Friday, October 21, 2011

Peralihan..

Alhamdulillah..

Impian lama sudah menjadi kenyataan..

Selama setahun saya bertahan dan bersabar dengan pekerjaan semasa, akhirnya penantian saya tidak sia-sia.
Allah itu Maha Kaya, Maha Adil dan Maha Pengasih..DIA mendengar segala rintihan hambanya..
DIA tidak pernah mensia-siakan doa hamba-hambaNya. Dia sayang kepada hamba-hambaNya walau hambaNya sering lupa akan DIA. Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..Syukur ya Allah..

Terasa malu untuk meminta lagi walau hakikatnya Allah itu teramat suka kepada hamba yang meminta.. Adakah diri ini masih layak untuk meminta-minta lagi daripadaNya?
 
Jasad dan roh ini telah hidup dibumi Allah selama 26tahun dan lebih, namun diri ini masih belum tahu menilai sejauh mana kemampuan diri. Belumpun memulakan sesuatu, hati terus tertanya-tanya adakah dikau mampu Ieja? Allahuakbar...selama beberapa hari ini, kepalaku memikirkan segala macam kemungkinan. Susah benarkah untuk dikau menyerahkan segalanya kepada Maha Kuasa?

Tidak dinafikan, setelah mendirikan rumah tangga, diri ini sedikit sebanyak semakin hanyut. Terlalu leka dan terlalu enak berada di zon selesa. Hampir sepuluh bulan hidup di zon selesa, ditekan beberapa kali di office namun tekanan yang tidak seberat mana. Kadangkala tertekan dengan kedudukan rumah yg jauh dari tempat kerja.

Keadaan ditempat kerja mungkin berubah. Tekanannya juga akan bertambah, masih mampukan diri ini bertahan? Mengharap bantuan 'teman' untuk meringankan beban, namun adakah ianya pula menimbulkan bebanan lain terhadap 'teman'?

Terasa seolah-olah diri ini tersepit dalam imaginasi sendiri. Memikir terlalu jauh kedepan, seolah-olah menafikan takdir yang telah ditetapkan. Namun hidup tanpa perancangan itu lebih parah.

Mengharapkan bantuan dan kekuatan. Terasa kekuatan dalaman semakin terhakis. Mungkin disebabkan kelekaan dan keberadaan di zon selesa. Ya Allah, aku tidak memohon berada di zon tekanan, aku cuma mengharap kekuatan setelah berada di zon tersebut. Bimbang sekiranya aku tidak mampu bertahan disebabkan terlalu lena di zon selesa..

Ampuni hamba Ya Allah..Setelah khatam beberapa episod suka duka pahlawan dan sahabat-sahabatNya. Aku kini seperti lahir semula.. Kagum dengan kepahlawanan dan kehambaan mereka..

Kredit kepada penulis..Kredit juga buat adikku robi yang mencetus semula semangat lama yg kian pudar. Semoga azam kali ini menjadi kenyataan lagi..

Sesungguhnya pengorbanan sahabat-sahabat nabi jauh lebih bermakna..

#postlamatataubila

Thursday, October 13, 2011

Resign dan masalah...

Saya mahu bercutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............

Tapi bila??

Monday, August 15, 2011

.::Bernazar dengan maksiat::.

Dari Imran bin Hushain r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
”Tidak boleh melaksanakan nazar yang berupa maksiat dan tidak boleh orang melaksanakannya.”

(al-Bukhari)

Huraian

1. Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.

2. Perkara yang dinazar hendaklah merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di mana Islam tidak membenarkan umatnya bernazar dengan perkara yang telah diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Contohnya seseorang itu bernazar untuk makan, minum, tidur dan sebagainya.

3. Perkara yang dinazarkan juga janganlah terdiri daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan seperti bernazar untuk mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.

4. Islam juga melarang kita bernazar dalam perkara yang makruh atau diharamkan seperti membunuh, berzina dan sebagainya. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan lagi termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah malah perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.

