Monday, January 17, 2011

DOA QUNUT

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog..Tak jumpa2 idea nk update apa..hehe..yg ini sekadar berkongsi dan me'refresh' amal kita..Doa qunut ni sunat mu'akat ja dlm solat subuh..tapi fadhilat dia besar! Doa yg terkandung dalamnya penuh khasiat sekiranya kita mengamalkan dengan kefahaman dan kesungguhan..

Berikut saya sertakan makna doa qunut dan bacaannya..Tapi versi rumi jer la yer, yg jawinyer tak jumpa..
Selamat beramal!!



Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.



Wa'a fini fiman 'afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.




Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.



Wabarikli fimaa a'tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Waqinii syarramaa qadhait.




Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.



Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Wainnahu layadziluman walait.




Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.


Walaa ya'izzuman 'adait.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.


Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi



Falakalhamdu 'ala maaqadzait.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.


 
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.



Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.


Erm..secara peribadi, kalau kita teliti maksud doa qunut ni, ia merupakan motivasi terbaik di pagi hari..
Pagi2 kita mohon hidayah, mohon kesihatan dan keberkatan dan mohon diselamatkan daripada bahaya, samada bahaya yg kita boleh nampak atau bahaya yg kita tak nampak..

Bahaya ni ada mcm2 tuan2..bahaya pemikiran pun bahaya jugak, silap2 boleh memesongkan aqidah..Nau'zubillah..

Kemudian kita baca "tidak hina org2 yg Engkau pimpin dan tidak mulia org2 yang Engkau musuhi".. Allahuakbar! Besar sungguh makna ayat ini.. Tiada kemulian selain dari Allah. Andai anda dimuliakan oleh bos anda, belum tentu anda mulia disisi Allah.. Jika anda dimuliakan oleh rakyat, belu tentu anda mulia disisi Allah..Awas ya! Terutama penulis ini..

ok lah, cukup dah rasanya perkongsian untuk hari ini..

Semoga bermanfaat!

Kalau nk dengar ceramah ustaz Ismail Kamus ttg fadhilat doa qunut, klik sini --> http://www.mediafire.com/?2mu5zstkjus

No comments: