Friday, January 23, 2009

Ya Tayba (exclusive0


O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

As the ship departed, it forgot me
they sailed away and my tears never dried up
they took my heart and my soul with them
O Tayba, you're the distracted's love

O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

My direction of prayer (my Qiblah), the house of Allah, I'm patient
perhaps a day will come to visit you
I wonder, Will I be looking upon alkaaba
and being overwhelmed with it's safety..

O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

Our prophet, my best wishes, to visit u,
At least once in my life
and near you, to perform my prayers
to praise my Lord, and to recite Qur'an

O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

O Madina, How lucky you are
for the coming of the loadstar
May I have a shelter beside you
Indeed, your light has enchanted us

O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

Tuesday, January 13, 2009

JOm boikot barangan ISRAEL!!

Assalmualaikum...

entry kali nie, nak sentuh sikit bab2 boikot memboikot nie...

Macam-macam persoalan timbul:

1. betul ke brg2 ni ada kaitan secara langsung dengan ISRAEL??
2. ape hukum kita boikot nie?

Memetik kata2 ustaz Wan Sohor Bani Leman dlm rancangan Az-Zikra pagi tadi, dia kata berurusniaga dgn ahli zimmah (org2 kafir yg tidak memusuhi Islam) adalah diharuskan selagi mana barang2 perniagaan tersebut memenuhi kehendak syara'.

Berkenaan soalan 1 di atas, ustaz Wan berpendapat adakah org yg mempersoalkan itu membuat kajian secara mendalam terhadap brg2 yg disenaraikan.??memang tak dinafikan ramai yang susah nak terima usul pemboikotan ni sebab ramai yg secara tak langsung terlibat dgn barang2 tersebut..namun, pihak PPIM bahkan TPM sendiri tentu sekali mempunyai maklumat bahkan telah membuat kajian mendalam sebelum menyatakan kewajiban memboikot brg2 ni..

Sedikit sebanyak ianya mendatangkan kesan besar kepada ekonomi negara, namun Malaysia tidak 100% bergantung kepada ekonomi Amerika dalam erti kata lain, ekonomi Malaysia masih boleh 'survive' walaupun kita boikot barang2 tu..

Tak dinafikan ianya sukar dilaksanakn sebab kebanyakan kita membesar dengan produk2 mereka..namun ianya juga bukan sesuatu yg mustahil.. Inilah jihad yg barangkali kita mampu laksanakan..Kita ada banyak pilihan, kita sudah barangkali biasa dengan kemewahan, cuma sekali ini kita perlu bersusah sedikit menahan nafsu kemewahan sedangkan rakyat palestin sekarang sedang menderita kelaparan, kesakitan bahkan ramai yg berada diambang maut..

Mudahnya berkata-kata

Perkara ini pernah kami perjuangkan semasa bergelar mahasiswa, namun ana kalah apabila menjejakkan kaki ke alam pekerjaan..kalah dengan keadaan sekeliling..alpa dengan penderitaan anak2 Palestin.. Namun inilah dia hikmah peperangan kali ini..Membuka mata umat ISlam yg kian alpa dan leka..Maha Besar Allah..Maha Suci Allah..

Apa yg pasti, semua ini terletak pada tangan anda..

"Ya Allah, wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan dalam keta'atan kepadaMu"

-Rancangan Az-Zikra keudara setiap 6.45pagi di KLfm

Tuesday, January 6, 2009

~Salam Maal Hijrah 1430H~

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tidak menziarahi blog sendiri..
akhirnya diri ini sempat juga berkunjung di sini..

Erm..masih tidak terlambat untukku mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat tahun baru 2009..

Rasanya semua orang ada azam baru masing2 kan??

Sebenarnya, kita mesti berazam setiap hari, bukan hanya sekadar berazam apabila tiba tahun baru sahaja.. Cumanya, bak kata ust. hasrizal tahun baru boleh menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sempadan Iman kita dek kerana suasana/keadaan sekeeliling juga turut berubah..

Namun harus diingat umat Islam yg cemerlang adalah umat islam yg hari ininya lebih baik dari semalam..begitulah sebaliknya..

Arakian, ada juga rakan2 muslim kita yg berpesta dengan kedatanagan tahun baru nie..Sedangkan saudara Islam kita di Gaza dan Palestin sedang berjuang dan berperang mempertahankan negara mereka..Tahun baru disambut dengan tumpahan darah dan linangan air mata..MasyaAllah!!Maha hebat ujian Allah terhadap mereka..Cuba bayangkan negara Malaysia diserang (na'uzubillah), adakah umat Islam Malaysia mampu menjadi seperti mereka??

Tepuk dada tanyalah Iman.Mungkin suasananya belum begitu.Umat Islam Malaysia boleh dikatakan mewah dan senang jika dibandingkan dengan umat Islam di semenanjung tanah arab. Namun kesenangan itu juga adalah merupakan ujian Allah kepada kita. Bagaimana kita menggunakannya ke jalan yg Allah redhai dan bukan jalan yg mengundang kemurkaannya..Sama2 kita fikirkan.

Alhamdulillah, ana menyambut tahun baru dengan mengkhatamkan buku Travelog Haji. Bagi ana buku ini sangat baik untuk individu yg berazam untuk mengislahkan diri kearah yg lebih baik..Doakan ana sempat menjejakkan kaki ke 'Rumah Allah' dan bumi anbiya' ini..Memang tidak dinafikan, hijrah atau ziarah boleh mendatangkan motivasi yg tinggi untuk kita berubah..

Sekadar perkongsian ringkas,
Wallahu 'alam...

-za-

Friday, December 12, 2008

Pulangkan..(Lagu PTPTN)~

Pulangkan..(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
hingga akhir masa
sayang (student la tuh)

hehheh, dapat lagu nie dari buletin ienaz..saje2 nak kongsi..buat pengubat hati yg duka..

Thursday, December 11, 2008

Live but one day at a time~



"Live this day as if it will be your last..


Remember that you will only find "tomorrow" on the calendars of fools..


Forget yesterday's defeats and ignore the problems of tomorrow..


This is it..


Doomsday..


All you have..


Make it the best day of your year..


The saddest words you can ever utter are, "If I had my life to live over again.."


Take the baton, now!!


and run with it!!


This is your day!






Beginning today, treat everyone you meet, friend or foe,


loved one or stranger,


as if they were going to be dead at midnight..


Extend to each person, no matter how trivial the contact,


all the care and kindness and understanding and love that you can muster,


and do it with no thought of any reward.


Your life will never be the same again."

Thursday, November 27, 2008

~Al-Hadith : Yang tengah-tengah~

Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya:

Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai.

Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah!

Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.

(Riwayat Muslim)

Monday, November 24, 2008

Jangan marah-marah~

Setelah sekian lama diri ini dilanda kerja yang bertimbun-timbun. Bukan setakat tu ja, maklum saje lerr, bila kita berkerja dalam satu ‘team’ yg melibatkan ‘manusia’ yg mempunyai pelbagai ‘kerektor’.. Makanya, kdg2 timbul salah faham, sakit hati, terasa hati, kecik hati & macam2 lagi lah!! Bila timbul perkara2 camni, merata2 lah kelihatan wanita2 yg membuat “ketupat”.. Paham ka apa itu membuat “ketupat”?? Paham kot noo..

Bila masalah2 macam ni timbul, mungkin ada pihak yg gembira atau puas hati sbb dapat melepaskan marahnya pada seseorang, tapi dalam masa yg sama ada jugak pihak yg sedih + kecik hati, namun tidak dapat meluahkan kepada sapa2 melainkan hanya semata2 kepadaNya..Ni jugak merupakan antara ‘kasih sayang’ Allah dalam nak menguji iman hamba2 Nya..Iya lah, dengan ujian2 ni baru kita dapat tengok bagaimana seseorang hamba mengawal kemarahannya.. Adakah dengan membuat ketupat??mencaci maki??atau dia sekadar menangis memujuk dirinya sendiri dan bersabar terhadap apa yg berlaku ke atas dirinya..

Sesungguhnya, iman seseorang itu akan dapat dilihat bilamana dia berjaya mengawal nafsu amarahnya, dan bersabar..Dalam situasi sebeginilah, kalau dia berdiam diri dan bersabar, itu sudah cukup baik dalam nak meneutralkan keadaan. Tetapi, adalah lebih baik + berani jika dia dapat menasihati si pemarah tadi dengan cara yang berhikmah.

Apapun, sifat sabar teramatlah penting dalam kita nak mengharungi kehidupan di dunia. Sabar dimana2..di rumah, di sekolah, dgn anak2 murid, dgn rakan sepejabat, dgn mak ayah yg telah uzur, suami atau isteri dan dgn sesiapa sahaja..

Rasulullah S.A.W adalah contoh tauladan yg paling ideal dalam segenap aspek.
Sabda Rasulullah, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang terpuji.”

Baginda bersabar dengan musuh2nya, sahabat2nya dan isteri2nya. Kemarahan rasulullah sekadar terserlah di muka. Tidak pernah baginda meninggikan suara kerana marahkan sesiapa, kecuali apabila Allah dan Islam dihina. Pernah satu ketika di dalam peperangan, terdapat golongan munafiq pura2 beriman dan cuba untuk membunuh rasulullah. Pada ketika itu Abu Hurairah yg duduk berdekatan baginda menyatakan, “tidak pernah aku melihat Rasulullah (merah mukanya) seperti pada hari itu.”

Hakikatnya, syaitan sangat gembira apabila seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan begitu juga sebaliknya. Istilah “nak marah biarlah bertempat” hendaklah dikikis dan ditukar kepada “janganlah marah2” =) Kita hanya perlu marah apabila Allah, RasulNya dan Islam dicabar!! Pada ketika itu, marahlah dengan penuh bijaksana dan ingatlah, salah satu amanat terpenting rasulullah dalam khutbah wida’ baginda:

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taat & bertawakkallah kepadaNya. Ku wariskan kepada kalian al-quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, beerti mencintai aku dan kelak orang2 yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku.”

Terkadang sungguh kerdil terasa bilamana kita diuji, kita terduduk dan menangis sehingga kadang2 kita tidak mampu lagi untuk melangakah..Namun itu semua hadir kerana Allah rindukan suara esak tangis kita merintih dan merayu kasih sayangNya..Allah mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan..Fikir-fikirkanlah…

Wallahu’alam..

.:: Za-ahad 5ptg ::.