Monday, September 28, 2009

Al-Hadith : Buat Yang Terlanjur



Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu.

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(Riwayat Muslim)

Tuesday, September 15, 2009

'dia' dah nak pergi..

::Pencarian Lailatul Qadar::

"Ieja bangun, Lailatul qadar kot...Tolong doakan kawan ieja ni ye.." Bunyi satu pesanan ringkas yang saya terima awal pagi 23 Ramadhan yang lalu. Kebetulan ketika itu saya telah disedarkan oleh 'rasa gatal' yang melanda kulit dan kebanjiran bilik akibat hujan lebat diluar. huhu.. Tersenyum simpul saya dengan kehadiran mesej tersebut. Alhamdulillah, saya bersahabat dengan orang yang mengingatkan saya kepada kebaikan.. Thanks kaksue!!

Lalu, mesej yang sama saya forwardkan kepada beberapa orang teman. Mungkin agak lewat, namun saya teruskan niat men'forward'nya kepada beberapa org teman seusia.. Alhamdulillah, respon positif! Apabila keesokan hari tiba, masing2 teman saya menceritakan peristiwa mereka mendapat mesej sy itu. "Waktu tu kilat sambar menyambar, tetibe, henset berbunyi. Seram sejuk dibuatnya, kebetulan tgh ma'zurah" kata seorang sahbat saya.
"Ana sedar mesej hang, tapi sebab ujan lebat n kilat sambar menyambar ana takut dan tido semula" kata yg seorang lagi.. hihi...

Bagi saya tidak mengapa, ianya cuma satu ramalan yang didasarkan pada satu kajian oleh Imam Ghazali! Namun, teramatlah rugi bila kita tidak mengejarnya..(MasyaAllah, kadang2 yang mengejar pun belum tentu akan mendapatinya)..huhu.. Teringat saya pada isi kandungan az zikra 2 hari sebelumnya (sebelum hari kejadian). Ustaz Wan Sohor Bani Leman, membentangkan kajian Imam Ghazali spt berikut:

PETUA OLEH IMAM GHAZALI UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN

V) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Ustaz Wan Sohor kata, Imam Ghazali mungkin menemui lailatul qadar sepanjang usianya sehingga membolehkan beliau membuat analisis/ hipotesis demikian. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Hanya orang-orang yang dipilih Allah sahaja yang akan menemui lailatul Qadar. Siapakah orang-orang tersebut? Mereka mungkin orang2 yang sentiasa mendambakan, merayu dan mengaharap dengan Allah agar dapat menemuinya..

Masya Allah.. Ya Allah, adakah kami tergolong dalam golongan itu?..Persediaan untuk menemui malam al-qadr ini perlu kita mulakan dari sekarang! Ya sekarang, bukan mlm ini, dan bukan juga esok..barangkali mungkin untuk ramadhan yang akan datang! Jangan ditangisi malam2 ganjil ramadhan 1430 yang telah berlalu..ingat, Allah Al-Musta'an! (ni pinjam ayat kak suria.hihi..)

::dia dah nak pergi..::

Di hari dan ketika ini, kita telah menjejakkan kaki ke 26 ramdhan..Ada yang sudah memulakan 'countdown' hari rayanya. Antara lain, ada juga yang menghitung hari flightnya berlepas..hehe.. Ramai yang gembira dengan kedatangan syawal. Ramai juga yang gembira untuk menunggu saat pulang ke kampung. Tidak lupa juga yang gembira untuk bercuti. yeay! Yang tak sabar2 nak maen mercun pun ade..

Namun, sedarkah kita bahawa bulan barokah ini akan berakhir? adakah kita akan merinduinya selepas ini? ataupun terus melupainya? Atau mungkin barangkali kita tidak sempat menemuinya lagi! Ya Allah, hambamu ini ingin memburu syurgaMu. Namun kurasakan tidak layak untuk sampai ke situ.. Hambamu ini tidak pula mahu ke neraka Mu. Hindarkanku dari azab Mu itu..

Memetik seni kata nasyid The Zikr,

Ramadhan, satu nasib tak serupa,
peluangnya sama, natijah berbeza..

Ramadhan mereka gemilang cemerlang (mukmin berjasa di alam fana)
Ramadhan kami ..err,..tak ingat la pulak..

c/o Mereka gembira dengan kedatanganmu (ramadhan)
Kami gembira denga pemergianmu..

Malam mereka disimbah nur Al-Quran,
tapi malam kami lesu diburu nafsu

Jiwa mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap dengan dosa..

Takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga..

::Menangkah kita?::

Tak terasa bila dia pergi, tapi sayu bila dia tak kembali. Mencarinya dengan hati suci lebih indah dari memiliki tapi tak menghargai. Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan. Kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan, kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan. Thank you Allah for the gift of IMAN..!!

SALAM RAMADHAN..

SALAM LEBARAN..

Mohon maaf di atas segala kesilapan ya..!


Monday, September 7, 2009

.::Sanna Heloa ya Khairiyah::.


::Kullu 'aam wa anti bikhair..::

.::Semoga pertambahan usia kita diiringi pertambahan amal ibadat kepadanya..::.

.::Kerry, dah tua2 ni kena matured sket nae..::.

.::hehehe..::.

.::Semoga hajat2mu tertunai::.

.::Semoga tabah dalam menghadapi ujian idup::.

.::semoga dan semoga bahagia selaluu::.

kenang daku dalam do'amu..

lupakan daku dalam solatmu..


Friday, September 4, 2009

Tanda2 taubat diterima Allah~

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya, ...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.

Astaghfirullah...
Astaghfirullah..
Astaghfirullah...

sumber: iluvislam.com