5. Selain itu adalah tidak sah hukumnya orang yang bernazar secara dipaksa.

Wednesday, August 10, 2011

Zakat fitrah melalui SMS

Berikut dilampirkan sekali lagi cara-cara untuk melakukan zakat fitrah dengan menggunakan sms..
Boleh tengok di-->sini

Buah rambutan isinya manis,
Warnanya merah menyala,
Puasa Ramadhan cukup sebulan,
Zakat fitrah jangan dilupa..

Ermm..mcm ada yang tak kena dengan pantun di atas...

Daun pandan daun pegaga,
Satunya wangi, satu lagi berkhasiat,
Bulan ramadhan bulan mulia,
Marilah sama-sama kita berzakat...



Renung-renungkan dan selamat beramal!

Friday, August 5, 2011

Berbuka yang diharuskan..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”

Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

ii) Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada diri atau pun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.

iii) Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada’kan semula puasanya di bulan yang lain.

iv) Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa, maka tidak wajib qadha dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis rasulullah s.a.w menyebutkan yang maksudnya:” Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" ( Bukhari dan Muslim).

v) Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.

Wednesday, August 3, 2011

.::RaGaM-RaGaM SoLaT::.

Sambil


Firman Allah S.W.T:

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang -orang yang beriman."

(Surah An-Nisa': 103)

*kartun ini saya dapat di http://karyamatahati.blogspot.com/
Method dakwah yang santai dan sangat sesuai untuk remaja..Pemilik blog adalah seorang muslimah yang mengenakan jilbab..MasyaAllah! Semoga Allah merahmatinya..

Tuesday, August 2, 2011

MaCaM-MaCaM KaReNaH RamaDhaN..

Artikel ini pernah saya kongsikan dahulu..sekadar penyegar minda..


Kisah 1:

Seorang tok Imam sedang mengaji di Masjid Kampung di ibu kota..

Tiba-tiba masjid tersebut didatangi oleh seorang hamba Allah yang 'berada' bersama kereta Mercedesnya.. Pon pon...pon pon.. Hon dibunyikan oleh pemuda tadi. Tok Imam ni pun berhenti mengaji dan pergi ke belakang melihat siapakah gerangan yg menjadi tetamunya petang ini. Sesampai di kereta, boot kereta dibuka dan tok imam terus la melihat apa yg ada di dalamnya.. Ada pisang untuk juadah berbuka..

Lalu tok imam pergi kehadapan dan berjumpa dengan hamba Allah yg baik hati itu. Terkejut tok imam bila melihat hamba Allah tu pakai seluar pendek je!Tok imam pun tak jadi ambil pisang tu. Dia tutup boot kereta lalu berkata, "Hang pi juai pisang ni, pastu hang pi beli seluaq panjang buat pakai..Sedekah ni sunat, tutup aurat tu wajib!"

ishk3...haru!

Moral: Dahulukan yang wajib, baru ditambah yg sunat..mmg, bagi mkn org berbuka, kita dapat pahala sama byk dgn org berbuka tanpa mengurangkan sedikitpun pahala mereka.. Tetapi, alangkah molek sekiranya kita juga berpuasa! dan menjaga batas2 aurat kita..

Kisah 2:

Suatu petang di Bazaar Ramadhan di bandaraya Ipoh..

Saya, adik2 dan emak pergi ke Ipoh untuk mencari sesuatu.. Apabila petang, kami dijemput untuk berbuka di rumah sepupu saya di Ipoh.. Bincang punya bincang, kami setuju untuk berbuka di sana. Sebelum ke rumah sepupu, kami singgah di bazar ramadhan berdekatan Stadium Ipoh. Selesai memarkir kereta, emak dan adik2 pun keluar mencari beberapa kuih sebagai juadah berbuka. Saya hanya menunggu dikereta kerana sudah kepenatan berjalan.. Sambil menunggu, saya menelaah buku Transformasi Ramadhan yang dibawa..

