Wednesday, August 19, 2009

Bagaimana rupa agama islam?

Paparan saya (penulis asal), Tafsiran anda...

Bagai mana RUPA agama islam?

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagai manakah bentuk rupa ugama islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA.

Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..Yg man a, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.
Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?

aku kata:
Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.
kenapa?

kerana kat situ ada amalan pasar malam;

Apa amalan pasal malam?

Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!

Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, Sesetengah tempat me man g mac am negara islam…sesetengah tempat me man g mac am se mac am… mac am setan!!! .oh..tepuk dada tanya i man …

Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…

Pertama
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU (kat rumah)

La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh. .

"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,


RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…"

(Lagu :peristiwa akhir zaman )

Sekarang ni, trend org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang, maklumlah ada cerita "Super man return"(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!

Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada syaitan (lebih kurang maksud):

"Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)
"terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?"

Dah tentu aku jawab :

"aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"

Oh…

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)

-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.

( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )

-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu

maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)

-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu
maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagai man a?)

huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…

Maafkan aku kerna membebel mac am mak nenek…oh..

Kedua
ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT
Dulu 2 pada za man sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...

ingat pesan Kak Pah:
"carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam"…
isk..isk..

Ketiga
ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat, atau apa?
budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)

-Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!

aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
(oh..ummat masih menderita…)
-----------
-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat?

lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!

aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman !!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)…(termasuk aku)
oh…

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya…

aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

aku ulang lagi sekali:
ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!
Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!

Kerana itu juga pada Zaman itu org bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan ramat untuk kampung itu,

Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! oh!!!(hadith riwayat Aishah r.ha)

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…

AMIN..YA ROBBULALAMIN…


(ehsan dr penulis asal)


Renung-renungkan dan selamat beramal....

“Anda mampu mengubahnyer. ..”

Al Hadith sempena pilihanraya kecil~


Daripada Aisyah r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku demikian:

"Ya Allah, barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia membuat kesengsaraan pada mereka, maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia menunjukkan kasih-sayang kepada mereka, baik ucapan atau pun perbuatannya, maka kasih-sayangilah orang itu."

(Riwayat Muslim)

Al-hadith: rumah free~

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Saya memberi jaminan sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbantah-bantah, sekalipun ia berada dalam kebenaran, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta, sekalipun dengan maksud bersenda gurau, demikian pula sebuah rumah di tanah tinggi syurga bagi seorang yang memperbaiki budi pekertinya."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Azza'im ertinya seorang yang memberikan jaminan. Makna aslinya ialah pemimpin.

Friday, August 7, 2009

ambillah pengajaran..



Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :

" Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah. Kata-kata manis juga sedekah. Tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada hadith nie, saya nak kongsi dua peristiwa.

Peristiwa satu:

Ketika saya sedang mendaki anak tangga menuju ke pejabat, saya berselisih dengan seorang warga IMR berbangsa cina (sy bahasakan Miss). Kebetulan ketika itu terdapat seorang kakak cleaner yang sedang membersihkan tangga. Miss yang berselisih dengan saya tadi kemudian menyapa kakak cleaner tersebut dan berkata, "Selamat pagi bu."

Aduh, malu sungguh dirasa. Saya yang beragama islam pun tidak menyebarkan ucapan salam sebagaimana dianjurkan Rasulullah. Saya amat memuji perilaku Miss tersebut. Alangkah indahnya jika amalan sebegini menjadi rutin harian kita..

Peristiwa dua:

Hari berikutnya, setelah selesai mendaki anak tangga menuju ke punch clock (Sengaja saya letakkan punch kad di atas supaya saya dapat excercise pagi2 panjat tangga..hihi). Saya terserempak dengan seorang hamba Allah, juga warga IMR yg hendak mengetipkan kadnya di punch clock tersebut. Dalam suara samar-samar saya dengar dia membacakan kalimah basmalah sebelum memasukkan kad ke dalam punch clock tersebut. MasyaAllah, satu lagi amalan rutin yang kadang kala sering saya abaikan..

Astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah..

Cukuplah 2 perkongsian tersebut, sebagai mengingatkan kita ttg amalan2 kecil yang sebenarnya memberi impak yang besar terhadap hati kita..

Mulakanlah setiap langkahmu dengan bismillah..
Sebarkanlah salam kepada saudara seislam kita..

Dari Abu Huarairah r.a beliau mendengar nabi bersabda, " Tidak akan masuk syurga seseorang yang tidak beriman, dan tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan bagaimana untuk berkasih sayang?" Rasulullah kemudian berkata, "sebarkanlah salam"..

(hadith ni ana dengar dari radio ikim.fm pagi tadi, terlupa riwayatnya..)

SeLaMaT BeRaMaL...!

Tuesday, August 4, 2009

Al-Hadith: Cara Nabi Memberi Perhatian




Daripada Abu Rifa'ah iaitu Tamim bin Usaid r.a., katanya:

"Saya sampai kepada Nabi s.a.w. dan waktu itu beliau sedang berkhutbah, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang yang gharib ( asing yakni bukan penduduk negeri itu ) datang untuk menanyakan agamanya yang ia tidak mengerti apakah agamanya itu."

Rasulullah s.a.w. lalu menghadap kepada saya dan meninggalkan khutbahnya, sehingga sampailah ke tempat saya. Beliau s.a.w. diberi sebuah kursi kemudian duduk di situ dan mulailah mengajarkan dari apa-apa yang diajarkan oleh Allah kepadanya. Selanjutnya beliau mendatangi tempat khutbahnya lalu menyempurnakan khutbahnya itu."

(Riwayat Muslim)

Benarlah sabda nabi ; "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia"

Mulianya akhlaq nabi. Jika dibandingkan dengan kita? Jauh panggang dari api. erm..tapi panggan dan api mungkin tidak cukup jauh.

Mmm..perbandingan akhlaq nabi dan akhlaq kita ibarat langit dengan bumi..ha, yg ini baru sesuai..

Sahabatku yang bergelar pendidik; adakah anda mengamalkan akhlaq nabi ini?

Sahabat2ku yang bergelar ibu bapa; adakah kita memuliakan persoalan2 yang ditanya oleh anak2 kita sebagaimana Rasulullah memuliakan sipenyoalnya?

Sahabat2ku yg bergelar lawyer/doctor/engineer/officer adakah kalian memuliakan org bawahan kalian sebagaimana Rasulullah memuliakan para pengikutnya?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Apapun, semoga kita semua dikurniakan kesabaran sebagaimana sabarnya nabi Daud a.s..

Orang yang menghormati org lain akan dihormati! Tak percaya? cubalah..:)

Siiru 'ala barokatillah~

Tuesday, July 21, 2009

Isra' mikraj : menyingkap satu rahsia..

* Peristiwa menarik semasa Isra dan Mikraj yang kesan atau bukti masih dapat dilihat sekarang ialah batu terapung yang ingin mengikut Rasulullah s.a.w Isra dan Mikraj bersama. Namun ditahan oleh baginda s.a.w dan akhirnya kekallah ia bergantungan di antara bumi dan langit hingga sekarang !

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).


10 jenis siksaan dilihat nabi s.a.w

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

na'uzibillahi min zalik....

Begitulah yang diungkapkan Rasulullah s.a.w. di hadapan puterinya Fatimah dengan kata-kata: Hai anakku Fatimah! Neraka Wail buat wanita yang durhaka kepada suaminya.

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

sama-sama ambil ikhtibar sempena hari ini 27 rejab yakni isra' mikraj.

sumber: http://usharewecare.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

Bila nak update blog nie?


hati: bila nak update blog nie mek ja?

