Tuesday, July 21, 2009

Isra' mikraj : menyingkap satu rahsia..

* Peristiwa menarik semasa Isra dan Mikraj yang kesan atau bukti masih dapat dilihat sekarang ialah batu terapung yang ingin mengikut Rasulullah s.a.w Isra dan Mikraj bersama. Namun ditahan oleh baginda s.a.w dan akhirnya kekallah ia bergantungan di antara bumi dan langit hingga sekarang !

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).


10 jenis siksaan dilihat nabi s.a.w

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

na'uzibillahi min zalik....

Begitulah yang diungkapkan Rasulullah s.a.w. di hadapan puterinya Fatimah dengan kata-kata: Hai anakku Fatimah! Neraka Wail buat wanita yang durhaka kepada suaminya.

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

sama-sama ambil ikhtibar sempena hari ini 27 rejab yakni isra' mikraj.

sumber: http://usharewecare.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

Bila nak update blog nie?


hati: bila nak update blog nie mek ja?

Perbualan yg tak berkesudahan~


nafsu: ala...tak yah la update, buang masa je..lagipun takde sape nak baca blog ni..

hati: huhu..ye ke, takde orag nak lawat cni..tp memang pun. sebab kurang pengisian!

nafsu: tahu takpe! hang baca blog orang len dah la...

hati: erm..mungkin kerana ilmu yg sgt cetek..ish2..mek ja, jgn ikut kata nafsu tu!

nafsu: hahaha..hati ko tu merapu.

hati: mek ja, ingat balik kuliah jiwa positif hidup bertuhan yg hang dengar!

nafsu: erkkk...

hati: hati2 dengan nafsu, ikhlaskan amalan krn Allah. Ingat mek ja, ikhlas kerana Allah, bukan krn yg lain. Amalan tak perlu dilihat tapi mesti dihayati..Amalan tak perlu banyak, tapi mesti istiqamah..Amalan usah ditunjuk, dicerita dan diheboh..mesti simpan kemas dalam kotak iman dan taqwa. Paling penting, amalan perlu elak dari perasaan riak dan sum'ah!!

nafsu: Qaalu inna lillahi wainna ilaihi roji'un...

hati: eh, pandai pulak nafsu mengucap ek?

nafsu: ZZzzzzz.....



cerita di atas adalah rekaan semata-mata antara 2 org insan yg bernama hati dan nafsu..

sekian...

-Za-

Wednesday, July 8, 2009

~Apa yang aku dapat?

Salam,

untuk renungan bersama dari ms.langitilahi. com, moga bermanfaat


Langit Ilahi Rotating Header Image

Apa yang aku dapat?

rasa tertekan kah anda menjadi HambaNya?

rasa tertekan kah anda menjadi HambaNya?

Manusia, apabila disuruh kerja, pasti di dalam kepalanya akan terdetik: “Apa yang aku dapat?”

Masa kecil dulu, bila Ummi saya suruh buat kerja, saya akan bertanya: “Ada upah tak?”

Kita pun, semasa sudah besar panjang, bekerja, kita akan mencari gaji yang selesa bukan? Manusia memang keadaanya hendakkan balasan bila melakukan sesuatu. Tidak ramai yang memilih kerja doktor kerana hendak menyelamatkan nyawa. Ramai yang memilih profession itu kerana nampak profesional, bergaji besar, dan dihormati masyarakat. Bukankah itu mahukan imbalan?

Give and take, itu situasinya. Kita berikan sesuatu, maka kita hendakkan sesuatu sebagai balasan.

Maka saya hendak anda melihat, menjadi HAMBA ILAHI juga adalah satu profession. Imbalannya amat lumayan. Percaya? Maka bukalah jiwa anda….



Saya ada satu kisah. Kisah seorang manusia diberikan sebuah kedai runcit dengan segala isinya secara percuma oleh tuan kedai runcit.

“ Kedai runcit ini, aku berikan kepada kamu dengan percuma, tanpa apa-apa bayaran sekalipun, termasuklah dengan segala isinya.” Kata taukeh kedai kepada manusia bertuah itu.

“ Aku cuma harapkan, kau jaga kedai ini dengan elok, dan gunakanlah peluang yang telah aku berikan ini dengan bersungguh-sungguh” Pesan taukeh kedai.

