Wednesday, October 21, 2009

Al-Hadith : Kelebihan solat sunat rawatib~

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak update blog, actually rasa macam banyak 'mende' nak diceritakan kat ruangan ni. Tapi dek masa yang amat terbatas di alam siber, jadi cerita2 tersebut hanya berlegar di ruang minda atau kadang2 ianya berjaya dilakarkan dalam buku kecil ibarat diari(tapi takdelah macam diari sangat).

Untuk post kali ni, saya nak kongsi satu hadith ttg kelebihan solat sunat rawatib. Bagi yang belum mengetahui apa itu solat sunat rawatib, ianya ialah solat sunat yang kita lakukan sebelum dan selepas solat fardhu.

7 kali semuanya:
Sunat sblm subuh,
sblm dan selepas zohor,
sblm asar,
selepas maghrib,
sblm dan slpas i'sya

kemudian boleh tambahkan tahajud dan witir 5 rakaat semuanya. (Kalau salah tolong betulkan yea)


betapa lalainya kita dalam solat kita..

Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersembahyang kerana Allah Ta'ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga."

(Riwayat Muslim)

Terkenang saya akan salah satu modul tamrin rohani ting.2 ketika di bangku sekolah dahulu. Setiap dari kami dikehendaki mengeluarkan sehelai kertas A4 yang telah dilipat dua.

Kemudian, kami diarahkan untuk membuat 10 buah lubang (erm..saya tak pasti penjodoh bilangan ini tepat atau tidak) pada bahagian kiri kertas secara rawak. Kemudian, kami beralih pula kepada bahagian kanan kertas untuk membuat 10 lagi lubang secara rawak.

Fasilitator mengibaratkan bahagian kiri kertas adalah ibadat solat wajib kita, dan bahagian kanan kertas adalah solat sunat kita. Kemudian kesemua "black whole" (hehe) tersebut diibaratkan sebagai kecacatan atau kekurangan pahala solat kita.

Modul berakhir dengan mencantumkan/melekatkan kedua-dua kertas tersebut dan kami diminta untuk melihat apa yang terjadi kepada 20 lubang yg dibuat tadi!

Hasilnya,...MasyaAllah..hampir kesemua lubang2 tersebut tidak kelihatan. Bahagian kiri dan kanan kertas "complement each other" (eceh,saje ckp omputih. tak terror pun sbnrnye). Masing-masing menampung kelemahan masing2.

Mmm..modul yg mudah dan amat bermakna. Begitulah ibarat solat-solat sunat kita. Yang mana 'saya dan anda' perlu laksanakan. Bukan untuk bermegah2, apatah lagi dijadikan bahan bualan. Cukuplah Allah menilainya.

Berjayanya tentera sultan Muhammad Al-Fateh menjatuhkan kota Konstantinopel adalah kerana mereka dipimpin oleh seorang sultan yang soleh, tak pernah tinggal solat wajib, solat sunat rawatib dan tahajjud! Separuh dari tenteranya tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib semenjak akil baligh! Kesemua mereka langsung tidak pernah meninggalkan solat fardhu (wajib)!

MasyaAllah..hebat sungguh. Tidak mustahil mereka dianugerahi kemenangan menakluk kota itu.

Selamat beramal ieja! dan kawan2 ieja juga..Allah al-musta'an..

InsyaAllah next time kita kongsi cerita kehebatan amalan rutin khalifah rasyidin pertama kita iaitu Saidina Abu Bakar Al-Siddiq!

3 comments:

Anonymous said...

Berjayanye Sultan Muhammad Al-Fateh menawan kota konstantinopel kerana mempunyai pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Baik disini disifatkan taat pd Allah, baik pada manusia, haiwan dan ternakan.

Za's said...

terima kasih anonymous...bukan hanya sultan al-fateh seorang sahaja asbab kemenangan pembukaan kota konstantinopel, bahkan tentera dan rakyat juga baik..

wankamarul701 said...

Sebaik-baik tentera penakluk dan tentera penakluk adalah yang dapat menawan Kota Konstantinople- Maksud Hadis