Thursday, May 27, 2010

..::MaNiSnYa UkHuWaH::..


Ukhuwah yang terbina di USM dulu, harapnya akan terus kekal..
Sampai bila-bila..
Syukur Ya Allah, Kau temukan kami sekali lagi di K.A.U hari itu..
Mengembalikan nostalgia kami..

Terima kasih Nisa' Malaysia krn dengan usaha anda, kami dipertemukan..

Terima kasih buat sarah, azilah, kak ja, mastura, kak shima, kak aisyah dan aini..Kalian akan kurindui...

Semoga kita bertemu lagi di pertemuan yang akan datang..

Jangan serik bertentang mata, bermasam muka, bertingkah kata.. Semua itu asam garam dunia..

Bak kata orang, "sahabat dikala menangis itu susah dicari.."

Tapi, kalau anda ingin menangis, jangan segan silu cari saya..

InsyaAllah..

Saya takkan mungkin dapat hentikan tangisan itu, tapi sekurang2nya saya dapat menangis sekali dgn anda..

Wednesday, May 26, 2010

NAK KURUSKAN BADAN????


Nak kuruskan badan? 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!

Thursday, May 20, 2010

Doktr, saya sakit nie...

Semenjak kecil lagi, saya amat meminati matapelajaran Matematik(maths)..

Saya suka mengira, dan kurang suka membaca...

Mungkin minat ni berjaya dipupuk sebab cikgu2 maths saya yang best!

Bermula dr sekolah rendah, Cikgu Hassan megajar sy maths dgn cemerlangnya, sehingga menyebabkan saya amat meminati Maths..Terima kasih Cikgu!

Kemudian saya menamatkan UPSR dengan keputusan maths yg cemerlang..Alhamdulillah...

Seterusnya, saya menjejakkan kaki ke SMKA Sultan Azlan Shah (KASAS), Bota... Waktu mula2 dapat tawaran ni, hati saya meronta-ronta berkata 'taknak' untuk pergi. Saya bercita-cita untuk ke MRSM.. Tapi apa kan daya, tiada rezeki.. Akhirnya, Cikgu Hassan juga lah yang memujuk saya pergi sbb cikgu kata, "kamu noriza takkan daapat tawaran lain sbb dah dpt tawaran ni"..

Saya akur...
Saya pasrah...
Saya pergi...

Abah dan Mak hantar mendaftar dengan seribu satu harapan..
Tapi bila dah smpai sekolah, simpan2 barang dalam dorm, sy meraung nk ikut mak abah balik...(anak manja sket, masa tu..)
yang ini selingan sahaja..

Kat KASAS, Cikgu Hasyim pula menjadi guru matematik saya..dari form 1 sampailah form 3...
Disebabkan Cikgu Hasyim ajar sgt best, makanya terus-terusan saya meminati sabjek itu.. Matapelajaran sejarah pula menjadi musuh ketat saya..hampir2 saya membenci Cikgu sejarah yang mengajar saya..Ishk2..

Apabila tamat PMR dan menerima keputusan, saya keliru samada mahu mengambil kelas sains atau kelas akaun..Saya amat teringin belajar fizik, tetapi saya gerun dgn matapelajaran Biologi kerana biologi itu mcm ada unsur2 sejarah. Perlukan hafalan dan ingatan yang kuat. (dek kerana sy alergik dgn sejarah,sy turut takut keputusan biologi sy nanti akan mencemarkan slip keputusan saya). Bila difikir2 balik, singkat sungguh pemikiran saya ketika itu..

Dan saya mengambil keputusan memilih kelas akaun!

Cikgu Add Maths saya disana ialah Cikgu Baiyinah manakala Cikgu Modern Maths saya ialah Cikgu Rodi..
Cikgu Baiyinah dan Cikgu Rodi juga best!! Sy bertambah2 meminati Maths..

Selesai ditingkatan 5, saya mendapat tawaran (stlh memohon) ke Kolej Mara Kuala Nerang..
Subjek Maths wajib ada...tapi masalahnya, saya lupa nama Cikgu Math saya kat Matrik..mmm....teruk..teruk..teruk...

Dan akhirnya, sy menyambung dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda di USM juga dalam bidang Maths dikhususkan kepada Matematik dan Ekonomi....

Akhirnya saya bergelar graduan Matematik dan ekonomi...

Beberapa bulan slps menamatkan pelajaran, saya mendapat tawaran bekerja di Institut Penyelidikan Perubatan... Oleh kerana saya dikelilingi doktr2 setiap hari, minat saya mula beralih arah..minat kepada matematik tidak seghairah dulu, dan minat kepada perubatan semakin hari semakin meninggi...

