Thursday, November 27, 2008

~Al-Hadith : Yang tengah-tengah~

Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya:

Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai.

Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah!

Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.

(Riwayat Muslim)

Monday, November 24, 2008

Jangan marah-marah~

Setelah sekian lama diri ini dilanda kerja yang bertimbun-timbun. Bukan setakat tu ja, maklum saje lerr, bila kita berkerja dalam satu ‘team’ yg melibatkan ‘manusia’ yg mempunyai pelbagai ‘kerektor’.. Makanya, kdg2 timbul salah faham, sakit hati, terasa hati, kecik hati & macam2 lagi lah!! Bila timbul perkara2 camni, merata2 lah kelihatan wanita2 yg membuat “ketupat”.. Paham ka apa itu membuat “ketupat”?? Paham kot noo..

Bila masalah2 macam ni timbul, mungkin ada pihak yg gembira atau puas hati sbb dapat melepaskan marahnya pada seseorang, tapi dalam masa yg sama ada jugak pihak yg sedih + kecik hati, namun tidak dapat meluahkan kepada sapa2 melainkan hanya semata2 kepadaNya..Ni jugak merupakan antara ‘kasih sayang’ Allah dalam nak menguji iman hamba2 Nya..Iya lah, dengan ujian2 ni baru kita dapat tengok bagaimana seseorang hamba mengawal kemarahannya.. Adakah dengan membuat ketupat??mencaci maki??atau dia sekadar menangis memujuk dirinya sendiri dan bersabar terhadap apa yg berlaku ke atas dirinya..

Sesungguhnya, iman seseorang itu akan dapat dilihat bilamana dia berjaya mengawal nafsu amarahnya, dan bersabar..Dalam situasi sebeginilah, kalau dia berdiam diri dan bersabar, itu sudah cukup baik dalam nak meneutralkan keadaan. Tetapi, adalah lebih baik + berani jika dia dapat menasihati si pemarah tadi dengan cara yang berhikmah.

Apapun, sifat sabar teramatlah penting dalam kita nak mengharungi kehidupan di dunia. Sabar dimana2..di rumah, di sekolah, dgn anak2 murid, dgn rakan sepejabat, dgn mak ayah yg telah uzur, suami atau isteri dan dgn sesiapa sahaja..

Rasulullah S.A.W adalah contoh tauladan yg paling ideal dalam segenap aspek.
Sabda Rasulullah, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang terpuji.”

Baginda bersabar dengan musuh2nya, sahabat2nya dan isteri2nya. Kemarahan rasulullah sekadar terserlah di muka. Tidak pernah baginda meninggikan suara kerana marahkan sesiapa, kecuali apabila Allah dan Islam dihina. Pernah satu ketika di dalam peperangan, terdapat golongan munafiq pura2 beriman dan cuba untuk membunuh rasulullah. Pada ketika itu Abu Hurairah yg duduk berdekatan baginda menyatakan, “tidak pernah aku melihat Rasulullah (merah mukanya) seperti pada hari itu.”

Hakikatnya, syaitan sangat gembira apabila seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan begitu juga sebaliknya. Istilah “nak marah biarlah bertempat” hendaklah dikikis dan ditukar kepada “janganlah marah2” =) Kita hanya perlu marah apabila Allah, RasulNya dan Islam dicabar!! Pada ketika itu, marahlah dengan penuh bijaksana dan ingatlah, salah satu amanat terpenting rasulullah dalam khutbah wida’ baginda:

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taat & bertawakkallah kepadaNya. Ku wariskan kepada kalian al-quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, beerti mencintai aku dan kelak orang2 yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku.”

Terkadang sungguh kerdil terasa bilamana kita diuji, kita terduduk dan menangis sehingga kadang2 kita tidak mampu lagi untuk melangakah..Namun itu semua hadir kerana Allah rindukan suara esak tangis kita merintih dan merayu kasih sayangNya..Allah mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan..Fikir-fikirkanlah…

Wallahu’alam..

.:: Za-ahad 5ptg ::.

