Friday, July 30, 2010

Fajar Ramadhan kian menjelang..

Pada hari yang mulia ini, kita berada di pertengahan syaaban dan kian beralih ke penghujungnya ..
Julai pula sudahpun melabuhkan tirainya. Menjelang senja esok, kita melangkah ke Bulan yang baru. Semoga langkah itu kita sertai dengan azam dan semangat baru..

Tertanya-tanya juga saya, apa yang bakal berlaku esok hari. Entah kan bernyawa, entahkan tidak..
Entahkan bekerja, entahkan tidak.. Entahkan berkaki dan bertangan, entahkan tidak...

Kemudian,
Tidak lama selepas itu, dengan izinnya kita akan bertemu Ramadhan buat kali yang ke-20an bg sy..
Semoga Ramadhan saya kali ini lebih baik dari tahun lalu..


Blogku..

Boleh jadi blog ini dibenci dan paling tidak digemari oleh anak muda apatah lagi golongan elit yang jauh lebih bijaksana daripada saya. Namun niat saya cuma satu, sy sekadar ingin berkongsi dan memberi (huhh, kalau lah ustaz Hasrizal 'patent'kan perkataan memberi, susah la sy ).

Pernah saya didatangi oleh seorang adik (melalui FB chat box) mengatakan dia sering berkunjung ke blog sy, banyak info baru yg dia dapat. Saya kata, "Allahuakbar, blog akk ni biasa2 aja. Sekadar berkongsi.." Dalam tidak sedar, sekelumit rasa syukur sy panjatkan buat Ilahi kerna sekurang-kurangnya saya telah berkongsi. Sudah pasti ayat2 saya tidak semantop dan secanggih ustaz ustazah yang balik dari Mesir mahupun yg menamatkan pengajian di Universiti-Universiti tempatan. Namun sekurang-kurangnya matlamat blog ini tercapai. Saya tahu, usaha saya ini terlalu kecil jika dibanding dengan orang lain yang bersungguh-sungguh menyebarkan Islam. Ini sahaja kemampuan yang saya ada..Alhamdulillah, sy amat mensyukurinya..

Terima kasih dik, motivasiku telah meningkat slps saat itu. Lepas ni kena lebih banyak membaca supaya lebih banyak info yang boleh dikongsi..


Template baru..

Sebenarnya, saya kurang selesa dengan template baru nie. Dia agak berat dan menyebabkan masa loading yang lama..Saya ingin kembali kepada layout yg hijau comel dulu..Tapi website itu under construction..

3 comments:

Shahira Elani Mat Daud said...

lambat ke? aku cepat je loading blog ko nih.. tuhla..sape suh tuka..ahhahah (gelak penjahat)

Shahira Elani Mat Daud said...

neway..slamat berpuasa.. jgn gelak2 penjahatla pasni (err..ucapan ni utk aku sedirik..haha ops..)

Za's said...

tahu takpe.. Selamat Berpuasa juga Mek Iera...!