Monday, November 2, 2009

Hebatnya iman Abu Bakar~

Assalamualaikum adik2,

Bertemu lagi kita dalam rancangaannn, ust zamri kak za bercerita..:p
hihi, gurau je tu adik-adik..kak za ni tak pandai sgt bercerita. Satgi drpd cerita tu menarik,bila kakza cerite je, terus jd tak menarik..:p

Seperti yang pernah kakza janjikan, kakza nk kongsikan dgn adik2 kisah iman Saidina Abu Bakar.. Sape nk dengar, sila angkat tangan..!

kakza tahu, takkan ada sape yang nak angkat tangan :p

tapi, tak kesah lah, nak cerita jugak..

kisahnya begini:

.....................................

Pada suatu hari, Rasulullah dan para sahabatnya berkumpul di masjid setelah selesai menunaikan fardhu subuh secara berjemaah.

"Siapakah antara kamu yang berpuasa pada hari ini?" tanya Rasulullah kepada sahabat2nya.

Semuanya terdiam. Nabi Muhammad s.a.w bertanya sekali lagi. Namun tidak ada yang berani menjawab. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya buat kali ketiga. Maka Umar Al-Khattab menjawab, "Malam tadi saya tidak berniat untuk berpuasa. Oleh itu saya tidak berpuasa pada hari ini."

"Bagaimana pula dengan yang lain?" Tanya Rasulullah lagi.

"Sama seperti jawapan Umar" jawab mereka.

"Siapakah antara kamu yang sudah menziarahi orang yang sakit pada hari ini?" Tanya nabi Muhammad lagi.

"Kami masih berada di dalam masjid selepas sembahyang subuh. Bagaimana kami hendak menziarahi orang yang sakit?" Jawab satu suara dari celahan orang ramai.

Nabi Muhammad menyambung pertanyaan baginda, "Baiklah. Siapakah antara kamu yang sudah bersedekah hari ini?"

"Wahai Rasulullah, kami masih belum keluar dari masjid. Bilakah pula kami dapat bersedekah pada hari ini? Jawab satu suara lagi.

Kemudian Abu Bakar pun menjawab, "Wahai Rasulullah, saya berpuasa pada hari ini. Sebelum datang ke masjid pagi tadi, saya singgah di rumah Abd. Rahman bin 'Auf yang sakit. Semasa berjalan ke masjid tadi, saya terjumpa seorang peminta sedekah lalu saya berikan sekeping roti."

Nabi Muhammad s.a.w gembira mendengar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq lalu berkata, "Bergembiralah kamu dengan syurga. Bergembiralah kamu dengan syurga."

Sekian sahaja cerita untuk hari ini...

MasyaAllah, hebatnya iman Saidina Abu Bakar... Di ketika lain, rasulullah pernah berkata,
"Sekiranya ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat manusia, nescaya lebih berat iman Abu Bakar."
Lepas ni, adik-adik jgn berebut nak nama Abu Bakar pulak.. Tetapi, berebutlah untuk menjadi hebat sepertinya. Bayangkan adik-adik, sebelum subuh lagi Saidina Abu Bakar telah melaksanakan 3 tuntutan agama yang kakza rasa susah untuk kita laksanakan pada masa ini..Tapi ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan kann??

Berjumpa lagi kita di entry yang akan datang..

Salamun 'alaikk..

No comments: