Bila kita memandu,
kita akan berkira-kira samada memilih jalan yang sempit atau jalan yg luas..
kita berkira-kira memilih jalan yang sesak atau jalan yang lega..
kita hanya boleh membuat pilihan, sekiranya kita mempunyai pilihan..
ya, kita memang mempunyai pilihan..!
jika org bercinta diberi pilihan,
"kamu mahu yg macamana?"
"sudah tentu yang lawa dan bergaya..dan ditambah berharta!"
jika org miskin ditanya,
"kamu mahu harta atau mahu kerja?"
si miskin bijaksana pasti berkata, "saya mahu kerja! tak kira la kontrak ke apa2 ke :p"
tp bagi si miskin buta (bukan buta mata tp buta hati) akn meminta harta..
jika remaja ditanya,
"kamu mahu kahwin dengan anak saya secara percuma?"
sudah tentu jawapannya, "ya"
emm..semua memilih mudah, murah dan percuma..
Namun, harus diingat,
Islam datang dengan titisan darah dan air mata..
islam datang dengan titisan peluh sang perwira..
mustahil ianya mudah dan senang..
mustahil ianya cepat dan percuma..
eh, tapi entry ni macam takde kaitan dengan memandu..
??
ye ke?
sebelum memandu, kita dah pilih arah tuju kita, ini orang SMART..
sebelum memandu, kita telah memilih untuk sampai dengan cepat atau dengan selamat..
sebelum memandu, kita dah niat tidak mahu menyusahkan orang lain..ini orang HEBAT!
sebelum memandu, pastikan kereta anda ber'isi' minyak dahulu..:D
Apa yang pasti, sebelum anda memandu, jangan lupa baca doa ya!
" Ya Allah, Maha suci tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami,
sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Sesungguhnya, kepadaMu tempat kami kembali.."
Semoga selamat sampai ke destinasi!






