Wednesday, February 25, 2009

Tazkirah Remaja: Usah buka aib sesama Muslim

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."


Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

oleh : Ust Zawawi Yusoh..

dipetik dari mymetro..


Sunday, February 1, 2009

Jalan-jalan Cari Safiyyah~

Sabtu ahad yang menggembirakan..

Apabila lama tidak berjumpa, sesekali bertemu pasti menggembirakan..Sama2 bermusafir demi matlamat dan hala tuju yang sama..Manisnya ukhuwah dirasa.Lagi manis bila dikongsi bersama..

Di kala mata sudah mula melayu, otak keletihan dan disamping perut yang kekenyangan, tiada bicara ilmiah yang mampu kuukirkan..hehe,sekadar berkongsi kisah ceria yang lama tidak bertandang di fikiran.

Teringat bisnes nasik lemak yg kak kinah bentangkan tempoh hari..Satu bisnes yg unik!! Semoga berjaya kak kinah.. Uhibbuki Fillah jiddan jiddan!hehh..nanti kalau bisnes dah berkembang, buleh la saya join venture!

Gelagat spontan kak ain yg melucukan ditambah dengan ayat2 bombastik dari amirah ghazali sukar dilupakan..bilakah lagi kita akan bertemu ya? Erm..selagi masih solo, kebarangkalian untuk bertemu akan menghampiri 1..tetapi selepas berumah tangga?? Wallahu 'alam..pengalaman tidak menunjukkan sebarang kesan positif..

Bagi syira & kak aisyah, kurag2ka 'gigit' dan 'tepok peha' org nae..to sarah, len kali bwak la kamera.leh tangkap gambar kami banyak2..and last but not least, to radieah n fata, good luck for your future dear..I will pray for your hapiness and dont forget to pray for me too..

Alhamdulillah..terasa hujung minggu kali ini terisi dengan perkara yang amat bermanfaat.. Semoga hari2 yang mendatang lebih baik dari hari ini..Ya Allah, kau tanamkan rasa kecintaan terhadap perjuangan demi agama Mu, semaikanlah dan eratkanlah kasih sayang antara kami..

Ameenn....