Wednesday, August 26, 2009

JoM KeJaR PaHaLa..!!




KaLaU oRaNg PeRaK CaKaP "Kejor yoep kejor"..

KaLaU oRaNg KeDaH CaKaP "Kejaq ceq, p kejaq deras2"..(yg ni men belasah jer)

KaLau oRaNg KeLanTan CaKap...

erk..ape ye? "jom kito ambak" kott....hihi (ni dgn bantuan iera elani. kalau salah, sile salahkan dia..huhu)

ape pun yang diorang cakap ttg "kejar", itu bukan perkara pokok..perkara pokok yang nak saya bicarakan disini ialah macam mane kita nak kejar pahala ramdhan ni?

Rasanya semua orang dah sedia maklum, pahala yang Allah gandakan dalam bulan ramadhan ni berlipat2 lipat dan lipaatt kali ganda.. Kalau diibaratkan dalam bentuk harta, mesti org akan berebut2 nak kutip. Ramdhan ni bulan "Mega Sale" pahala..

Kalau hari biasa, kita baca Quran dapat 10pahala untuk satu huruf. Tapi dalam bulan ramadhan Allah gandakan pahala kepala 70 gandaan..untuk satu huruf saje. Kalau satu ayat? kalau satu mukasurat? Erm..hitung2kanlah sendiri yea..

Selain itu, banyak lagi pahala lain yang boleh kita cari.

Contoh:
1. Berkata dengan kata-kata manis.
2. Memberi mkn berbuka kepada saudara2 islam lain.
3. Sedekah (termasuk memberi senyuman dan salam).
4. Solat berjemaah. (antara golongan yang akan diberi naungan oleh Allah pada hari tiada naungan selain naunganNya ialah seseorang yang hatinya terpaut pada masjid2.)
5. Bertadarus
6. Pergi majlis Ilmu
7. dll

Majlis Ilmu

Tentang majlis ilmu ni, kalau kita niat nak g majlis ilmu, Allah akan beri satu pahala.
Apabila kita menjejakkan kaki ke majlis ilmu, para malaikat akan mendoakan kita.
Dan apabila kita menghayati dan mengamalkan ilmu tersebut, kita dapat pahala lagii..
dan kemuncaknya apabila kita menyampaikan ilmu tadi kepada orang lain, Selagi mana orang tersebut mengamalkan ilmu yang kita kongsikan tadi, selagi itulah pahala akan mengalir kepada kita.....

MasyaAllah..MAHA PEMURAH ALLAH....

Antara lima kelebihan ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

Kita bimbang, kita tergolong dalam golongan ini..nauzubillah..

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. berkata, "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam"

(Riwayat Ibnu Majah, An-Nasai, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain. Menurut As-Suyuthi, bertaraf sahih)

Rasulullah mewasiatkan supaya kita memperbanyakkan doa ini apabila datangnya ramadhan..

"Allahumma innaka 'afuwwun kareem, tuhibbul 'affwafa fa'fu'anna, wa 'an walidiina wa 'an jamii'il muslimin walmuslimat..Birohmatika ya Arhamar Rohimin."

Ayuh kawan2 kita kejar yuk!

Monday, August 24, 2009

Ramadhan kareem~



SaLaM RaMaDhaN...

Meriahkan ramadhanmu dgn ibadah..(pesta ibadah org kata..)
Cakap pasal meriah nie, tadi terbaca satu email dari seorang sahabat.
Beliau kata, "Alangkah malangnya orang yang bersolat dimasjid dengan niat nakkan kemeriahan.."
Perkara ini, kdg2 kita terlepas pandang. Kita slalu dengar org kata,
"Solat kat rumah takde ruh la..ngantuk jer"
Adakah dengan solat di masjid, ruh bersolat itu datang? Ataukah ruh yang sama itu jugalah turut 'memeriahkan' kita di masjid..

Sepatutnya begini: "Aulakan solat subuh berjemaah"
Tapi jadi begini: "Utamakan solat terawih yg meriah"

Apa pun, setiap amal perbuatan itu dikira dgn niat..
Ya Allah, semoga amalan puasaku dan amal ibadat sunatku Engkau terima..RedhaMu ku pohon Ya Allah..

Kadang-kadang iman kita ni ibarat pen baru..kejap dakwat ada, kejap dakwat hilang..atau kejap2 dakwat putus2..kena Quality Control sokmo-sokmo nae..

So, nak nasihat kat diri sendiri sebenarnya..

Sekian..

Wednesday, August 19, 2009

Bagaimana rupa agama islam?

Paparan saya (penulis asal), Tafsiran anda...

Bagai mana RUPA agama islam?

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagai manakah bentuk rupa ugama islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA.

Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..Yg man a, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.
Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?

aku kata:
Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.
kenapa?

kerana kat situ ada amalan pasar malam;

Apa amalan pasal malam?

Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!

Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat me man g mac am negara islam…sesetengah tempat me man g mac am se mac am… mac am setan!!! .oh..tepuk dada tanya i man …

Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…

Pertama
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU (kat rumah)

La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. .

"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,


RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…"

(Lagu :peristiwa akhir zaman )

Sekarang ni, trend org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang, maklumlah ada cerita "Super man return"(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!

Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada syaitan (lebih kurang maksud):

"Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)
"terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?"

Dah tentu aku jawab :

"aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"

Oh…

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)

-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.

( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )

-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu

maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)

-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu
maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagai man a?)

huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…

Maafkan aku kerna membebel mac am mak nenek…oh..

