Monday, October 27, 2014

Zoo Negara visit 2014

Saya dan 3 org kakak2 saya pergi ke zoo bersama suami masing2 dan anak2 mereka.

Sungguh mencabar bila keluar berjalan membawa anak kecil yang sudah pandai berjalan dan sangat seronok ber'eksplorasi' dan seorang lagi anak kecil yang belum pun berusia 1 tahun. Ditambah dengan cuaca panas di awal kemasukan kami ke zoo, diikuti hujan lebat semasa keluar dari nelawat panda.

Seperti biasa, jawatan saya adalah jurukamera dan baby sitter. Anak2 yg xde penjaga, sy kena takeover...hehe...

Saya suka... saya suka..

Hilang

Kami pergi ke zoo pada hari rabu 22 oct 2014. Disebabkan masa tu adalah cuti deepavali, makanya org yg datang ke zoo tersangatlah ramai weh...

Masa animal show, nadhira n papanya g toilet. Pastu boleh dak papanye g balik sensorang...terlupe anak ada kat ladies...ishk2...penangan ramai sgt org kat ctu la tuh...nasib nadhira pandai tunggu papa n tak merayau mencari. Bijak!

Insiden kedua, ahmad lak kene tinggal. Umminya igt ahmad duk ngan abah. Ni betul2 lepas abes show. Ape lagi, kelam kabut abah, ummi fiza n abinya mencari. Alhamdulillah jumpe. Ni lagi sorang bijak! Abah jumpe ahmad jalan slow2 depan toilet tunggu org cari dia.. Alhamdulillah xde sape2 yg betul2 hilang...

Panda

Panda duduk dalam istana khas...diatas bukit dihujung zoo...tapi agak mengecawakan sebab masa kami pegi, dua2 ekor tgh tido or maybe buat2 tido! Hahah...sebab yg sekor tu siap tutup mata masa prg masuk nk tgk dia...layanan 1st class panda 2 ekor nie..kami xdibenarkan buat bising, xdibenarkan handphone berbunyi. Xleh pakai flash masa amik gambar panda. Wow! Spesel sungguh...

Oklah...

Biar gambar menceritakan segalanya...

Btw, terima kasih angah kerana sponsor!!!

Len kali sponsor lagi!

Tuesday, October 21, 2014

Family gathering

Setelah hampir 2 minggu saya di tinggalkan oleh en.suami..(kerana berkursus selama 2 bulan yer...)

Angah saya pun mewajibkan saya menyertainya membawa anaknya n anak2 menakan ke zoo negara..

Katanya mahu melihat panda...

Hehe....

Bukanlah semata2 zoo yang saya ingin pergi. Tetapi sy rindukan keletah anak-anak menakan saya.. 12 org shaja pun.. saya rindukan merekaaaaa... dan cerita2 mereka...

Masih mengingati dialog mereka;

Scene 1

Mak ndak: "muaz, blh mak ndak charge tepon? Bateri nak abes tu.."
Muaz: "ala, nantilah...muaz tgh install game. Baru sikit je muaz install"
Mak ndak: (mata bulat, tangan di pipu, mulit terlopong) mana tak nya, sudah 6 game muaz install 😰😰

Scene 2

Mak ndak nye baru belikan si sakinah set mainan doktor...

Kina: "mak ndak baring, kina nak cek mak ndak"

Mak ndak pun terus baring dan kina terus cek di perut mak ndak...

Mak ndak: "doktor, apa sakit saya doktor"

Kina: "ok, sy tahu dah. Dalam perut mak ndak ada baby..."

Mak ndak: (mata dibahu, tangan ke atas, mulut melopong lagi)😅😅

Scene 3

Siuasi semasa mak ndak dan pak ndak mengambil ahmad di rumah asuhan dek kerana umminya balik lambat.

Ahmad: "Hari ni ahmad nak tido dengan mak ndak la..."

Mak ndak: "tak boleh la sayang.. nanti pak ndak nak tido kat mana?"

Ahmad: "pak ndak tido la dgn ummi"

Mak ndak: (ternganga dan tak terkata)

Hanya mampu senyum...

Sesungguhnya mereka kanak-kanak syurga.....

................................

Owh ya, hampir saya terlupa...

Dek kerana bilangan pengunjung ke blog ini hampir tiada, saya memutuskan utk menjadikannya sebagai catatan harian...

Sehinggalah pihak gugel memberi notis ya...

Sehingga itu dahulu ya....

Nanti update percutian ke zoo pulak....

Thursday, October 9, 2014

Compliance Convergence

Tengok la aksi kawan2 saya masa conference nie...

Dorang mmg kawan2 yg OSEM!!!

Tuesday, October 7, 2014

Raya lagi

Ini saje gambar aidiladha yg ada...

Tiada gambar lembu...

Gambar ini diambil selepas solat sunat aidiladha...

Sebelum yang teruna2 beraksi dgn sang lembu..

Selamat Hari Raya!!!

Saturday, October 4, 2014

Hari Raya Korban 2014

4 Okt 2014

Saya pulang ke kampung teluk intan dahulu sebelum bergerak ke taiping untuk menyambut aidiladha di rumah mertua..

Jika anda masih ingat, pada hari raya aidiladha yang lalu, saya beraya di perantauan. Beraya berdua dengan en.suhaimi. Tahun ni meriah sikit la... beraya beramai-ramai...

Ermmm... tapi mungkin xikut tgk org sembelih lembu.

X tolong masak2 di masjid. Kene jadi tukang masak di rumah... kalau xjadi tukang masak pun, jadi tukang rasa pun masih ok kan?

Sepanjang usia perkahwinan kami yang kini menghampiri tahun keempat, ini adalah kali kedua sy menyambut Aidiladha di kampung mertua. Kali pertama, hanya duduk dirumah. Tidak seperti hari raya aidilfitri yg kerap kalinya pada hari raya pertama, kami akan beraya sampai ke malam... kerjanya hanyalah makan, makan dan makan... Kalau di sepanjang ramadhan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2kg, raya pertama sahaja dah naik semula 4kg... ishk3.... terukk...terukk...terukkk...

Berita gembira dari kawan

Hari ini kawan saya umumkan jantina kandungannya yang menghampiri 5 bulan...

😭😔😓😭😭😢😢😭😭😭😭

Kami 4 sekawan berkenalan di opis. Antara kami berempat, saya mendahului mereka dlm mendirikan rumah tangga. Namun, rezeki anak masih tidak berpihak kepada saya. Syukur, ketiga-tiga rakan saya telah mempunyai anak. Masing2 dah jadi ibu!!!

.......................

Sesungguhnya dengan melakukan ibadah korban, Allah akan kurniakan rezeki dari sumber yg tidak disangka2..

Doa....

Doa.....

Dan terus berdoa wahai si empunya nama Noriza.

Sesungguhnya, ini hanyalah ujian kecil dari Allah tanda kasih sayangNya....

Allah menyayangimu Ieja!!!