Thursday, July 22, 2010

Ramalan dan keyakinan

Rasa ingin tersenyum bila terbaca kenyataan2 ini...


Dolu-dolu...
"Negara akan bankrup pada 2019"
Baru-baru ini...
"Sumber Air kita akan habis pada 2019"
Tidak berapa lama dulu...
"Bekalan Petroleum akan habis pada 2019" (tidak pasti akan saya ttg tahun yg diramalkan ini)

hrmmm.....

Ramalan kah?

Bagi sesetengah manusia, mereka mungkin berkata "ini semua politik semata.."

Terfikir juga saya akan impaknya kepada golongan yang kurang berpelajaran.. Lagi-lagi mereka yang free thinker (tiada agama).. Mereka mungkin akan mula risau dan berfikir, apa yang akan berlaku kepada negara dan diri mereka pada masa itu.. Tidak kurang juga bagi yang fanatik, golongan ini akan membunuh diri dek kerana tidak rela menanggung tekanan perasaan dan tekanan hidup 'yang telah diramalkan' pada masa depan...


Tidak salah membuat ramalan..

Tertanya-tanya juga saya, adakah mereka ini Yang Memberi Bekalan?

Memang tidak dinafikan bahawa kajian yang pelbagai telah dibuat sebelum mereka mengeluarkan sebarang kenyataan.. Tetapi, jgn singkatkan kajian kita dengan daya intelektual manusia semata-mata, sebaliknya perlengkapkan sekali dengan urus tadbir Allah..
Kan lebih baik begini...
"Sumber air di sekian2 tempat dijangka habis pada 2019, walaubagaimanpun dengan izin dan rahmat Allah, sumber air kita tidak mustahil bertambah..Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memohon rahmat Allah.."
Adakah kita dikira manusia dhoif sekiranya kita berkata sedemikian rupa?

Selain kita mengagungkan Yang Maha Esa, kita juga sebenarnya sedang menyebarkan tunas-tunas dakwah kepada sekalian manusia..

Sandarkan ia pada Pencipta..
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).”
Surah at-Thalaq : ayat 3
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” 
 Surah Ibrahim : ayat 7
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
Surah Saba’ : ayat 39
“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.”
Surah An-Nur : ayat 32
Yang Memberi dan Menarik bekalan2 itu pada bila2 masa..
Yang Maha Esa..

Jangan salahkan takdir, sebaliknya bermuhasabahlah dengan tadbir..

Allahuakbar!

5 comments:

MU'ALLIMAH said...

like this post ~ :D

Shahira Elani Mat Daud said...

fuh..lega hg dh tuka layout..ehhehe

Za's said...

tq Ms. Amami..
hehe..iera, ana tukar dia atas permintaan hang..

Radieah Mohd Nor said...

Ada satu tesis berkenaan sumber air menurut perspektif Islam boleh dibaca. Lagi satu kajian yang dilakukan oleh post Dr.fellow berkenaan sumber alam menurut perspektif Islam.

Apapun, sinopsisnya kedua-dua kajian sama dengan entry yang enti tulis.

Dalam ekonomi, teori yang biasa kita belajar dan ingat sampai bila-bila 'kehendak manusia adalah tidak terbatas, sedangkan sumber alam adalah terbatas'. Teori ini kalau ikut logik akal memang betul. Tapi kalau ikut Islam ia adalah salah. Kehendak menusia jadi tidak terhad sebab terlaku ikut pada nafsu. Sumber alam pula tidak terhad sebab hak Allah. Dia yang tentukan semuanya. Dia yang bagi rezeki buat makhlukNya. So apa nak takut.

Minyak kita kata akan habis tahun 2015 (ikut teori ekonomi) tapi persoalannya betul ke? Atau ada yang ingin mengambil kesempatan? Allah maha Kaya. Kalaupun minyak dah habis ada sesuatu perkara yang lebih berharga Allah ingin hadiahkan buat kita berbanding minyak. Percayalah..

Membebellah pula... sorrylah ye.

Za's said...

betul tu radieah..itulah teori ekonomi kapitalis..

takpe, ana suka bebelan ilmiah enti..hehe