Alangkah terkejutnya saya, bila terlihat ada penggerai yg dengan slumber nya mkn kat dlm van di tepi jalan. Lelaki dewasa pulak tu! Alahuakbar.. Malang sungguh saya kerana tiada menyimpan no. telefon JAIP ketika itu.. Dan sekiranya ada sekalipun, mungkin pejabatnya sudah tutup.. Kepada warga Ipoh yang membaca cerita ini, lakukanlah sesuatu! Boikot penggerai itu! Jangan sampai kita dikira bersubahat kerana membeli di kedainya..Kalau bukan kita yang bertindak, siapa lagi kan? Biar dia rugi kat dunia lagi.

Moral: Org perempuan yg takleh puasa pun takdak la sanggup mkn secara terbuka! Kalau Upin dan Ipin tahu nie, mesti depa kata, "Geeeram, geram, geram....elok sunatkan lagi sekali aje atok dan pakcik tuu..!"


Kisah 3:

Tazkirah selepas rakaat keempat terawih.

Kali kedua saya pi terawih di surau yg ada tazkirah pada rakaat keempat. Kagum dengan semangat ahli qariah yang berebut memenuhkan surau untuk merebut pahala di bulan ini! Sehingga ada sahabat saya yang terpaksa mencari surau lain untuk berterawih.. Saya suka cara surau ni buat tazkirah. Bagi saya, ada dua kelebihan bila kita buat tazkirah selepas rakaat keempat:

Pertama: Mustami'iin (pendengar) yang ramai..

Kedua: Sesuai dengan konsep terawih yg bermaksud berehat-rehat. Tak perlu terkejar-kejar..buat 8 rakaat dah cukup, tapi ada pengisian. Cuma, ustaz yg dipilih tu mesti lah yg bersesuaian.. Iyalah, saat kemuncak mengantuk kan masa tu...

Kisah 4:

Saya seronok tengok keadaan surau2 yg dipenuhi manusia dalam sepanjang perjalanan pulang ke kotaraya pada malam isnin yang lalu. Namun jauh di dalam hati saya tertanya-tanya, adakah keadaan yg sama berlaku pada mlm2 lain di sebelas bulan berikutnya?

Kekuatan umat islam dapat diukur pada ramainya yg solat subuh secara berjemaah..

Saya ingin menyeru (bagi pihak kerajaan), ayuh kita meramaikan umat! huhh.. (ada kaitan ker?)
Tapi, kalau ramai umat tak berkualiti pun, susah juge kan?

Kita hakikatnya belum kuat..

owh..Malaysiaku...

Monday, August 1, 2011

Motivasi Ramadhan 1: Carilah Hati


“Carilah hatimu di tiga tempat:

1. Ketika membaca al-Qur'an
2. Ketika solat
3. Ketika mengingat kematian.

Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, kerana engkau sedang tidak mempunyainya!”

-Imam Al-Ghazali-

Thursday, July 7, 2011

¬Selamat Tahun Manis¬

Sejak dari malam tadi tidurku diiringi senyum kerana suami dan sahabat2 mendoakanku sempena tahun manis yang entah berapa manis..

Terima kasih semua..Hanya Allah yang dapat membalasnya..

Azam dan doa saya setelah berusia dua puluh-an ini:

1. Menjadi hamba Allah yang taat
2. Menjadi isteri yg berbakti pada suami dan membahagiakannya (solehah tu mcm jauh lagi nk capai)
3. Menjadi anak/adik yg berbakti kepada org tua, org yg lebih tua dan mentua
4. Menjadi kakak yg sgt sweet :p
5. Menjadi muslim yg berbakti kepada masyarakat
6. Menjadi pendidik kepada anak2 mahupun anak bangsa
7. Menjadi Ibu
8. Tak menjadi ayah
9. Menjadi cikgu Matematik (ni impian saya sejak di bangku sekolah lagi)
10. Menjadi-jadi (owh, yg ini harap-harap dijauhkan..)


Dan sesungguhnya saya merasakan bahwa bahasa penulisan saya sedikit sebanyak telah menjadi semakin punah dek kerana kerap menulis dalam bahasa Indonesia..Ya Allah, saya cintakan Bahasa Ibunda saya..

