Tuesday, July 20, 2010

Mulakan dengan namaNya..

"Mulakan setiap pekerjaan anda dengan lafaz BISMILLAH..Rahmat Allah akan terputus pada pekerjaan yang tidak dimulakan dengan namaNya.."
-Ust. Hasrizal Abd. Jamil, ikim.fm 7.30pg
Baru2 ni, saya ada mengikuti tazkirah Ustzh Raudhatul Firdausi. Ustzh kata, sblm masuk rumah jgn lupa baca doa masuk rumah. Sebelum ke tandas, jgn lupa berdoa..dan sebelum makan sebutlah nama Allah... Apa ya sebenarnya khasiat baca doa-doa ini?

1. Doa Masuk Rumah

Di mana pun kita berada, kita akan dikelilingi oleh makhluq2 Allah yang lain termasuklah yang ghaib (yakni terhijab dari pandangan mata kasar). Hanya hamba2 Allah yang terpilih sahaja dapat melihatnya. Kalau kita baca doa masuk rumah dengan penuh penghayatan, syaitan2 yang mengikuti kita dari office dan sepanjang perjalanan ke rumah, tidak dapat ikut kita memasuki rumah.. Secara tidak langsung, kita dapat menghindar rumah kita dari dihuni oleh makhluk tersebut.

Erm, kadang2 terfikir juga, ada org yang balik rumah dalam keadaan marah2.. Bila masuk rumah, dia lagi rasa nak marah..kemarahan yang seolah2 tiada penghujung..mungkin dia terbawa syaitan office tadi balik kerumah dia..atau mungkin juga dia terbawa syaitan yang sama2 berada dalam tren ke rumahnya..

Perasan atau tidak, kadang2 bila kita masuk ke rumah yang dibacakan ayat-ayat Allah dan tidak dihuni oleh syaitan dan Jin kafir, sebaik sahaja kita melangkah masuk ke rumah itu, ketenangannya amat terasa walaupun mungkin tidak berapa kemas..


2. Doa Masuk Tandas

Sedarkah kita bahawa setiap hasil buangan kita itu akan menjadi mknn syaitan dan makhluk halus? Apabila kita masuk tandas tanpa membaca doa, seolah-olah kita memberi mereka mkn. Bila makhluk2 tersebut sihat dan kenyang, maka mudah lah mereka mengganggu kita. Mungkin sesetengah dari kita merasa lucu dengan kenyataan ini, tapi bagi hamba2 Allah yg terpilih untuk melihat makhluk2 ini, mereka boleh nampak.. Pernah seorang hamba Allah terlihat makhluk itu telah sedia ternganga di mangkuk tandas ketika ingin memasuki tandas..Apabila dibacakan doa beberapa kali, barulah makhluk itu pergi..



3. Doa Makan

Sesuatu mknn yang dijamah tanpa dibacakan Bismillah, mknn tersebut akan dipenuhi dengan najis2 dan muntah2nya syaitan..Terfikir juga dengan masalah hati benak dan sukar menerima ilmu, mungkin masalah ini ada kaitan dengan baca doa mkn..

Sebab itu lah islam menegah kita membiarkan mknn terdedah.. Selain dihinggapi makhluq2 nyata (lalat, lipas, cicak) ia juga akan di datangi makhluq2 ghaib.. Maka tanpa Bismillah, akan hilanglah berkat dan rahmat dr mknn tersebut. Daripada ia bertujuan memberi tenaga, akhirnya ia menyumbang kepada kemalasan demi kemalasan...



Allahu akbar...Bagaimana pula dengan mknn yang dijual dipasar mlm dan ditepi2 jalan?

Islam itu agama praktikal..

Allah uji kita dengan pelbagai ujian, kemudian Allah hadirkan juga panduan dan kaedah penyelesaian..

Yuk kita mulakan dengan 3 cara mudah ini..
  1. Baca doa masuk rumah
  2. Baca doa masuk tandas
  3. Baca doa makan
 Kemudian, beristiqamah lah..


عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم
.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. 
 
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

2 comments:

Noor Asyila said...

perkara mudah yg diambil enteng oleh ramai org. tapi inilah asas2 dlm Islam kan.

syukran jazilan ya ukhti :)

Za's said...

yup..pahala2 kecil membawa kepada pahala yang lebih besar...