Thursday, November 19, 2009

Hati gelisah?

Salamun 'alikk...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum memulakan entry nie, mari sama2 kita baca doa dulu..

"Ya Allah, Engkau hadirkan kepada kami, perasaan cinta kepadaMu.."
"Ya Rahman, kami mohon padaMu supaya ditetapkan hati kami dijalan yang Engkau redhai.."
"Ya Rahim..kurniakanlah kami pasangan yang mendamaikan dan mencintaiMu lebih daripada dunia dan isinya.."

Ameen... (doa yg last tu khususan ila...)

Malam tadi setelah menjamah sedikit (banyak sikit) makanan yg dimasak oleh roommate di dalam rice cookernya (iaitu mii segera) , saya terus bergerak ke majlis usrah sahabat2 nisa' wangsa maju..

Alhamdulillah, usrah berlangsung selama 2 jam, tapi rasa macam-mace input dapat daripada ahli2 panel samada bertauliah ataupun tidak bertauliah..hehe

Saya seperti biasa menjadi pendengar setia ke atas setiap input2 yang diterima..Untuk melontarkan pendapat sendiri tatau laa bila..Physicaly and mentally yet not ready..Kalau dah ready pun, rasa macam tak layak lagi..Banyak lagi kekurangan yang perlu dimuhasabah..huhu...

Saya sekadar nak kongsikan 2 buah cerita. Satu cerita diceritakan oleh Madam Suria..Satu lagi kisah Zuhud yang dikongsikan oleh Kak Durrah and the geng..Eh, bukan2..Madam Suria juga pencetus kisah zuhud, kemudian disambung oleh Kak Durrah dan Ain..(kalau tak salah ingat)

Kisah 1,

Seorang sahabat datang berjumpa Abdullah Bin Mas'ud. Dia mengadu kepada Abdullah bin Mas'ud, hatinya gelisah dan sering tidak tenang.

Abdullah kata, "Sekiranya jiwa kamu tidak tenang, maka bawalah diri kamu ke tiga tempat,
Pertama: Bawalah dirimu ke tempat membaca Al-Quran. Samada kamu baca bersama, atau kamu sekadar mendengar.
Kedua: Pergilah ke tempat2 pengajian atau majlis2 zikir yang boleh mengingatkan hati kita kepada Allah.
Ketiga: Carilah waktu dan tempat yang sunyi, kamu solat dan mohonlah kepada Allah ketenangan jiwa."

"Sekiranya ketiga-tiga cara ini tidak berhasil, kamu berdoalah kepada Allah supaya Allah tukarkan kita dengan hati yang baru.."

Demikianlah nasihat Abdullah bin Mas'ud kepada sahabatnya..

Erm, macam tu la cara nak mengatasi kegelisahan hati yg di ajarkan oleh Islam. Jangan ada antara kita yang mencari ketenangan hati di tempat2 maksiat...

Ada juga yg bertanya, berkesankah??

Abdullah bin Mas'ud sudah pun menjawab permasaahann tersebut di akhir kata-katanya, "Sekiranya ketiga-tiga cara ini tidak berhasil, kamu berdoalah kepada Allah supaya Allah tukarkan kita dengan hati yang baru.."

Maksudnya, hati yang dok ada tu, mmg dah sangat bermasalah...

Mudah-mudahan Allah gantikan dengan hati yang baru...

Kisah 2??

...to be continue...

3 comments:

Nadiah Sidek said...

le..main smbung2 lak dia :p

Za's said...

hehe...baru la suspen..ahhaha..

Shakina Farhan said...

mau cari ketenangan??ad di sebelah anda shj..sakinah..haha..gurau aje..