Kedua
ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT
Dulu 2 pada za man sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...

ingat pesan Kak Pah:
"carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam"…
isk..isk..

Ketiga
ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat, atau apa?
budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)

-Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!

aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
(oh..ummat masih menderita…)
-----------
-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!

aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman !!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku)
oh…

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya…

aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!

Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan ramat untuk kampung itu,

Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r.ha)

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…

AMIN..YA ROBBULALAMIN…


(ehsan dr penulis asal)


Renung-renungkan dan selamat beramal....

“Anda mampu mengubahnyer. ..”

Al Hadith sempena pilihanraya kecil~


Daripada Aisyah r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku demikian:

"Ya Allah, barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia membuat kesengsaraan pada mereka, maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia menunjukkan kasih-sayang kepada mereka, baik ucapan atau pun perbuatannya, maka kasih-sayangilah orang itu."

(Riwayat Muslim)

Al-hadith: rumah free~

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Saya memberi jaminan sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbantah-bantah, sekalipun ia berada dalam kebenaran, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta, sekalipun dengan maksud bersenda gurau, demikian pula sebuah rumah di tanah tinggi syurga bagi seorang yang memperbaiki budi pekertinya."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Azza'im ertinya seorang yang memberikan jaminan. Makna aslinya ialah pemimpin.

Friday, August 7, 2009

ambillah pengajaran..



Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :

" Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah. Kata-kata manis juga sedekah. Tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada hadith nie, saya nak kongsi dua peristiwa.

Peristiwa satu:

Ketika saya sedang mendaki anak tangga menuju ke pejabat, saya berselisih dengan seorang warga IMR berbangsa cina (sy bahasakan Miss). Kebetulan ketika itu terdapat seorang kakak cleaner yang sedang membersihkan tangga. Miss yang berselisih dengan saya tadi kemudian menyapa kakak cleaner tersebut dan berkata, "Selamat pagi bu."

Aduh, malu sungguh dirasa. Saya yang beragama islam pun tidak menyebarkan ucapan salam sebagaimana dianjurkan Rasulullah. Saya amat memuji perilaku Miss tersebut. Alangkah indahnya jika amalan sebegini menjadi rutin harian kita..

Peristiwa dua:

Hari berikutnya, setelah selesai mendaki anak tangga menuju ke punch clock (Sengaja saya letakkan punch kad di atas supaya saya dapat excercise pagi2 panjat tangga..hihi). Saya terserempak dengan seorang hamba Allah, juga warga IMR yg hendak mengetipkan kadnya di punch clock tersebut. Dalam suara samar-samar saya dengar dia membacakan kalimah basmalah sebelum memasukkan kad ke dalam punch clock tersebut. MasyaAllah, satu lagi amalan rutin yang kadang kala sering saya abaikan..

Astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah..

Cukuplah 2 perkongsian tersebut, sebagai mengingatkan kita ttg amalan2 kecil yang sebenarnya memberi impak yang besar terhadap hati kita..

Mulakanlah setiap langkahmu dengan bismillah..
Sebarkanlah salam kepada saudara seislam kita..

Dari Abu Huarairah r.a beliau mendengar nabi bersabda, " Tidak akan masuk syurga seseorang yang tidak beriman, dan tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan bagaimana untuk berkasih sayang?" Rasulullah kemudian berkata, "sebarkanlah salam"..

(hadith ni ana dengar dari radio ikim.fm pagi tadi, terlupa riwayatnya..)

SeLaMaT BeRaMaL...!

Tuesday, August 4, 2009

Al-Hadith: Cara Nabi Memberi Perhatian




Daripada Abu Rifa'ah iaitu Tamim bin Usaid r.a., katanya:

"Saya sampai kepada Nabi s.a.w. dan waktu itu beliau sedang berkhutbah, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang yang gharib ( asing yakni bukan penduduk negeri itu ) datang untuk menanyakan agamanya yang ia tidak mengerti apakah agamanya itu."

Rasulullah s.a.w. lalu menghadap kepada saya dan meninggalkan khutbahnya, sehingga sampailah ke tempat saya. Beliau s.a.w. diberi sebuah kursi kemudian duduk di situ dan mulailah mengajarkan dari apa-apa yang diajarkan oleh Allah kepadanya. Selanjutnya beliau mendatangi tempat khutbahnya lalu menyempurnakan khutbahnya itu."

(Riwayat Muslim)

Benarlah sabda nabi ; "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia"

Mulianya akhlaq nabi. Jika dibandingkan dengan kita? Jauh panggang dari api. erm..tapi panggan dan api mungkin tidak cukup jauh.

Mmm..perbandingan akhlaq nabi dan akhlaq kita ibarat langit dengan bumi..ha, yg ini baru sesuai..

Sahabatku yang bergelar pendidik; adakah anda mengamalkan akhlaq nabi ini?

Sahabat2ku yang bergelar ibu bapa; adakah kita memuliakan persoalan2 yang ditanya oleh anak2 kita sebagaimana Rasulullah memuliakan sipenyoalnya?

Sahabat2ku yg bergelar lawyer/doctor/engineer/officer adakah kalian memuliakan org bawahan kalian sebagaimana Rasulullah memuliakan para pengikutnya?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Apapun, semoga kita semua dikurniakan kesabaran sebagaimana sabarnya nabi Daud a.s..

Orang yang menghormati org lain akan dihormati! Tak percaya? cubalah..:)

Siiru 'ala barokatillah~