Friday, February 19, 2010

Al Fatihah...Wah pergi tanpa kembali..

Seorang ibu kepada 8 orang anak..
Seorang opah kepada puluhan cucu..
Telah dijemput ilahi pagi ini,
Pada tanggal 18 Feb 2010..
Pagi Jumaat..masyaAllah..Alhamdulillah..

Wajah pilu Wah semasa kami menziarahinya bulan lalu masih terbayang dimata..
Airmatanya yang mengiringi kepulangan kami pada ketika itu terasa menghenggut diri..

Ya Allah, dia seorang ibu yang tabah..
Membesarkan anak-anak tanpa suami disisi..pergi mendaului..
Ya Allah, Engkau tempatkannya dlm kalangan hamba-hambaMu yang beriman...
Ya Allah, kami menyayanginya..

Tangis esak mak semasa memberitahuku sebentar td turut menghadirkan manik2 jernih dimataku..
Hanya doa yang mampu ku hadiahkan..

Al-Fatihah..

Semoga Allah mentaqdirkan pertemuan kita disyurga..Amiin..
Kami bakal menyusurimu..
Entah bila dan dimana..