Akhir Kalam,
Sepotong-dua surat cinta dari nabi khas buat insan2 yang usianya bertambah hari ini..

Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: 
Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya."
(Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umurnya:
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : 
Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan."

Wa'iadzubillah..

Monday, May 30, 2011

Someone said..

Troubles are like washing machines, they twist, turn and knock us around, but in the end we come out brighter than before..


Someone also said:

Eat well

Stay fit

Die Anyway..hdehe

Monday, April 11, 2011

Rezeki...

Sungguh, anak itu adalah rezeki.

Jodoh juga rezeki..

Rumahtangga adalah rezeki..

Kefahaman juga rezeki..

Rezeki Allah ada di mana-mana. Tuhan yang Razzaak, Maha Pemberi Rezeki.

Dan rezeki antara kita dan mereka berbeza.


SITUASI 1

"Bila nk kawen?" Tanya seorang teman satu ketika dahulu..

"Entah, tunggu jodoh dari langit" Jawab saya acuh tak acuh, dengan (InsyaAllah) penuh yakin bahawa Allah sudah menentukan jodohku..


SITUASI 2

"Bila nk dapat baby?" Aduh, soalan sensitif ini ditanya sekali lagi..

"Tunggu anak hang lah dulu.." Jawab saya main-main..hehe


SITUASI 3 (waktu ini dah ada anak satu)

"Bila nak tambah lagi sorang?" Mungkin soklan ni akan diterima oleh siibu atau sibapa yg baru mempunyai seorang cahaya mata..


dot..dot..dot...

Soalan takkan habis sampai bila-bila dan kita tidak boleh mengelak sampai bila-bila juga..
Jadi hadapilah dengan tenang, dan jawablah dengan jawapan ceria penuh harapan dan keyakinan bahawa ini semua sudah Allah tentukan sejak azali.

Kalau kita lihat org yang di atas, mungkin kita akan merasa rendah diri & tak bersyukur dgn rezeki Allah. Cuba kita ubah pandangan kepada org yang dibawah.

"Ya Allah, sekurang-kurangnya aku sudah bertemu jodohku sedangkan mereka belum lagi."

"Ya Allah, sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai anak sedangkan masih ramai wanita yang ternanti-nanti kelahiran pertama."

dsb.

itu je nak cakap..sekian..

Syukur 21

Tuesday, April 5, 2011

Dongeng: Pemuda yang ikhlas dengan cinta..


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Monday, April 4, 2011

4.4.2011...

3.4.2011

Semalam seharian saya bersuka ria di kampung dikelilingi durian..

Walaupun hanya sehari, tapi ia cukup me'release'kan..

Hilang segala kekusutan bila balk kampung!

And ofcourse hilang dah rasa nk mkn durian kerana sudah puass...Alhamdulillah..Mkn sampai takleh tido krn kepanasan..hehe

Alamak, takleh tengok durian ni lama-lama...

4.4.2011

Mungkin ia tarikh gembira buat seseorang..Tahniah Nomie!!

Tapi tidak bagi saya..

HUhuhhuhuuu...

Ya Allah, tabahkan lah hatiku ini..

Mungkin ada hikmah disebaliknya...

Allah itu Maha Tahu..

InsyaAllah, ia yang terbaik buatmu ieja..

MODe: MoOdy...

Friday, March 11, 2011

Persamaan pembezaan...^_^



Persamaan pembezaan:
MOTIVASI = Kerja + Keluarga + Duit + Persekitaran + Iman
STRESS = Kerja + Keluarga + Duit + Persekitaran + Iman

Sunday, March 6, 2011

Kenapa DPLI??

Empat sebab kenapa DPLI...

1. Sebab bukan KPLI..:p

2. Sebab saya tak cukup budak-budak untuk ajar sekolah rendah.

3. Sebab saya kurang kesabaran untuk mengajar kanak-kanak. Tapi kanak-kanak hatinya lebih bersih? Mudah menerima berbanding remaja..ermm..