Perbualan yg tak berkesudahan~


nafsu: ala...tak yah la update, buang masa je..lagipun takde sape nak baca blog ni..

hati: huhu..ye ke, takde orag nak lawat cni..tp memang pun. sebab kurang pengisian!

nafsu: tahu takpe! hang baca blog orang len dah la...

hati: erm..mungkin kerana ilmu yg sgt cetek..ish2..mek ja, jgn ikut kata nafsu tu!

nafsu: hahaha..hati ko tu merapu.

hati: mek ja, ingat balik kuliah jiwa positif hidup bertuhan yg hang dengar!

nafsu: erkkk...

hati: hati2 dengan nafsu, ikhlaskan amalan krn Allah. Ingat mek ja, ikhlas kerana Allah, bukan krn yg lain. Amalan tak perlu dilihat tapi mesti dihayati..Amalan tak perlu banyak, tapi mesti istiqamah..Amalan usah ditunjuk, dicerita dan diheboh..mesti simpan kemas dalam kotak iman dan taqwa. Paling penting, amalan perlu elak dari perasaan riak dan sum'ah!!

nafsu: Qaalu inna lillahi wainna ilaihi roji'un...

hati: eh, pandai pulak nafsu mengucap ek?

nafsu: ZZzzzzz.....



cerita di atas adalah rekaan semata-mata antara 2 org insan yg bernama hati dan nafsu..

sekian...

-Za-

Wednesday, July 8, 2009

~Apa yang aku dapat?

Salam,

untuk renungan bersama dari ms.langitilahi. com, moga bermanfaat


Langit Ilahi Rotating Header Image

Apa yang aku dapat?

rasa tertekan kah anda menjadi HambaNya?

rasa tertekan kah anda menjadi HambaNya?

Manusia, apabila disuruh kerja, pasti di dalam kepalanya akan terdetik: “Apa yang aku dapat?”

Masa kecil dulu, bila Ummi saya suruh buat kerja, saya akan bertanya: “Ada upah tak?”

Kita pun, semasa sudah besar panjang, bekerja, kita akan mencari gaji yang selesa bukan? Manusia memang keadaanya hendakkan balasan bila melakukan sesuatu. Tidak ramai yang memilih kerja doktor kerana hendak menyelamatkan nyawa. Ramai yang memilih profession itu kerana nampak profesional, bergaji besar, dan dihormati masyarakat. Bukankah itu mahukan imbalan?

Give and take, itu situasinya. Kita berikan sesuatu, maka kita hendakkan sesuatu sebagai balasan.

Maka saya hendak anda melihat, menjadi HAMBA ILAHI juga adalah satu profession. Imbalannya amat lumayan. Percaya? Maka bukalah jiwa anda….



Saya ada satu kisah. Kisah seorang manusia diberikan sebuah kedai runcit dengan segala isinya secara percuma oleh tuan kedai runcit.

“ Kedai runcit ini, aku berikan kepada kamu dengan percuma, tanpa apa-apa bayaran sekalipun, termasuklah dengan segala isinya.” Kata taukeh kedai kepada manusia bertuah itu.

“ Aku cuma harapkan, kau jaga kedai ini dengan elok, dan gunakanlah peluang yang telah aku berikan ini dengan bersungguh-sungguh” Pesan taukeh kedai.

Taukeh kedai pergi. Maka manusia bertuah itu menguruskan kedai runcit yang dia dapati secara percuma. Dia sungguh bersyukur, diberikan peluang sebegitu rupa. Memang, menguruskan kedai runcit agak sukar. Ada orang cuba sabotaj, ada halangan di tengah perniagaaan, dan kadangkala untung, kadangkala rugi. Namun manusia bertuah itu tidak putus asa. Saban waktu dia merancang, gigih melaksanakan perancangannya dan dia terus berusaha, usaha dan usaha.

Akhirnya, kedai runcitnya maju. Ramai manusia berkunjung membeli barangan di kedai runcitnya. Kedai runcitnya menjadi terkenal.

Satu hari, tanpa disangka-sangka, dia dipanggil oleh orang yang telah memberikan dia kedai runcit itu secara percuma.