Taukeh kedai pergi. Maka manusia bertuah itu menguruskan kedai runcit yang dia dapati secara percuma. Dia sungguh bersyukur, diberikan peluang sebegitu rupa. Memang, menguruskan kedai runcit agak sukar. Ada orang cuba sabotaj, ada halangan di tengah perniagaaan, dan kadangkala untung, kadangkala rugi. Namun manusia bertuah itu tidak putus asa. Saban waktu dia merancang, gigih melaksanakan perancangannya dan dia terus berusaha, usaha dan usaha.

Akhirnya, kedai runcitnya maju. Ramai manusia berkunjung membeli barangan di kedai runcitnya. Kedai runcitnya menjadi terkenal.

Satu hari, tanpa disangka-sangka, dia dipanggil oleh orang yang telah memberikan dia kedai runcit itu secara percuma.

“ Hei manusia, aku lihat, kau menguruskan kedai runcit aku dengan bersungguh. Jatuh bangun kau tidak sama sekali membuatkan kau berputus asa. Kini aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang kedai runcit itu maju dan semakin banyak untungnya. Tahniah” Tuan kedai runcit yang lama itu berkata.

Lelaki itu, walaupun dipuji sedemikian, dia keresahan sebenarnya. Di dalam pemikirannya, dia kehairanan kenapa tuan lama kedai runcitnya itu memanggilnya secara tiba-tiba. “ Tuan hendak ambil semula kedai runcit itu?”

“ Ya” Dan jawapan itu mengejutkan.

“ Tapi, bukan dengan percuma. Aku beli kedai runcit kau itu dengan segala isinya. Kemudian, aku berikan kau pula sebuah pusat membeli belah yang berkali ganda lebih besar dari kedai runcit kecil itu, siap dengan segala isinya, kemudahannya, pekerjanya, barangannya, untuk kau. Semua itu, aku berikan secara percuma. Kau dapat wang yang aku bayar sebab beli kedai runcit itu, dan kau dapat juga pusat membeli belah yang besar dan segala isinya itu”

Wah wah… Lelaki itu memang bertuah. Seronok kah menjadi lelaki itu?

Mungkin kamu akan mengetawakan saya dan berkata: “ Dalam cerita boleh la. Realiti mana ada orang nak bagi begitu”

Hu hu… Saya juga mengetawakan anda jika anda mengetawakan saya.. Memang, manusia tidak akan ada yang hendak berbuat begitu. Jika ada pun, mungkin 1 dalam 100 juta.

Tetapi YANG MENCIPTAKAN MANUSIA berbuat demikian. DIA ‘sedang’ berbuat demikian. Malah lebih lagi dari demikian..

DIA memberikan kita tubuh badan, roh, nyawa percuma. DIA memberikan kepada kita dunia ini dengan percuma. DIA memberikan kita dunia dan segala isinya, oksigen, tanah tanih, rumput-rumput, pokok-pokok, sistem-sistem, bintang, planet, ibu ayah, teman, anak, isteri, suami, kegembiraan, keceriaan, kedukaan, kesenangan, dan pelbagai lagi nikmatNya yang tidak terkira dengan percuma.

“ Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” An-Nahl ayat 18.

Kemudian DIA mempertanggungjawab kan kepada kita dengan semua perkara percuma ini, agar kita menggunakannya sebaik-baik penggunaan.

DIA berfirman, DIA hendak ‘membeli’ segala apa yang DIA berikan kepada kita ini dan memberikan kita Syurga.

“ Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang beriman diri mereka dan harta-harta mereka dan untuk mereka adalah syurga…” Surah At-Taubah ayat 111.

Itulah yang akan kita dapat.

Hidup manusia juga ada jatuh bangun, DIA bersabar dengan jatuh bangun kita. Malah menjanjikan cintaNya untuk sesiapa yang jatuh kemudian bangun semula.

“ (semua akan celaka)Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan tidak akan dizalimi(dirugikan) sedikit pun. Yaitu syurga ‘adn yang telah dijanjikan oleh TUHAN Yanng Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya, sekalipun(syurga itu) tidak nampak(sekarang) . Sesungguhnya, (janji ALLAH) itu pasti ditepati” Surah Maryam ayat 60-61.

Kamu bertanya apa yang aku dapat bila taat kepada ALLAH SWT, tunduk pada perintahNya, hidup mencari redhaNya, bertahan meninggalkan laranganNya?

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.” Surah Al-’Ankabut ayat 58

Kamu akan dapat seperti mana apa yang saya cerita, bahkan lebih lagi sehingga menjangkau perkara-perkara yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran kamu.

Bagaimana profession sebagai HambaNya? Lumayan bukan imbalannya?

Apa yang kamu dapat bila kamu ingkar kepadaNya?