi wujud!

Aduh, betapa nabi mencintai 'kita'..
Sedangkan kita??

Tanpa kita sedari, antara hikmah berselawat keatas nabi ialah, 
salah satu cara menyampaikan rasa cinta kita kepada junjungan mulia..
Semakin banyak kita berselawat, semakin bersemarak rasa cinta kita..

Sedangkan Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas mu hai Rasul Allah,
Bukankan selawat itu ringan bagi kaum beriman??
Namun, ia mungkin beban bg yang tidak mengamalkan..

Wal'iazubillah..

Kami mengingati hari kelahiranmu..
Tetapi, adakah kami juga menyambut hari pemergianmu?
Sedangkan ia hari yang satu..

Justeru, mari kita perbanyakkan selawat ke atas nabi..