“ Hei manusia, aku lihat, kau menguruskan kedai runcit aku dengan bersungguh. Jatuh bangun kau tidak sama sekali membuatkan kau berputus asa. Kini aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang kedai runcit itu maju dan semakin banyak untungnya. Tahniah” Tuan kedai runcit yang lama itu berkata.

Lelaki itu, walaupun dipuji sedemikian, dia keresahan sebenarnya. Di dalam pemikirannya, dia kehairanan kenapa tuan lama kedai runcitnya itu memanggilnya secara tiba-tiba. “ Tuan hendak ambil semula kedai runcit itu?”

“ Ya” Dan jawapan itu mengejutkan.

“ Tapi, bukan dengan percuma. Aku beli kedai runcit kau itu dengan segala isinya. Kemudian, aku berikan kau pula sebuah pusat membeli belah yang berkali ganda lebih besar dari kedai runcit kecil itu, siap dengan segala isinya, kemudahannya, pekerjanya, barangannya, untuk kau. Semua itu, aku berikan secara percuma. Kau dapat wang yang aku bayar sebab beli kedai runcit itu, dan kau dapat juga pusat membeli belah yang besar dan segala isinya itu”

Wah wah… Lelaki itu memang bertuah. Seronok kah menjadi lelaki itu?

Mungkin kamu akan mengetawakan saya dan berkata: “ Dalam cerita boleh la. Realiti mana ada orang nak bagi begitu”

Hu hu… Saya juga mengetawakan anda jika anda mengetawakan saya.. Memang, manusia tidak akan ada yang hendak berbuat begitu. Jika ada pun, mungkin 1 dalam 100 juta.

Tetapi YANG MENCIPTAKAN MANUSIA berbuat demikian. DIA ‘sedang’ berbuat demikian. Malah lebih lagi dari demikian..

DIA memberikan kita tubuh badan, roh, nyawa percuma. DIA memberikan kepada kita dunia ini dengan percuma. DIA memberikan kita dunia dan segala isinya, oksigen, tanah tanih, rumput-rumput, pokok-pokok, sistem-sistem, bintang, planet, ibu ayah, teman, anak, isteri, suami, kegembiraan, keceriaan, kedukaan, kesenangan, dan pelbagai lagi nikmatNya yang tidak terkira dengan percuma.

“ Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” An-Nahl ayat 18.

Kemudian DIA mempertanggungjawab kan kepada kita dengan semua perkara percuma ini, agar kita menggunakannya sebaik-baik penggunaan.

DIA berfirman, DIA hendak ‘membeli’ segala apa yang DIA berikan kepada kita ini dan memberikan kita Syurga.

“ Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang beriman diri mereka dan harta-harta mereka dan untuk mereka adalah syurga…” Surah At-Taubah ayat 111.

Itulah yang akan kita dapat.

Hidup manusia juga ada jatuh bangun, DIA bersabar dengan jatuh bangun kita. Malah menjanjikan cintaNya untuk sesiapa yang jatuh kemudian bangun semula.

“ (semua akan celaka)Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan tidak akan dizalimi(dirugikan) sedikit pun. Yaitu syurga ‘adn yang telah dijanjikan oleh TUHAN Yanng Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya, sekalipun(syurga itu) tidak nampak(sekarang) . Sesungguhnya, (janji ALLAH) itu pasti ditepati” Surah Maryam ayat 60-61.

Kamu bertanya apa yang aku dapat bila taat kepada ALLAH SWT, tunduk pada perintahNya, hidup mencari redhaNya, bertahan meninggalkan laranganNya?

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.” Surah Al-’Ankabut ayat 58

Kamu akan dapat seperti mana apa yang saya cerita, bahkan lebih lagi sehingga menjangkau perkara-perkara yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran kamu.

Bagaimana profession sebagai HambaNya? Lumayan bukan imbalannya?

Apa yang kamu dapat bila kamu ingkar kepadaNya?