Saya akan tonton rancangan house, jika ada ASTRO kat umah...

Saya amat mengagumi tugas seorang doktor...mulia..memang mulia..

Saya tidak mungkin mampu berpatah balik ke tingkatan 4 dan mengambil biologi dan fizik...Sy juga mungkin tidak mampu membuat iajzah kedua dalam bidang perubatan...tetapi minat sy itu, akan terus saya pupuk...mudah2an, ada rezeki yang lain...hehe...

Apapun, saya bersyukur dgn kelulusan saya sekarang..Sy amat berterima kasih kepada guru2 saya...Guru maths, guru sejarah...dan semua guru2 saya yang tidk pernah jamu mencurah ilmu..Terima kasih Allah, mungkin ini yang terbaik buatku...Sekiranya saya tidak belajar di KASAS dulu, mungkin saya tidak seperti saya sekarang ini...

ok, nak balik dah..

Monday, May 17, 2010

BuKuKu, bUkUMu juaa...

"Eh, takleh2...buku sy is buku sy..buku awak, silalah beli sendiri.." hehehe..
"tp jangan risau, awak2 semua boleh pinjam buku saya...sy tak kisah.."

Alhamdulillah, semenjak sy mengenal blog saifulislam.com dan membaca buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, saya kini suka membaca bahan2 sirah dan sejarah.. Selain amat berminat dengan buku2 dan tulisan motivasi terutamanya tulisan Ust Hasrizal Abd. Jamil dan Ust. Pahrol Mat Juoi..Simptom ini bermula ketika saya berada ditahun 3, di USM. Namun saya bukanlah peminat fanatik mereka, saya sekadar rasa selesa dgn cara penulisan mereka yang santai dan sarat dengan kisah2 teladan dan sirah2 yang amat berharga..Selain dalil2 yang sering dikaitkan dengan isu2 semasa yg berlaku..

Disebabkan kini saya sering terpinggir dr majlis2 ilmu, hanya buku2 ini menjadi pengubat hati..Sebenarnya masih banyak peluang menuntut ilmu (andai sy mahu) di TV9 (1. usrah:jumaat;12tghr, 2. tanyalah ustaz:setiap hr;7 pagi, 3. halaqah:ahad 9.30mlm), TV3 (al-kuliyyah:jumaat 5.30ptg), Radio ikim.fm setiap 6.30pg ada kuliah tafsir Ustaz Zahazan.., Radio KL.fm; rancangan az-zikra setiap 6.45pg..dan lain2 lagi siaran yg bermanfaat..

Walaubagaimanapun, untuk tahun ini (2010) saya baru mengkhatamkan sebuah buku sahaja...Iaitu buku Secangkir Teh Pengubat Letih, dan kini dalam usaha menghabiskan buku kedua iaitu Murabbi Cinta..Huhh..Sangatlah teruknya krn dalam masa 5 bulan, hanya dua buku yg saya berjaya habiskan..??Ishk2..

Saya berazam untuk mengkhatam kan sekurang2nya 5buah buku dalam tahun nie....Maknanya ada 3lagi buku yang perlu sy cari..

2 buah buku dah nk habis...lagi 3..erm...

Ini buku pertama yang saya aim untuk dimiliki..

Ini pula buku kedua..

Baru-baru ini terjumpa satu kedai buku islamic kat area Wisma TLT nie..Hoyyeayy!! Senang sket nk cari buku...dan juga majalah SOLUSI..bulan lepas punye pun ceq tak beli lagi...haihhh...2 bulan lepas ada org sponsor..:p Bulan lps dok tunggu2 tak sampai2 plak..hahhaa... Itu petanda kena beli sendirik..:D

Walaubagaimanapun, buku terakhir yang mungkin menjadi pilihan hati saya tahun ini ialah buku ini;
Hehehe....
Buku favourite saya...
Rasa mcm nk beli plak edisi 2010 nie..huhu..
Walhal, 3 edisi yg sblm2 ni sy dah penah baca..:p
Ada la sedikit tokok tambah pada isi..
Dengan harga hanya RM35, anda sudah boleh memilikinya...
mungkin sebahagian daripadanya anda boleh dapatkan disini

Saya jarang nak cuba baca buku baru kecuali ada kawan2 syorkan...
Baru-baru ini syaza ada syorkan satu buku ttg nikmat Qiamullail..InsyaAllah akan kuhabiskan selepas Murabbi Cinta ya..


Petikan dari Murabbi Cinta karangan Ust. Hasrizal Abd. Jamil..

"Sesungguhnya Allah melantik ibu bapa menjadi guru pertama anak-anak kerana kuasa cinta. Anak yang 'bercinta' dengan ibu bapa suka disuruh."