4. Sebab DPLI jer yang tengah buka. KPLI tutup lagi..hehe..

Ermm..dari kecik saya selalu main cikgu2..Sampai skolah menengah saya tak main cikgu-cikgu dah, tp slalu buat-buat pandai macam cikgu. Mana taknya, bila ada kawan2 tanya soalan dari buku latihan yang mereka beli sendiri, saya sering menyalahkan jawapan dari buku itu sekiranya jawapan yang saya dapat tak sama dengan jawapan buku. Heheh...Jadi kawan yang menanya tadi sekadar mengiakan dgn muka yg penuh curiga..

Friday, March 4, 2011

Home made video?

Erm..perkembangan yang menarik bukan?
akhir-akhir ini, rakan-rakan saya sering berkongsi di wall fb masing-masing video2 berikut.

Mula-mula memang saya tak berminat, saya rasa mereka ni mencari publisiti murahan dan hanya bersuka-suka.

tergerak untuk melihat video nie.

dan...

Thursday, March 3, 2011

Teringat zaman skolah!

Terjumpa nasyid junior skolah kami..dok cari gak senior2 punye nasyid, tapi tak jumpaa..
(dgn izin ye adik2!)

Ini dapat nombor dua rasanya, dikalahkan kumpulan izdan..



Wednesday, February 23, 2011

Kata-kata hikmah buatmu yg bergelar isteri ^_^

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.." (Hadith Nabi s.a.w)..

u/p semua isteri dan bakal2 isteri di luar sana, sebagai penilaian diri, adakah kita masih dalam pandangan Allah?

Kata-kata ini saya baca dari sharing sahabat saya amirah di wall post fbnya.

Thanks amirah for the nice sharing in tuesday morning!!

Bersyukurlah dengan suamimu kerana Allah telah jadikan dia sebagai pelengkap hidupmu..

2 minggu lagi suami saya akan menyertai kursus selama 2 bulan di KL. Syukur cuma di kl. Kalau di JB atau Jordan?

Ape pun, saya Pn.Noriza akan mendoakan yang terbaik buat En.Suhaimi...

Semoga bergraduasi dgn berjaya ya!!!

Sunday, February 20, 2011

Saya Penggemar Makanan!

Apabila perut kita lapar, kita akan isinya dengan mknn..
Apabila tekak kita dahaga, kita bagi dia air..


gambar hiasan

Tapi kalau hati kita tandus, apa yang patut kita beri ya?

Badan kita memerlukan tenaga daripada mknn. Setiap makanan yang memasuki tubuh, segala zat dan khasiatnya akan diserap untuk kegunaan tubuh kita.

Thursday, February 10, 2011

Periuk baru saya!

Sambil2 menunggu kepulangan suami, saya rasa macam nak update blog pule.. Saje nak tunjuk periuk baru..pemberian kaksue dan familynya..hehe..Katanya hadiah ni hubbynya beli kat dubai..hukhuk..Sangat excited sebelum nampak hadiah..lagi excited bila dah tgk!! hehehe..berpeluh jugak la ngangkut puyuk2 ni pusing2 KLCC td..hehe...

Saturday, January 29, 2011

Ke mana mood berblog ku pergi?

Entah kenapa, semenjak akhir2 ini, susah amat nk cari mood untuk tulis blog.. Computer Smash
Rasa rugi pun iya jugak, tapi....totally tiada idea yg canggih manggis lagi menginsafkan untuk dipost..

Monday, January 17, 2011

DOA QUNUT

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog..Tak jumpa2 idea nk update apa..hehe..yg ini sekadar berkongsi dan me'refresh' amal kita..Doa qunut ni sunat mu'akat ja dlm solat subuh..tapi fadhilat dia besar! Doa yg terkandung dalamnya penuh khasiat sekiranya kita mengamalkan dengan kefahaman dan kesungguhan..

Berikut saya sertakan makna doa qunut dan bacaannya..Tapi versi rumi jer la yer, yg jawinyer tak jumpa..
Selamat beramal!!