Friday, November 14, 2008

Indahnya Akhlaqmu Ya Rasulullah~~


Kisah Rasulullah sebagai pengajaran:


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullahmenampalnya sendiri tanpaperlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susukambing untuk keperluankeluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihattiada makanan yang sudah siapdi masak untuk dimakan, sambil tersenyum bagindamenyinsing lengan bajunyauntuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan "KalauNabi berada di rumah, beliau selalu membantuurusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepatberangkat ke masjid, dancepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda amat laparwaktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yangada untuk sarapan. Yangmentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyahbelum ke pasar.Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan yaKhumaira?" (Khumaira adalahpanggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yangbererti 'Wahai yangkemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belumada apa-apa wahaiRasulullah."Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasasaja hariini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkalamelihat seorang suamimemukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapaengkau memukul isterimu?"Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,"Isteriku sangat keraskepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadiaku pukul dia.""Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w."Aku menanyakan mengapaengkau memukul teman tidurmu dan ibu kepadaanak-anakmu?"


6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelakiadalah yang paling baikdan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin,sabar dan tawadhuknyabaginda dalam menjadi ketua keluarga langsungtidak sedikitpun menjejaskankedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.

Dilihat oleh parasahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amatsukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olahsendi-sendipada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antarasatu sama lain. SayidinaUmar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itulangsung bertanya setelahselesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuanmenanggung penderitaan yangamat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuanmenggerakkan tubuh, kamimendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuhtuan? Kami yakin engkausedang sakit..."

desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Parasahabat amat terkejut. Perutbaginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelaikain yang berisi batukerikil, buat menahan rasa lapar.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkanbunyi-bunyi halus setiap kalibergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapardan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut,

"Tidak parasahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapiapakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepadaumatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelaktidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak."


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpunmakan di sebelah seorangtua yang penuh kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nyadirentap dengan kasar olehseorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasakehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingsi Badwi di dalam masjidsebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swtdan rasa kehambaan yangsudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolaksama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAHlangsung tidak dijadikansebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketikadi depan ramai mahupundalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnyauntuk baginda, bagindamasih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadahhinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinyasudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggungkemahuan jiwanya yangtinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "YaRasulullah, bukankahengaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masihbersusah payah begini?"Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankahaku ini hanyalah seoranghamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nyayang bersyukur."


Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKUWALAUPUN SEPOTONGAYAT.."


"Wahai Tuhan..ku tak layak ke syurgamu ...


namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...


kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...


"Ya Allah...


jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..


ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup


mahupun yang telah meninggal dunia"...........


Amin...

Tuesday, November 11, 2008

Al- Hadith : Allah Merasa Bangga


Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Mu'awiyah r.a. keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dalam masjid, lalu ia berkata,"Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"



Orang-orang menjawab,"Kami duduk untuk berzikir kepada Allah."



Ia berkata lagi, "Apakah, demi Allah, tidak ada yang menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena berzikir kepada Allah saja?"



Mereka menjawab, "Ya, tidak ada yang menyebabkan kita semua duduk ini, kecuali untuk itu."



Mu'awiyah lalu berkata: "Sebenarnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua dan tiada seorang pun yang sebagaimana kedudukan saya ini dari Rasulullah s.a.w. yang lebih sedikit hadisnya daripada saya sendiri.



Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dari kalangan sahabat-sahabatnya, lalu beliau s.a.w. bersabda, "Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"



Para sahabat menjawab, "Kita duduk untuk berzikir kepada Allah, juga memuji padaNya karena telah menunjukkan kita semua kepada Agama Islam dan mengaruniakan kenikmatan Islam itu pada kita."



Beliau s.a.w. bersabda lagi, "Apakah, demi Allah, tidak menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena itu?"



Sesungguhnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua, tetapi Jibril datang padaku dan memberitahukan bahwasanya Allah merasa bangga dengan kamu kepada malaikat - yakni kebanggaanNya itu ditunjukkan kepada para malaikat."



(Riwayat Muslim)

Thursday, November 6, 2008

~DINAR EMAS

Ana copy petikan ini dari blog che det...
penerangan yg sangat tepat, padat dgn ayat2 yg mudah dofahami...
Kalau anda tak minat ekonomi sekalipun, bila anda baca macam2 info anda boleh dapat..
So, bacalah untuk masa depan negara!!

Walaupun che det ni pernah buat salah dan kesilapan, tapi satu fakta yg susah untuk kita nafikan bahawa che det ni memang pakar ekonomi!! Allah kurniakan dia kepintaran itu..Segala puji bagi Allah..Allah lah pencatur segalanya..

So, selamat membaca..


1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.


4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.