"Sesungguhnya Allah melantik suami menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak kerana kuasa cinta. Isteri dan anak yang 'bercinta' dengan pemimpin itu suka disuruh.."

"Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikatnya semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri."

Cinta yang diteladani daripada seorang nabi..

Seorang Murabbi..

MURABBI CINTA....

Wednesday, May 12, 2010

8 Jun 1999

Assalamualaikum,

Setelah lama menyepi, kini saya kembali...
Tanpa ucapan Hari Ibu buat bondaku dikampung...
Tanpa ucapan Hari Lahir kepada kak ude ku di Ampang...
Entah apa yang dikalutkan..

Selamat Hari lahir kak ude!! sweet-(2010-1981)! Sile kira sendiri..Ahhaha..
Beberapa hari sebelum tu adikku Adawiah dan kakakku Norhafiza juga menyambut hari lahir masing2..
3 Mei & 28 April

Hari ibu.
Saya berpendapat, hari ibu tidak hanya disambut pada 9 Mei setiap tahun,
tetapi ia patut disambut pada tarikh kita dilahirkan..
Ya, tarikh lahir kita sepatutnya adalah hari berterima kasih kepada ibu kita..
dan juga bapa kita...huhu...

Abah, terima kasih abah..Walaupun dirimu jauh di alam sana..
Anak-anakmu disini akan tetap mendoakanmu setiap hari...

Kami rindukan belaian kasih sayang mu..
Kami rindukan hilai tawa mu..
Kami amaaaatt merinduimu...
Semoga kita bertemu lagi disyurga...Ameen...

(Dalam kalangan jejaka2 tampan berdiri dibelakang, Abah berkopiah ketiga dr kanan. Gambar kami 16 beradik. Yoep ngan Abg. Tan je takde)

Abah, 
Semenjak dikau dijemput ilahi,
emaklah yg bertungkus-lumus membesarkan kami..

Emak cukup tabah,
Sedaya mungkin dia cuba menyembunyikan airmatanya..
Walau sesekali, aku dpt melihatnya diketika mak termenung jauh memandang ke halaman..
di waktu itu, kami hilang tempat bergantung..
aku juga kalah dalam lautan airmataku..

Abah,
Walaupun doktr menjangkakan dikau mampu bertahan dalam 6 bulan,
tetapi kau tinggalkan kami dalam masa >< 6 hari..
Tarikh 8 Jun 1999 tidakkan kulupa sampai bila2..
Abah pergi pada masa kami baru nk mengenal dunia..

Terima kasih mak,
Jasamu takkan dapat kubalas sampai bila-bila..
Adakah diri ini cukup berbakti pada mak??
Ya Allah, ampunilah dosa2 kami andai hati mak pernah terluka dgn sikap kami..
kecewa dengan tingkah laku kami..

Mak, Ieja sayang makk...

(Gambar ini diambil beberapa tahun selepas abah pergi...kami 8 beradik)

(Gambar Yoep : Zulkifli Bin Ariffin baru2 ni masa kenduri kahwin Ayu: anak sulong Yoep)
Wajah yoep saling tak tumpah wajah abah..
Semoga sifat dan kewibawaan abah juga berada dlm dirimu..

(Abg Gie: abg ketiga dan Yoep)

(ni antara cucu2 sedara yg hadir..hukhuk kanan: Sheikul Islam yg petah!)

Doa Rabitah Hati
Ya Allah, berkatilah keluarga besar ini..
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendokong dan mendaulatkan syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan hati-hati ini akan jalanya yang sebenar,
Penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu,
Jika Engkau Mengtakdirkan kami mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' didalam perjuangan agamaMu...

Allahumma Amiin...

Tuesday, May 4, 2010

Dosa-dosa & facebook..

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.



Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas..

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: 

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. 

Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Catatan :
·    Hadits ini merupakan salah satu landasan pokok dalam syari’at. Abu Daud berkata : Islam itu berputar dalam empat hadits, kemudian dia menyebutkan hadits ini salah satunya.

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1.     Termasuk sikap wara’ adalah meninggalkan syubhat .
2.     Banyak melakukan syubhat akan mengantarkan seseorang kepada perbuatan haram.
3.     Menjauhkan perbuatan dosa kecil karena hal tersebut dapat menyeret seseorang kepada perbuatan dosa besar.
4.     Memberikan perhatian terhadap masalah hati, karena padanya terdapat kebaikan fisik.
5.     Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati.
6.     Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang diperbolehkan karena khawatir akan    terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.
7.     Menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram serta haramnya sarana dan cara ke arah sana.
8.     Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.